Rumah Bersih, Anak Diam Itu Perlu Risau Berbanding Kemas Rumah Banyak Kali

Share

Kebanyakan ibu bapa lebih suka menyediakan keperluan anak siap-siap sebab tak mahu anak minta banyak kali dan tak nak diganggu bila nak buat kerja. Cara ini memang betul tetapi adakah kita terfikir ia hadkan komunikasi anak.

Sedangkan dalam usia setahun ke atas waktu terbaik anak belajar cakap dan menyebut sebanyak mungkin perkataan.

Memahami keadaan ini, Patologis Pertuturan Bahasa, Aishah Kassim berkongsi pandangannya untuk ibu bapa yang nak cipta peluang untuk komunikasi dengan anak.

Perasan tak dekat rumah kita banyak sediakan semuanya untuk anak? Sebelum anak nangis, cepat-cepat kita dah buatkan susu untuk anak sampai anak tak sempat cakap ‘nak susu…’. Tiba je waktu makan, terus bagi pinggan dekat anak sampai anak tak sempat nak cakap ‘ibu, lapar…’

Jadi anak ni akan rasa mereka TIADA KEPERLUAN untuk bercakap sebab semuanya sudah tersedia. Oleh itu, cuba cipta ruang dan peluang untuk anak meminta dan bercakap dengan kita.

Contoh 1 : susu/makanan diletakkan di tempat yang sukar untuk anak capai
– dengan ini anak akan belajar untuk meminta dengan sebut ‘nak’ atau menggunakan gesture ‘tunjuk’

Contoh 2 : ketika suap anak makan, beri dalam kuantiti sedikit. Sebagai contoh ketika makan biskut/roti, potong makanan kecil-kecil supaya anak akan minta banyak kali. Selain cipta peluang untuk anak meminta, cara ini juga dapat meningkatkan eye contact anak.

Contoh 3 : ketika memakai baju, beri peluang untuk anak memilih baju kegemaran berbanding kita yang menyediakan semua untuk anak.
Bila dah ada keperluan dan peluang untuk bercakap, baru la anak suka untuk komunikasi dan interact dengan kita.

p/s : Kita pun kalau tak ada keperluan nak cakap dengan orang sebelah, kita tak cakap dengan dia

Sumber: Aishah Kassim

Published by
Wan Amalia Mohd Daud