“Ayah suruh saya terjun dulu dari tingkap,” kata Muhammad Afip Aryan Mohd Khairul, 6, yang terselamat dalam kebakaran yang meragut nyawa ibu dan dua adiknya di Kampung Sungai Relong, Kamunting, Taiping, semalam.
Dalam kejadian 1 pagi itu, ibunya Jazmanniza Man, 35, dan adiknya Muhammad Anaz Rizqi, 4, serta Nur Aulia Medina Mohd Khairul, 3, ditemukan rentung dalam rumah berkenaan.
Manakala, bapanya Mohd Khairul Ismail, 38, parah akibat melecur sebahagian badan manakala bapa saudaranya, Jamal Alzuan Man, 33, pula cedera.
Muhammad Afip berkata, selepas disuruh terjun, bapanya bertindak nekad cuba menyelamatkan ibu dan dua adiknya di bilik mereka tidur di tingkat atas rumah, namun gagal.
“Ayah suruh terjun dulu melalui tingkap bilik, tapi masa itu ibu dengan adik tengah ‘tidur’ lagi, sudah tidak berjaga,” katanya ringkas ketika ditemui di lokasi, hari ini.
Adik bongsu Jazmanniza, Ahmad Syafrzal, 27, berkata, enam orang tinggal dalam rumah peninggalan arwah ibu bapa termasuk Jamal Alzuan yang menetap di situ sejak sekian lama.
Ads
Arwah mengandung 5 bulan
Katanya, ketika kejadian Jamal Alzuan yang berjaya keluar dari rumah itu sempat pergi ke rumahnya berhampiran untuk meminta bantuan.
“Sebaik tiba di rumah itu, api masih marak dan kelihatan abang ipar (Mohd Khairul) yang melecur sebahagian tubuhnya sudah keluar dari rumah, namun keadaannya bagai tidak tentu arah.
Ads
“Walaupun reda, namun saya juga terkilan kerana kami difahamkan arwah kakak mengandung lima bulan bahkan semalam, saya sempat membelikannya burger selepas mengadu mengidamkan,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Azmi Osman berkata, ketiga-tiga mayat yang rentung ditemui atas katil dalam sebuah bilik dipercayai tempat mereka lima beranak tidur bersama.
Menurutnya, pihaknya percaya api merebak cepat susulan faktor angin selain sebahagian besar struktur kayu di bahagian atas rumah terbabit.
Ads
“Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran dan jumlah kerugian sebenar,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, mayat tiga beranak itu dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan ibu bersama dua anak ditemukan rentung dalam kebakaran rumah terbabit.
Setiap anak, lain-lain ragamnya. Sementara anak-anak nak membesar, pasti akan ada pelbagai gelagat yang mencuit hati. Semua ini akan menjadi kenangan untuk ibu bapa dan anak itu sendiri apabila mereka dah besar.
Sekitar usia anak 0 hingga 7 tahun, tempoh ini adalah fasa yang orang kata banyak akal. Kadang-kadang buatkan ibu ayah gelak, geram, nak marah dan macam-macam lagi perasaan. Tapi semua ini ibarat rencah dalam kehidupan untuk kita menjaga amanah Allah sebaiknya.
Bagi ibu bapa, apabila usia anak menginjak 4 tahun ke atas, masing-masing akan mula memikirkan pendidikan anak. Ini juga antara dilema untuk ibu bapa bagi memastikan anak dapat menyesuaikan diri di alam persekolahan. Cuma bila dah masuk sekolah, mental ibu bapa kena kuat untuk hadap ragam anak pula.
Buat drama nak bawa ‘bucuk’ ke sekolah
Seperti kisah ibu ini, Puan Noramiza Abdullah, gelagat anak ketiganya, Nur Alfiera Raisha, 5 tahun yang baru memulakan sesi prasekolah benar-benar mencuit hati. Masa hari pertama sekolah semua ok, bila masuk hari kedua, ketiga dan keempat, dia dah mula buat drama minta nak bawa ‘barang kesayangan’.
Mulanya saya ingat dia main-main, tapi tak sangka pula masa dah bersiap nak ke sekolah, cepat-cepat dia ambil dan pegang bucuk (panggilan manja untuk anak patung arnab) dan puting.
Disebabkan tak mahu dia bad mood untuk ke sekolah, saya beritahu cikgu dan cikgunya cakap layan je permintaannya itu. Janji dia mahu ke sekolah.
Jadi nak tak nak, saya bagi dia bawa. Sampai di sekolah tanya dia lagi sekali. Nasiblah dah berubah fikiran dan bersetuju untuk tinggalkan dulu dalam kereta. Dia cakap nanti kawan tengok malu.
Murung dalam kelas
Bagaimanapun ketika dalam kelas, cikgu ada kongsikan gambar Alfiera Raisha yang nampak sedih walaupun kawan-kawan lain seronok buat aktiviti. Nak tergelak pun ada. Tapi apabila balik sekolah, masuk je dalam kereta, terus cari bucuknya.
Dari muka sedih terus senyum. Apa yang membuatkan saya tergelak, dia siap tanya “Bucuk cari Ina tak masa pergi sekolah tadi.” Jadi terpaksa lah ibu pun buat skrip drama.. “Bucuk cari siap nangis hentak-hentak kaki cari Ina.” Lepas tu barulah senyum.
Sejak bayi, Bucuk teman setia
Kongsi Noramiza lagi, Bucuk ni dah dianggap sebagai kawan baiknya sejak bayi lagi. Banyak anak patung yang dia suka tapi, ini adalah kesayangannya. Jika hilang dari pandangan, cara dia cari tu seolah-olah seperti mencari anak kucing. “bucuk ooo bucuk, mana bucuk ni..”
Kalau puting dia tak kisah sangat pun. Ada ok, tak ada pun tak apa. Asalkan bucuk dia ada depan mata. Nasib jugalah dia bagi basuh. Jadi bucuk dia tu tak busuk sebab selalu dicuci.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pemergian insan yang paling rapat pasti akan dirasai apatah lagi setiap apa yang dilakukan sebelum ini selalunya akan mendapat nasihat dan rujukan terlebih dahulu. Tapi janji Allah itu pasti, apabila Ustaz MK Azman akui kehilangan ‘guru’ yang paling rapat iaitu arwah isteri, Ustazah Shadiya Abbas cukup terkesan buatnya sekeluarga.
Meninggalkan tiga cahaya mata yang masih perlukan belaian seorang ibu bukan sesuatu yang mudah. Namun hidup perlu diteruskan dan hanya doa sebagai pengubat rindu buat arwah di sana.
Menerusi coretan hati Ustaz MK Azman ramai yang bertanyakannya kenapa dia menganggap arwah Ustazah Shadiya sebagai gurunya selama ini.
Mungkin ramai yang tidak tahu apa istimewanya arwah, namun apa yang diluahkan oleh Ustaz MK Azman ini benar-benar mengambarkan betapa hebatnya keperibadian Ustazah Shadiya.
DIA GURUKU
Ada anak-anak murid arwah whatsapp bertanya kepada saya kenapa saya menggelar Ustazah Shadiya Abbas sebagai guru.. Saya akui dia sebagai guru saya kerana:
1️⃣ Saya merujuk dahulu pada beliau apa yang perlu saya ajarkan pada jemaah masjid atau surau sebelum saya menyampai kuliah atau ceramah. Dia yang ajarkan cara penyampaian dan pengkritik tetap saya dalam aspek penyampaian ilmu agama.
2️⃣Dia guru saya sebab dia mempunyai khazanah doa-doa yang ma’thur. Dia hafal banyak doa dan dia amalkan. Seringkali dia akan ajarkan saya dan ingatkan saya supaya amal. Bukan saja pada saya, juga pada anak-anak. Sebab tu biasa penutup kuliahnya dia akan ajarkan doa-doa kepada jemaah untuk diamalkan.
3️⃣Dia guru saya sebab penyampaiannya sentiasa segar walaupun pada waktu petang. Dia akan turun bersama-sama saya ataupun berseorangan untuk mengajar penghuni-penghuni Pusat Bina Diri JKM Sungai Buloh. Dia bersemangat untuk mengajar walaupun tanpa bayaran kerana baginya adalah amal jariah. Jika saya datang berseorangan ke sana, pasti ada ibu-ibu di sana bertanyakan tentang Ustazah Shadiya. Ramai yang menyatakan rasa rindu. Kata mereka ustazah mengajar best.. Allahu.. Aku yakin mereka belum tahu ustazah yang menjadi kerinduan mereka sudah tiada.
4️⃣Orang kuat Emkays Future Training & Consultancy yang saya tubuhkan adalah Ustazah. Dialah yang kerap menyampaikan ilmu biar pun dia keletihan. Ada sahaja perkara yang dia nak kongsikan. Tiada lagi guru, mungkin tiada lagi… 😢😢😢
5️⃣Dia guru yang sering menegur salah silap saya sama ada sikap, perasaan dan ibadah saya. Naik kenderaan pasti dia akan ingatkan saya dan anak-anak baca doa.. Malah malam terakhir saya bersama beliau ke hospital pun dia sempat berpesan supaya baca doa. Saya sakit, dia ajarkan doa untuk saya baca dan amalkan. Alhamdulillah mustajab doa yang dibaca.
Sebab itulah saya menggelar dia sebagai GURU. Nanti anak muridmu ini akan menyusul bersamamu wahai GURUKU.
Hamil pada usia 35 tahun agak berisiko, Fasha Sandha memberitahu keguguran yang dialami bukan kerana dia membuat pengumuman tentang kehamilannya terlalu awal.
Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 35, berkata dia menganggap apa yang terjadi bergantung kepada nasib dan rezeki seseorang itu.
GUGUR BUKAN SEBAB UMUM AWAL
“Sebenarnya ia bergantung kepada nasib dan rezeki seseorang itu sebelum. Sebelum ini saya hamil Raysha saya ada umum juga ketika kandungan peringkat awal.
“Ada orang hamil lima bulan pun boleh mengalami keguguran. Semuanya adalah rezeki. Tak ada pun orang mengatakan kalau umum hamil awal nanti ada sesuatu tidak baik berlaku.
“Tapi saya tidak kisah apa orang nak kata. Ikut pada mereka yang ingin menilai sebab semuanya berbalik kepada soal rezeki,” kata Fasha.
Fasha yag ditemui di majlis hari terbuka sebelum ini mengalami keguguran pada usia kandungan hampir mencecah tujuh minggu pada 7 Jun lalu.
AKAN LEBIH BERJAGA-JAGA JIKA HAMIL LAGI
Ibu kepada dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima ini memberitahu dia akan lebih berjaga-jaga sekiranya diberikan rezeki untuk hamil sekali lagi.
“Pada usia ini memang mempunyai risiko untuk hamil tapi apa yang saya belajar selepas ini supaya tidak terlalu aktif di masa hadapan.
“Jika hamil lagi, saya perlu berehat dan tak boleh lakukan banyak aktiviti sehingga tidak sedar diri sedang mengandung,” ujar Fasha yang melangsungkan majlis perkahwinan dengan aktor Aidil Aziz pada 30 Mac lalu.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.