Ruginya Tak Buat Simpanan, Waktu Kecemasan & Bila Anak Besar Dah Cukup Duit!

Share

Ancaman virus Covid-19 yang melanda dunia banyak membuka mata kita bahawa simpanan sememangnya begitu diperlukan kala kita ditimpa kesusahan hidup.  Menyemai budaya menabung dan membuat simpanan sejak kecil atau sebaik sahaja kita mula bekerja sememangnya kini perlu diteruskan semula dengan sebaiknya.

Sekurang-kurangnya apabila kita dilanda kecemasan atau permasalahan yang tidak terduga, kita sudah pun mempunyai simpanan untuk anak-anak. Inilah yang seharusnya difikirkan lebih awal oleh ibu bapa.

Bukan sahaja ketika anak bakal menginjak ke sekolah, pelan simpanan untuk anak-anak kecil kita sebenarnya perlu lebih awal dilakukan iaitu sebaik anak pertama lahir ke dunia.

PTPTN seharusnya menjadi pilihan simpanan terbaik untuk anda sekeluarga. Mengapa?

Melalui Simpan SSPN, PTPTN menyediakan dua produk simpanan dengan pelbagai keistimewan iaitu Simpan SSPN Prime dengan simpanan serendah RM20 dan Simpan SSPN Plus dengan komitmen simpanan serendah RM30 sebulan. Bukan sekadar menyimpan di saat kesusahan bahkan Simpan SSPN menjadi tabung pendidikan yang memberi manfaat untuk ibu bapa dan anak.

Sebaik anak berusia 18 tahun, ibu bapa pastinya tidak akan berdepan dengan masalah apabila anak bakal menyambung pengajian ke peringkat seterusnya. Simpanan inilah yang membantu anak kelak tanpa perlu meminjam dari sumber yang lain kerana simpanan sudah pun mencukupi. Jika perlu meminjam sekalipun, mungkin jumlahnya tidaklah besar dan tidak membebankan. Amat berbaloi.

Tabungan dengan pulangan dividen berbaloi

Tidak hanya sekadar menyimpan, bahkan paling utama ibu bapa juga bakal menerima pelbagai manfaat dari simpanan untuk anak. Banyak kelebihan yang bakal diperolehi.

Kadar dividen yang diberikan melalui Simpan SSPN adalah kompetitif berbanding simpanan pendidikan di institusi kewangan lain. Pada tahun 2020 kadar dividen yang diberikan kepada pendeposit Simpan SSPN adalah 4%. Cukup lumayan!

Bukan itu sahaja, bahkan sebagai pendeposit, apa yang cukup istimewa, Simpan SSPN merupakan satu-satunya pelan simpanan yang memberikan pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000 setahun. Jadilah ibu bapa yang bijak dengan memulakan simpanan anak-anak anda di Simpan SSPN sekarang!

Pendapatan yang dianggap sedikit bagi kita boleh dimanfaatkan sebaiknya bila mana kelebihan yang diberikan oleh Simpan SSPN sangat berbaloi kepada ibu dan bapa sebagai pendeposit.

Selain itu, sebagai galakan bagi ibu bapa yang berpendapatan RM4,000 dan ke bawah untuk turut serta menabung, mereka layak untuk mendapat Geran Sepadan secara percuma sehingga RM10,000 bagi satu keluarga yang layak apabila membuat simpanan dalam Simpan SSPN Prime.

Geran Sepadan adalah insentif kewangan yang ditawarkan apabila anak- anak diterima dan mendaftar masuk ke mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Kerajaan.

Melalui Simpan SSPN Prime juga, perlindungan takaful secara percuma untuk pendeposit turut disediakan apabila simpanan telah mencecah RM1,000.

 

Jadi mulakanlah penabungan dengan Simpan SSPN dari usía anak seawal satu hari. Walaupun jumlahnya sedikit namun teruslah menyimpan secara disiplin. Jadikan Simpan SSPN sebagai hadiah terindah dalam kehidupan anak-anak demi masa depan yang terjamin.

Sebagai ibu bapa yang cakna dengan pendidikan dan masa hadapan anak, anda merupakan super hero’ kepada mereka. Masih tidak terlambat untuk anda memulakan simpanan di dalam Simpan SSPN. Satu isi umah, satu akaun Simpan SSPN!

Jom jadi Superhero Anak Anda dengan membuat simpanan dalam Simpan SSPN. Info lanjut di www.lovesspn.com atau hubungi Careline di 03-2193 3000.

Simpan SSPN merupakan salah satu Jenama Pilihan Pa&Ma 2021 untuk anugerah Tabungan Masa Depan Anak Pilihan Pa&Ma Simpan SSPN dan Simpanan Pendidikan Anak-Anak Pilihan Pa&Ma Simpan SSPN. Mahu tahu senarai penuh jenama-jenama lain yang turut terpilih tahun ini? Jom, tengok di SINI

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
SRM