Berita

Rumah Che Ta Diserbu, Pinjam Mara Hampir RM1 Juta

Share

Kediaman pelakon sensasi Rozita Che Wan, atau lebih dikenali sebagai Che Ta, telah didatangi pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada pagi ini.

Tindakan tersebut dipercayai diambil susulan kegagalan pelakon itu melunaskan hutang pinjaman dengan agensi berkenaan yang dianggarkan hampir mencecah RM1 juta.

Barangan milik pelakon Rozita Che Wan, dianggarkan bernilai hampir RM100,000, disita oleh pihak mahkamah hari ini.

Memetik laporan Kosmo, ketika serbuan dibuat pagi ini, hanya kelibat ibu pelakon tersebut sahaja yang ada mendiami rumah mewah di Kota Damansara. Manakala salah seorang anak pelakon itu tiba selepas satu jam pihak Mara memasuki rumah tersebut

Menurut peguam yang mewakili Majlis Amanah Rakyat (MARA), writ penyitaan telah diserahkan kepada ibu pelakon itu kerana Rozita tidak berada di kediamannya di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

“Hari ini kita serahkan writ, buat penilaian harga barang dan penyitaan. Ini kehadiran kali kedua ke rumah Rozita.

“Kami pernah hadir kali pertama bulan lalu tetapi tidak mendapat kerjasama. Jadi kali ini kami dapat perintah mahkamah untuk masuk.

“Nilai anggaran barang rumah tadi tidak sampai RM100,000, kebanyakan barangan peribadi,” katanya mewakili Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Tambah wanita berkenaan, pihaknya kini menunggu arahan selanjutnya dari mahkamah untuk melakukan proses lelongan, dijangka dalam masa dua minggu lagi.

Katanya, apa-apa proses rundingan selepas ini perlulah melalui mahkamah.

“Buat masa ini kita akan tunggu arahan selanjutnya untuk proses lelongan. Kalau ada rundingan selepas ini, semuanya melalui proses mahkamah.

Sumber: Kosmo

 

Published by
Nor Yusoff