Kebanyakan ibu bapa lebih suka menyediakan keperluan anak siap-siap sebab tak mahu anak minta banyak kali dan tak nak diganggu bila nak buat kerja. Cara ini memang betul tetapi adakah kita terfikir ia hadkan komunikasi anak.
Sedangkan dalam usia setahun ke atas waktu terbaik anak belajar cakap dan menyebut sebanyak mungkin perkataan.
Memahami keadaan ini, Patologis Pertuturan Bahasa, Aishah Kassim berkongsi pandangannya untuk ibu bapa yang nak cipta peluang untuk komunikasi dengan anak.
Ads
Perasan tak dekat rumah kita banyak sediakan semuanya untuk anak? Sebelum anak nangis, cepat-cepat kita dah buatkan susu untuk anak sampai anak tak sempat cakap ‘nak susu…’. Tiba je waktu makan, terus bagi pinggan dekat anak sampai anak tak sempat nak cakap ‘ibu, lapar…’
Jadi anak ni akan rasa mereka TIADA KEPERLUAN untuk bercakap sebab semuanya sudah tersedia. Oleh itu, cuba cipta ruang dan peluang untuk anak meminta dan bercakap dengan kita.
Contoh 1 : susu/makanan diletakkan di tempat yang sukar untuk anak capai
– dengan ini anak akan belajar untuk meminta dengan sebut ‘nak’ atau menggunakan gesture ‘tunjuk’
Ads
Contoh 2 : ketika suap anak makan, beri dalam kuantiti sedikit. Sebagai contoh ketika makan biskut/roti, potong makanan kecil-kecil supaya anak akan minta banyak kali. Selain cipta peluang untuk anak meminta, cara ini juga dapat meningkatkan eye contact anak.
Ads
Contoh 3 : ketika memakai baju, beri peluang untuk anak memilih baju kegemaran berbanding kita yang menyediakan semua untuk anak.
Bila dah ada keperluan dan peluang untuk bercakap, baru la anak suka untuk komunikasi dan interact dengan kita.
p/s : Kita pun kalau tak ada keperluan nak cakap dengan orang sebelah, kita tak cakap dengan dia
Setiap kali membeli barangan yang dibungkus dalam kotak, bubble wrap tidak terkecuali ada malah ia bersifat melindungi barangan yang dibungkus. Kita biasanya akan terus buang sahaja ke dalam tong sampah kerana merasakan ia semak. Jangan buang dulu sebaliknya beri sahaja anak main!
Mengapa? ‘Bubble wrap’ sebenarnya boleh merangsang anak sensori dan deria anak-anak kecil kita. Ini yang dikongsikan oleh Umairah Jumaah. Jom ikut langkahnya.
Hai guys, hari ini apa bikin? Saja nak tanya. Kau orang kenal apa itu ‘bubble wrap’? Ala yang bila kita beli barang. Seller balut barang kita dengan benda letop-letop itu.
Tau kan. Haaaaa itu dialah bubble wrap. Andai kata kalian ada benda itu. Ada anak kecil. Boleh buat aktiviti ransangan deria guna bubble wrap.
Caranya mudah saja tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Ada beberapa aktiviti kita boleh olah guna bubble wrap tadi.
1. Bentangkan di atas lantai. Buat macam laluan. Biarkan anak merangkak, berjalan, atau berguling atas material itu.
2. Tampal di dinding rumah. Mohon gunakan tape yang mesra dengan cat anda. Anak yang mula memapah. Boleh lakukan aktiviti tersebut.
3. Balut bubble wrap pada botol. Dah boleh main cop-cop dengan anak-anak.
4. Paling mudah bagi saja material tu kat anak. Diorang mesti picit-picit. Bantu kuatkan jari jemari dan asah daya fokus mereka.
5. Kalau ada bubble wrap jenis besar-besar ‘bubble’. Boleh tuliskan number atau huruf di atasnya. Minta anak picitkan simbol nombor atau huruf yang kita sebutkan.
Mudah saja bukan. Ayuh manfaatkan masa cuti bersama permata hati masing-masing. Semoga bermanfaat.
Nota sisi: Mohon lebih berjaga-jaga. Semasa beraktiviti guna bubble wrap dengan baby kalian. Kalau dah buat nanti. Banyak lagi aktiviti kita boleh buat dengan anak-anak. Guna bubble wrap ini.
Bahaya bayi perempuan pakai ‘headband,’ ini tip mak ayah perlu tahu kalau nak pakaikan juga. Memakaikan bayi perempuan dengan aksesori kepala memang menarik. Nampak comel.
Tapi tahukah anda yang bayi boleh berisiko mengalami keadaan leher terjerut dan lemas!
Headband sebagai aksesori kepala membuatkan si kecil nampak comel. Tapi kalau tidak dipantau boleh jadi bahaya pula, silap-silap boleh menyebabkan kes kematian pula!
Bahaya Bayi Perempuan Pakai ‘Headband’
Trend ibu-ibu sekarang amat suka menggayakan bayi perempuan dengan pelbagi aksesori hiasan kepala. Pelik sangat kalau siapa yang ada bayi perempuan tapi tak menghias kepalanya.
Sebelum anda berasa pelik dengan sesetengah ibu yang jarang menghias kepala bayi perempuan mereka dengan ‘headband’ berbunga besar sekuntum atau reben merah menyala berlabuci berkelipan, sebaiknya anda pertimbangkan beberapa aspek dalam pemilihan aksesori kepala yang boleh mengundang risiko bahaya kepada perkembangan tumbesaran bayi dan keselamatannya.
Menurut Perunding Pediatrik Hospital Pakar KPJ Kajang, Dr. Nor Mahani Harun seperti dipetik dalam utusan online, pemakaian aksesori kepala tidak salah jika ibu bapa bijak memilih kesesuaian aksesori untuk bayi mereka.
Ini Tip Mak Ayah Perlu Tahu Kalau Nak Pakaikan Juga
Beberapa faktor berikut perlu dipertimbangkan sebelum memakaikan bayi anda aksesori kepala.
1. Jenis fabrik aksesori
Tulang bayi ketika usia selepas lahir sehingga 18 bulan amat sensitif, lembut dan masih dalam proses pertumbuhan menyebabkan tulang mereka mudah tercedera.
Jadi, risiko perkembangan tulang bayi terganggu boleh berlaku bergantung kepada jenis aksesori yang dipakaikan sama ada selamat atau tidak.
2. Tahap fleksibiliti regangan aksesori
TULANG DAN OTAK BAYI AKAN MEMBESAR SETIAP HARI DAN JIKA DIPAKAIKAN AKSESORI SEPANJANG MASA, DIBIMBANGKAN AKAN MEMBANTUTKAN PERKEMBANGAN TULANG BAYI SECARA TIDAK LANGSUNG WALAUPUN IA BUKAN PUNCA UTAMA.
3. Saiz aksesori
Headband bayi mesti ditukar setiap bulan kerana otak dan tulang bayi akan membesar dan ukur lilit kepala mereka juga berbeza setiap bulan.
Kalau anda masih memakaikan bayi aksesori kepala yang sama ketika dia baru lahir semasa bayi sudah berusia setahun, kemungkinan tumbesaran tulang kepalanya akan mempunyai masalah.
4. Tempoh masa pemakaian
Pemakaian aksesori terlalu lama atau kerap boleh mengganggu tumbesaran fizikal bayi dan dibimbangkan turut memberi kesan kepada bahagian dalaman.
Sebaiknya aksesori kepala hanya boleh dipakai selama satu hingga dua jam dan sebaiknya dimulakan selepas bayi berusia 18 bulan.
Comel memang comel tapi jangan sampai menyiksa si kecil
5. Kesan kepada kulit bayi
Penggunaan fabrik yang tidak sesuai untuk kulit bayi yang sensitif seperti bulu, renda berbiku dan tajam, mungkin boleh melukakan kulit bayi serta menyebabkan masalah alahan seperti ruam dan kegatalan.
Bahkan penggunaan manik dan labuci juga berisiko menyebabkan bayi yang sudah besar memasukkan ia ke dalam mulut atau hidung.
6. Risiko terbelit
Ibu bapa hendaklah mengawasi bayi semasa memakai aksesori kepala kerana bimbang boleh menutup hidung hingga menyebabkan sukar bernafas atau terjatuh sehingga ke leher lalu menyebabkan leher bayi terbelit dan tak boleh bernafas.
Maka terpulanglah kepada ibu bapa sama ada hendak meneruskan minat untuk memakaikan bayi mereka aksesori kepala atau tidak.
Jangan terlalu teruja dengan pujian rakan-rakan tentang kecomelan anak anda apabila memakai aksesori kepala.
Sebenarnya apa yang lebih penting adalah keselamatan nyawa dan keselesaan si manja berbanding penampilannya apabila dipakaikan aksesori kepala.
Kenapa perlu beri bayi peluang bergerak-gerak? Bahagian otak dan saraf yang mengawal pergerakkan tidak boleh dirangsang seperti pancaindera sensori. Tetapi sangat penting ianya diberi peluang bergerak-gerak. Galakkan anggota badan bayi khususnya kedua tangan dan kaki untuk bergerak-gerak.
Jangan Dibedung Bayi, Beri Bayi Peluang Bergerak-Gerak