Setelah selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.05 kilogram menerusi pembedahan sekitar jam 10.30 pagi, 9 Mei lalu, Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam telah berkongsi wajah anak ketiganya.
Bayi perempuan yang diberi nama Salama Samheizy Binti Shaheizy Sam adalah puteri kedua buat pasangan ini.
Menerusi perkongsian di instagram Syatilla, secara rasminya wajah comel Salama dikongsikan dan ramai memuji kecomelan Salama seperti kakaknya, Sarima.
Salam semua.. mempersembahkan hasil menuai kami yang ke-3..SALAMA SAMHEIZY BT SHAHEIZY SAM (3.05kg). Keluaq ikut tingkap🤍 Dagu teteppppppppp
Melalui perkongsian gambar tersebut, rata-rata peminat dan rakan artis geram melihat Salama yang berdagu runcing. Malah ada yang menyatakan muka Salama copy paste kakaknya.
Sementara itu, menerusi perkongsian di instagram Shaheizy Sam pula, dia meluahkan rasa syukur atas kelahiran anak ketiga. Sebagai bapa tiada apa yang diinginkan melainkan yang baik-baik saja untuk anak-anak.
Ads
Harapan Shaheizy, kelahiran Salama ini akan menambahkan keberkatan buat seleuruh ahli keluarganya. Dia juga berharap akan menjadi ‘kawan baik’ untuk anak selagi diberi kesempatan.
“Please be good to me, dear world. I’ll be your best friend ❤️”
Sebelum ini, Shaheizy Sam berkongsi dia menemani Syatilla sepanjang proses melahirkan di dewan bersalin.
Ads
Untuk rekod Sam dan Syatilla mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan turut dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syeriv Samhiezy, 5, dan Sarima Samhiezy, 2.
Kredit: IG Samtilla & Shaheizy
Ads
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam memastikan anak kita berada dalam keadaan sihat, langkah pencegahan dan rawatan awal harus diberi perhatian. Tapi bagaimana untuk kita mengetahuinya?
Anak yang masih diperingkat bayi dan kanak-kanak tidak tahu untuk menceritakan kesakitan yang dialami. Ibu bapalah yang harus peka dengan perubahan anak. Tindakan cepat ibu bapa dapat membantu anak.
Malah apabila anak tidak sihat, ibu bapa yang akan risau. Jadi terdapat lima cara untuk anak mengesan kelainan pada anak apabila dia mula menunjukkan ketidakselesaan apabila sakit.
Menangis
Menangis antara cara yang paling mudah untuk bayi atau kanak-kanak memberitahu ibu bapanya sama ada dia tidak selesa, lapar atau mahu tidur. Sekiranya anak kerap menangis, anda perlu peka dan ambil perhatian. Mungkin ada yang tidak kena pada diri anak anda. Jangan anggap tangisan adalah perkara biasa jika ia berlarutan.
Kurang aktif
Boleh dikatakan bayi dan kanak-kanak memang aktif. Bagi bayi paling tidak mereka akan menggerakan tangan dan kaki. Manakala untuk kanak-kanak mereka akan berlari, melompat atau menyepahkan mainan yang ada.
Jika ibu bapa melihat aktiviti yang anak lakukan tidak seperti biasa, anda boleh tahu anak mungkin tidak sihat. Contohnya dia akan baring dan tidur. Cepat-cepat bertindak. Mungkin dia dah mula demam.
Kurang selera makan
Tanda lain anak kita tidak sihat adalah bila kurang selera makan. Perkara ini pun ibu bapa kena tahu juga. Mungkin kebiasaannya anak makan dan menyusu dengan kerap tetapi apabila dah mula tidak sihat, secara automatik selera makan dah tak ada.
Tolong perhatikan perubahan ini kerana kekurangan air juga boleh menyebabkan anak semakin lemah dan tak bermaya.
Kerap tidur
Anak yang tak sihat mereka akan kerap tidur berbanding biasa. Kalau kebiasaannya sehari tiga kali tidur tetapi apabila tak sihat lagi lama dan kerap. Kena selalu pantau keadaan ini jika nampak tiada perubahan. Contoh biasanya kalau anak demam lebih tiga hari doktor akan buat ujian darah untuk pemeriksaan lanjut. Jadi jika demam anak terlalu lama elok rujuk ke hospital. Bimbang pelbagai masalah lain yang berlaku. Tindakan pantas ibu bapa dapat menyelamatkan nyawa anak.
Lemah sepanjang hari
Nampak lemah sepanjang hari walaupun diberi makan ubat atau selepas makan harus diberi perhatian. Jika keadaan ini berlarutan, dapatkan nasihat doktor dengan segera. Jangan ada sikap tunggu dan lihat atas alasan dah bawa anak ke klinik sebelum ini.
Perkongsian ini sebagai peringatan untuk semua ibu bapa. Usaha yang terbaik demi kesihatan keluarga semoga dijauhkan sari pelbagai penyakit bahaya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai ibu bapa tidak tahu PENTINGNYA tahap umur BAYI baring MELENTANG dan helpless tu. Umur bayi tentunya 0-3 bulan ke bawah. Bayi tak tahu buat apa-apa, mungkin mengagah sahaja.
Selalunya, ibu bapa akan biarkan saja. paling-paling bagi susu, salin lampin dan biarkan saja baby sendirian.
Kredit: pexels.com
ANAK HANYA ADA MINDA BAWAH SEDAR
Namun, ibu bapa yang bijak, tahu, pada usia ini anak TIADA MINDA SEDAR. Yang wujud HANYA MINDA BAWAH SEDAR. Diserapnya semua perkara yang berlaku di kelilingnya.
Bayangkan ibu bapa yang tidak prihatin tinggalkan anak dengan orang yang mulutnya asyik memaki dan mencela orang, itulah yang diserap. Orang di sekeliling anak itu pula asyik bergaduh dan bekelakuan kasar….serap lagi!
ANAK SERAP SEMUANYA, TIADA FILTER!
Aduh! mama papa bercakap penuh berbudi bahasa….sedar-sedar bila anak pandai bercakap…akhlaknya kasar dan perkataannya kasar…dari mana datangnya?..Ya! dari apa yang dia serap semasa 0-3 bulan!
Kalau si ayah selalu memarahi si ibu atau si ibu memarahi si ayah di hadapan anak, maka terseraplah tenaga marah ke dalam diri anak itu. Bila dia besar sikit, si ibu dan bapa hairan kenapalah si anak ni cepat sangat marah dan mempunyai perangai cepat marah.
Emmmm….jangan pandang rendah lagi apa yang boleh dibuat pada anak anda yang berumur 0-3 bulan.
Kredit: pexels.com
BAGI INPUT POSITIF, ELAKKAN GAJET
Ambil masa, cium, agah dan yang penting bercakap dengan anak itu. Tunjuk itu dan ini. Beri input…bacakan buku yang banyak gambar…janganlah pula bagi ipad atau tengok TV. Kesian sel otaknya!
Anak umur 0-3 bulan, sangat memerlukan input positif anda. Lapangkan masa bagaimana sibuk pun. Cari jalan untuk bercakap dan bersembang dengannya.
Bersembang? Ya bersembanglah dengannya. Kata nak anak cepat bercakap.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selain huruf dan nombor diperkenalkan kepada anak-anak sejak mereka kecil, biasanya kita akan mengajar mereka untuk mengenali warna. Seawal kita mengajar mereka, mungkin anak akan merasa keliru dan tertukar warna. Jangan harapkan mereka untuk terus pandai dan mengingati warna-warna yang diperkenalkan. Seeloknya perkenalkan perlahan-lahan dan berperingkat. Wujudkan juga cara menarik untuk melatih mereka mengenali warna.
Ia boleh dilakukan dengan menyebut warna perabot, perkakasan rumah, permainan dan buku berilustrasi. Sebenarnya mempelajari warna adalah permulaan yang baik untuk melatih otak anak anak tentang kebolehan berfikir.
Untuk anak kecil, mereka memerlukan input yang lebih ketika diperkenalkan dengan warna. Sebagai contoh, ketika anda perkenalkan mereka dengan warna merah untuk epal. Jangan berhenti setakat itu, terangkan merah itu warna kerana mereka mungkin merasakan warna merah itu bentuk. Terangkan juga, bukan hanya buah epal berwarna merah tetapi ada benda lain juga yang berwarna yang sama.
Dalam hal ini apabila anak-anak sudah boleh mengenal warna, mudah untuk dia melakukan aktiviti mewarna. Peringkat ini, mereka sudah bersedia untuk melakukan aktiviti itu. Sesetengah ibu bapa berpendapat ia hanya aktiviti untuk berseronok dan menghabiskan masa sahaja. Namun mewarna ini membantu kanak-kanak mengenal warna dengan mudah sambil melakukan aktiviti mewarna lukisan. Di sini ada beberapa sebab kenapa kanak-kanak perlu mewarna.
Mengenal warna
Apabila kanak-kanak mula belajar mewarna, ia adalah langkah pertama untuk dia mengenal warna. Apabila dia sudah didedahkan dengan aktiviti mewarna di awal usianya secara kerap, dia akan mudah mengenali warna dan tahu bagaimana untuk mencampurkan warna untuk mencipta warna baru yang lain.
Luahan
Mewarna adalah cara yang menunjukkan dia sudah bersedia untuk meluahkan apa yang dirasakannya. Dia akan menconteng dan melakar pada kertas putih mengikut perasaaanya. Jika perasaannya stabil, lakaran warna kemas dan sebaliknya jika perasaanya tidak stabil. Dalam pada masa yang sama, ia boleh dikatakan terapi buat si manja kerana dia akan memilih jenis-jenis warna yang dia suka tanpa dipaksa oleh ibu bapa atau pengasuh.
Membina kemahiran motor halus
Mewarna membantu kanak-kanak membina kemahiran motor halus mereka. Kemahiran motor halusnya penting dalam kehidupannya. Apabila melakukan aktiviti mewarna, ia membantu seorang kanak-kanak membangunkan otot-otot tangan mereka dengan cara dengan cara memegang dan mengawal pencil warna dengan betul.
Belajar fokus dan had
Mewarna mengajar kanak-kanak belajar tentang fokus sesuatu pekara. Misalnya apabila melukis dia akan memberi tumpuan untuk menghabiskan lukisannya. Malah ia juga membuatkan kanak-kanak belajar tentang had iaitu tidak mewarna di luar garisan yang telah ditetapkan. Kanak-kanak yang berjaya mewarna dengan baik akan merasa bangga dengan hasil kerjanya dan bina keyakinan dalam dirinya.
Rabun warna
Kanak-kanak turut mengalami masalah rabun warna. Namun ada segelintir ibu bapa tidak dapat mengesan masalah ini kerana kanak-kanak kecil tidak mengenal warna-warna dengan baik. Jika dibiarkan berterusan mengakibatkan wujud masalah pembelajaran di awal persekolahannya.
Jadi semua kanak-kanak (terutama kanak-kanak lelaki) wajar menjalani ujian penglihatan warna terutamanya bagi mereka yang mempunyai saudara atau keluarga yang diketahui mempunyai masalah rabun warna. Ujian ini boleh dilakukan pada usia lima tahun dan ke atas terutamanya jika kanak-kanak sudah mula faham arahan yang diberi dan sudah boleh mengenal nombor.
Bagi yang belum mencuba, apa kata anda mencuba hasilkan gambar raya tahun ini menggunakan Ghibli Style yang trending sekarang ini. Paling penting cara hendak...