Rugi Tak Kenalkan Labu Sebagai Salah Satu Makanan Pertama Anak, Doktor Kongsi Khasiat Labu

Share

Bila anak dah mula makan, macam-macam makanan yang mama nak berikan pada anak. Sebelum terlupa, mama kena take note tentang kebaikan labu untuk si manja mama.

Kalau nak tahu tentang kebaikan labu, ikuti perkongsian dari doktor ini.

Labu bagus untuk mata dan penglihatan anak.

Sesuai sangat kalau kita dapat kenalkan labu sebagai salah satu makanan pertama anak-anak.

Bila anak baru nak mula makan, wajib tau kita cuba bagi anak rasa lemak manis labu.

  • Buat puree labu.
  • Kukus labu bagi anak pegang dan makan.
  • Masak labu sekali dengan beras.
  • Masak lemak labu.
  • Cucur labu pun sedap.

1 cawan labu, dah cukup hampir 80peratus keperluan vitamin A untuk anak tau.

Vitamin A ni lah yang bantu cantikkan fungsi mata anak, tajamkan penghilatan anak.

Tambah anak-anak sekarang ni susah jugak kita nak control mereka dengan screen kan. Tak macam zaman kita dulu.

Sangatlah sesuai kita cuba jadikan labu sebagai makanan yang wajib ada di rumah setiap minggu.

Macam-macam menu kita boleh buat. Dari lauk-pauk, manisan, kek, bubur, cucur pun boleh.

Labu jugak ada kandungan fiber yang tinggi. Bagus untuk sistem penghadaman. Secara tak langsung, kita dapat kurangkan risiko sembelit supaya jarang-jarang berlaku pada anak.

Sama-sama kita cuba ya. Banyakkan real food di rumah dengan pelbagai menu supaya anak tak jemu makan yang sama setiap hari.

Kredit: @mazliana.mazlan

Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!

Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
NuFa