Soal ajal, maut, jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Jodoh kita adalah urusan Allah SWT dan hanya Dia yang tahu siapakah bakal dijodohkan dengan kita.
Selepas bertemu jodoh dan berkahwin, pastinya hati dan jiwa kita tidak lagi terasa kosong. Masing-masing mempunyai harapan tersendiri terhadap pasangan yang diidam-idamkan. Namun, selepas lama mendirikan rumah tangga, baru terasa ada yang tak kena dan sukar pula nak dapat persefahaman.
Mengapa perkara sebegini berlaku? Semasa bercinta, setiap pasangan kekasih biasanya akan mempamerkan sikap dan personaliti sangat ideal. Masing-masing menyembunyikan kelemahan diri supaya dapat menambat hati pasangan.
Apabila sudah berkahwin, barulah segala rahsia serta kelemahan diri terbongkar. Perkahwinan menuntut persefahaman dan jalinan komunikasi yang berkesan antara kedua-dua pasangan. Suami perlu belajar dan berusaha mengenali isteri, begitu juga isteri berusaha mengenali suami.
Menerusi perkongsian Ustazah Asma Harun, jika suami isteri ada masalah ini, jalan penyelesaiannya terletak dalam diri pasangan itu sendiri. Jika ada masalah suami atau isteri asyik mengadu pada orang lain dan menyalahkan pasangan sampai bila nak selesai?
Jaga Hak Allah, Allah Jaga Kita
Kena ingat setiap ujian yang berlaku itu datangnya dari Allah. Penyelesaian yang kita kena buat pun mesti kembali pada Allah.
Kalau suami isteri nak berubah tapi dua-dua tak bersungguh tak akan dapat hasil yang baik. Mesti faham sekiranya kita jaga hak Allah, jaga hubungan dengan Allah, pastinya Allah akan jaga diri kita dengan baik.
Perlu ingat, jika kita ada masalah ubatnya hanya satu. Betulkan solat, istighfar banyak kali, selawat, keluarkan zakat dan sedekah. Pegang semua ni, apa sahaja yang kita buat pasti Allah akan permudahkan dan hidup pun tenang.
Penting juga kita faham sekiranya kita jaga semua hak Allah, Allah akan ada depan kita. Minta tolong sungguh-sungguh dengan Allah, pastinya dapat.
Ini kelebihan jaga apa Allah minta kita buat. Apa yang Allah larang kita tinggal. Pegang dua point ini pengakhirannya kita rasa mudah dan tiada masalah.
Jika rasa ada yang tak kena lagi, suami isteri kena sama-sama hidupkan suasana dalam rumah tangga. Jadikan rumah tangga kita ni tempat untuk menyuburkan rasa kasih sayang.
ARTIKEL MENARIK [Selalu Belanja & Tunaikan Apa Anak Isteri Minta, Lagi Berkat Rezeki Suami]
Ingat Allah uji sebab Dia sayang. Kita yang kena kuat, cari jalan dan ingat Dia selalu, Musibah yang menimpa dalam rumah tangga itu ujian kecil Allah untuk tengok setakat mana level kita untuk terus kuat dengan pasangan.
Sentiasa imarahkan rumah tangga dengan keberkatan, hujungnya akan ada manis yang kita akan kecapi bersama pasangan.
Jalan Penyelesaian Masalah Suami Isteri
Bismillah..Sedikit Perkongsian, Jalan Penyelesaian Masalah Suami Isteri 💝#UAHSahabatDuniaAkhirat
Posted by Ustazah Asma' Harun on Tuesday, 16 July 2019
Sumber: Ustazah Asma Harun
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI