“Rumah Orang Bukan Playzone!” 20 Ekor Ikan Mati Gara-Gara Ibu Bapa Tak Pantau Anak Masa Beraya

Share

Mengunjungi rumah sanak saudara memang menjadi kebiasaan di bulan Syawal. Namun perkara yang menyayatkan hati di mana 20 ekor peliharaan mati gara-gara ibu bapa yang tidak memantau anak semasa pergi beraya.

Menurut paparan Aman Mokhtar, beliau meluahkan pendapatnya apabila ikan peliharaan di kolam rumah rakan Instagramnya itu mati selepas  sebanyak kira-kira 1kg makanan ditumpahkan ke dalam kolam pada malam sebelumnya.

Tatatertib & didikan

“Bukan tidak suka atau tidak faham dengan budak-budak kecil, cuma tatatertib atau didikan parent disitu yang perlu dititikberatkan,” kata beliau ketika dihubungi Pa&Ma.

Berikut ialah posting Aman yang mendapat perhatian di seluruh negara dan tular.

Before this heboh pasal anak kucing mati kena rendam dlm air & tv plasma tuan rumah jatuh dan pecah, dua-dua pasal kes datang beraya bawa anak-anak yang hyperactive tapi tak pantau.

And now 1 of my friend on IG ikan-ikan dalam kolam dia banyak mati sebab kes yang sama, bawa anak datang beraya tak pantau jaga.

Tabur sebalang makanan ikan

Ni kes tabur sebalang makanan kat ikan mcm tu je pastu ikan tak makan dan effect kat air kolam. Esok nya 20 ekor semua terapung mati.

Pantau seketat mungkin

Please lah ya yg ada anak2 kecik tu terutamanya.jaga elok2 n pantau seketat yg mungkin…kalau boleh ikat tangan anak tu ngan tgn sndri. Nak bawa anak2 kecik boleh tapi jgn sedap nak penuhkan perut sendiri je pastu membawang rancak smpai anak sendiri tak terpandang perangai kt tempat orng.

Jangan menyusahkan orang lain

Ikan2 kolam ni bukan murah nk beli.last gambar tu ikan tu dh ready nk bertelur tp dh sampai ajal…kesian tuan rumah.lain kali kalau tau anak tu dh perangai buas sngt n sendiri x reti nak control,better tinggal jelah anak kt rumah. Jgn nnti menyusahkn orng lain..

Rumah orang bukan playzone!

Ni datang beraya rumah orang tau…ada adab mengunjung, bukan kat padang bola boleh terkinja-kinja.

“Rumah orang bukan playzone”!!!

Sumber: Aman Mokhtar

Published by
Azma ML