Mengasingkan tempat tidur anak memang sukar. Apatah lagi bila rumah tidak punya lebihan bilik yang sesuai untuk anak. Sudahnya anak terpaksa tidur bersama mak ayah. Jangan dibiarkan kerana aurat mak ayah perlu dijaga sebaiknya.
Bilik tak cukup? Apa mak ayah nak buat? Perkongsian tip oleh Penulis Keibubapaan, Pn Wan Nur Syakira ini mak ayah kena aplikasikan. Ada banyak tip yang mak ayah boleh cuba lakukan.
Ada ibu yang bertanya seandainya mereka suami isteri masih tak mampu asingkan tempat tidur anak kerana ada dua bilik. Satu bilik tidur, satu stor. Apa yang beliau boleh buat?
Jadi panduannya,
1️. Asingkan tilam antara ibu bapa dan anak-anak. Bilik sama, tetapi compartment berbeza. Jika anak berbeza jantina, usahakan asingkan juga di dalam bilik yang sama.
2️. Anak-anak pula, seorang satu selimut. Usah biasakan tidur satu selimut.
3️. Jika anak ada di dalam bilik, jangan lah tukar baju di hadapan mereka. Minta mereka keluar dahulu atau tukar baju di bilik air. Keluar dengan sudah berpakaian lengkap. Berhati-hati dengan aurat ibu ayah dengan anak-anak.
Ads
4️. Berjaga-jaga dengan sentuhan suami isteri, jika anak ada, jangan dipaparkan sentuhan yang menjurus kepada keintiman seksual.
Begitu juga perbuatan ibu ayah mandi bersama, jangan biar diketahui anak-anak. Jika anak tiada dalam bilik, boleh lah buat apa saja.
5️. Ibu ayah dan anak-anak kena amalkan ketuk pintu sebelum masuk. Jangan terjah, kerana semua berkongsi bilik yang sama untuk segala urusan peribadi.
6️. Jangan sesekali melakukan hubungan suami isteri di hadapan anak-anak meskipun mereka tidur dan sebenarnya tiada sesiapa boleh melihat atau mendengar hubungan kelamin suami isteri dilakukan, ianya aurat yang perlu disembunyikan rapi.
Lakukanlah ketika mereka tiada. Sebenarnya, anak dah pandai pura-pura tidur seawal umur 4 tahun, apatah lagi yang berada di sekolah rendah. Panduan ini terpakai selagi mana kita terpaksa berkongsi bilik tidur dengan anak.
Ads
7️. Andai ada ruang untuk kosongkan stor untuk jadikan bilik, saya amat galakkan begitu. Jadi, anak boleh diasingkan bilik.
Seorang sahabat Facebook saya pernah kongsikan dia lakukan begini untuk anak-anaknya. Beliau kosongkan stor dan dia dan suaminya tidur di stor dan anaknya di bilik satu lagi. Terpulang, boleh juga digunakan pendekatan beliau ini.
✅ Disarankan paling kurang, setiap rumah ada 3 bilik. Satu bilik ibu bapa, satu bilik untuk adik beradik lelaki, satu bilik untuk adik beradik perempuan.
✅ Andai ada 2 bilik, satu bilik untuk ibu ayah dan satu bilik lagi untuk adik beradik perempuan. Adik beradik lelaki mungkin tidur di ruang lain, ruang tamu sebagai contoh.
Ads
Saya titipkan doa agar diberikan ibu tadi rezeki untuk hidup berbahagia dan lebih terjaga di rumah sendiri. Minta doakan puan ini juga ya. 😊
Rasa tersentak dan terpempan saya bila Allah datangkan peringatan untuk bersyukur rumah saya ada lebih dari satu bilik.
Saya pun dalam proses latihan asingkan tempat tidur untuk anak sulung. Memang bukan mudah proses ini, tetapi sesukar-sukar saya , anak saya punya bilik sendiri. Tidak seperti mereka.
Moga Allah limpah rezeki pada mereka. Amin ya Rab.
Dalam rumah tangga, suami isteri perlu sepakat. Namun jika isteri sahaja yang menguruskan hal-hal rumah tangga dan anak, risau emosi jadi tidak stabil dan suami akan ambil mudah hal ini.
Sebab itu, persefahaman penting dari awal perkahwinan dan mesti ada tolak ansur. Suami jika nampak isteri penat, jangan terus dibiarkan kerana lama kelamaan boleh menjejaskan hubungan. Ini paling dirisaukan!
Oleh itu, seperti perkongsian seorang suami, En Mohd Fhais Salim, apabila melihat rambut isteri gugur, benar-benar menjentik hatinya. Mungkin ini juga boleh dijadikan panduan bersama pasangan suami isteri lain.
Terkejut saya nampak sikat ni penuh rambut! Ni sikat isteri, dia sorang je pakai sikat ni. Kenapa saya terkejut?
Mana tak terkejut, rambut gugur ni tanda-tanda dia kerap stress. Bila kerap stress, sistem hormon badan dia akan jadi tak menentu.
Dan hormon yang tak menentu ni akan buat rambut dia stuck dekat fasa telogen (fasa rehat ). Kalau nak tahu, dekat fasa telogen ni la rambut kita akan jadi mudah gugur dan mudah putus.
Aduhai, macam mana la boleh tak perasan ni. Kebelakangan ni saya sibuk sikit. Jarang ada dekat rumah. Jadi dia seorang urus rumah dan anak. Sibuk sangat.
Selalunya yang paling banyak bagi isteri sakit kepala dan stress ialah anak yang sulung. Si annur rania tu la.. dia rasa dah besar, dah pandai menjawab.
Saya memang selalu perhati je. Bila ibunya suruh buat apa-apa, susah nak ikut. Bila ibunya marah-marah, buat derk je dia. Langsung tak takut.
Bila ibunya cakap ada sahaja dia menjawab. Memang patut la, banyak rambut gugur akhir akhir ni. Aduhai..
Saya hold beberapa projek, time tu juga saya ajak isteri pergi bercuti. Menginap la kami dekat hotel 2 hari 1 malam. Ubat stress ni kena berehat je.
Isteri kita ni kalau dapat rehat yang berkualiti, sehari rehat impak dia macam dapat rehat sebulan.
Bukan stress je hilang, kedut-kedut di muka pun turut hilang sekali. Baru dapat maintain keayuan dia. Cewah.. Banyak bagi isteri rehat okey
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menu-menu ringkas seperti sayur suhun sememangnya cukup sedap dan senang di masak. Apa lagi kala dimakan bersama sepinggan nasi panas. Memang terlajak sedapnya.
Pun begitu, sifat suhun yang mudah kembang membuatkan sup suhun seakan diserap dan suhun menjadi kembang. Apa nak buat? Macam mana nak pastikan suhun tidak terlalu kembang?
Jom ikuti perkongsian tips dari Faraherda ini. Barulah puas hati dapat menghirup kuahnya bersama suhun yang lembut. Jom cuba!
Korang suka makan sup suhun dan fucuk campur kentang? Sedap makan panas-panas dengan nasi dan sambal belacan kan? Tapi, korang kalau masak sup suhun, pernah ada masalah suhun kembang sampai serap habis kuah tak? Tak suka kan?
Dulu saya pun ada masalah ini. Geram je rasa. Kemudian, saya cuba beberapa tips asas, menjadi! Mudah je tips ini, jom buat.
Tips masak suhun tak kembang serap kuah.
1. Suhun jangan letak banyak sangat.
2. Mesti rendam suhun dulu.
3. Tuang air lebih dari biasa (kalau sebelum ini letak 1 liter, tambahkan jadi 1.5 liter).
4. Letak suhun akhir sekali.
5. Kemudian, kacau sekejap dalam 20 saat.
6. Terus tutup api dan tutup periuk.
7. Biarkan sahaja suhun masak sendiri dalam periuk itu.
Sayur yang disimpan lama dan tidak sempat di masak sememangnya menyebabkan pembaziran berlaku. Apa kata kali ini kita cuba aplikasikan cara yang dikongsikan oleh Arni Lisa ini.
Sayur seperti sawi dan tomato lebih tahan lama malah mampu bertahan sampai seminggu dengan cara mudah ini. Jom cuba!
TIPS SIMPAN BARANG DAPUR
Petang-petang jom lah Arni share cara arni simpan barang dapur. Terutama sekali cara nak simpan sayur tak nak bagi cepat rosak. Halia dan lengkuas tak nak bagi cepat buruk. Lain orang lain cara penyimpanannya kan.
Ni Arni share cara Arni simpan barang dapur terutama sekali sayur lah. Sayurkn cepat rosak..cara arni nak simpan sayur alas dahulu bekas nak isi sayur dengan tisu.
Tujuannya bila kita simpan dalam peti ais dia akan basah, jadi tisu ni berperanan untuk serap air bagi elak sayur cepat busuk.
Air dari tisu tu akan beri lembab dekat sayur dan sayur tu akan sentiasa segar. Buat cara macam ni sayur terutamanya sayur sawi boleh tahan sampai seminggu lebih.
Untuk tomato pun sama, alas dahulu tisu sebelum nak simpan tomato dalam bekas. Buat macam ni tomato tak cepat buruk dan busuk. Jika seminggu masih tak habis guna & nampak tisu tu basah boleh tukar tisu lain. Untuk elakkan tomato tu lembab, nanti bila lembab & basah tomato cepat rosak.
Untuk halia nak tahan lama letak dalam bekas kedap udara, bertutup simpan dalam peti ais boleh tahan berminggu-minggu. Lagipun untuk kita guna sikit je dan beli mestilah seketul besarkan.
Lengkuas tak nak bagi dia cepat kering dan mengecut, caranya simpan dalam bekas bertutup dan isi air penuh sampai menutup lengkuas tu. Kiranya lengkuas tu terendam lah dalam air. Buat macam ni boleh tahan berminggu-minggu.
Ubi kentang isi dalam bakul @ bekas terbuka, tak nak tertutup nanti cepat buruk.
Cili kering isi dalam bekas bertutup tak nak bagi dia cepat berkulat.
Ikan bilis arni suka simpan dalam bekas bertutup simpan dalam peti ais, tak nak bagi dia berbau hapak.
Semoga ianya berguna untuk para ibu dan mak-mak nak simpan barang dapur, tak nak bagi barang cepat rosak.
Nak bawa anak dekati alam dan jalan hujung minggu, jom ke Farm In The City.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.