Kelibat anak kesayangan pelakon, Erra Fazira sentiasa menjadi perhatian ramai. Mana tidaknya, wajah ayu dan lembut miliknya saling tak tumpah seperti wajah ibunya.
Sempena hari lahir anaknya, Engku Aleesya yang ke-13 tahun, Erra Fazira memuat naik video sambutan ulang tahun kelahiran anaknya di Instagramnya.
Menerusi entri itu, Erra turut meluahkan rasa syukur yang tak terhingga dengan kehadiran Aleesya dalam hidupnya serta menyifatkan anaknya itu insan paling bermakna dalam hidupnya.
“Happy 13th Birthday my darling daughter.
“The day you were born was the greatest moment of my life. You are unbelievably precious to me sayang, i promise you that i will devote my life to providing you with unlimited love and affection.”
Malah, Erra turut mengambil kesempatan dalam mendoakan Aleesya menjadi anak yang solehah serta berjaya dunia akhirat.
“Jadilah anak yang solehah, yang berakhlak, yang disenangi dan disayangi oleh semua. Moga bahagia dan berjaya zahir batin, dunia dan akhirat duhai anakanda mom,” tulisnya.
Ads
Dalam pada itu, perkongsian ibu cantik ini mendapat pelbagai reaksi daripada wargamaya malah memuji kecantikan Aleesya yang semakin cantik persis ibunya.
Malah tidak kurang juga yang mengatakan wajahnya sama ketika Erra di waktu muda.
“Rasa macam tengah tengok Wati dalam Sembilu. She inherits your beauty.”
“Erra junior betul. Rambut exspecially.”
Ads
“Cantik sangat, rupa ibunya masa muda-musa.”
“Beautiful just like her mother.”
“Happy birthday Alisha,cantik macam ibunya.”
Terdahulu, Erra mendirikan rumah tangga bersama Engku Emran pada tahun 2007 namun bercerai pada 2014. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya yang kini berusia 13 tahun.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama
Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ayden Mikael bayi yang mudah, bintang cilik Pujaan Hati Kanda mendapat perhatian ramai. Bakal muncul sebagai penghias kulit majalah Pa&Ma edisi Mac 2019, Ayden memang pandai pose!
Bayi 9 bulan seorang bayi yang ceria & easy going. Sepanjang tempoh shooting tak ada masalah besar malah dia memberikan pose yang baik. Cuma kadang-kadang menangis kerana mahukan perhatian mommy, nak mommy ada disisi & mahu minum susu.
Sesi fotografi dengan anak kecil ini tidak menimbulkan masalah. Photoshooting bertemakan outdoor dengan daun kering, bunga-bungaan & khemah teepee nampaknya mendapat perhatian daripada bayi ini.
AYDEN BUKAN MAT BUNGA
Seperti bayi seusianya yang mudah tertarik dengan objek yang ada disekeliling, Ayden tertarik dengan daun-daun kering dan suka untuk mengutipnya masuk ke mulut. Tapi bila diberikan bunga, dia tidak suka memegangnya! Comel betul aksinya tu, bukan mat bunga ye!
DUDUK TEGAK DI KERUSI & MUDAH DIAGAH
Bayi berambut halus & lebat ini juga makin fokus bila lagu-lagu bayi dimainkan oleh jurufoto. Ayden boleh duduk tegak di kerusi sambil dipantau penyelaras. Mudah diagah dan memberikan pose yang comel!
FOKUS BILA DENGAR OST PUJAAN HATI KANDA
Bila ada masanya Ayden kurang fokus, mommy meminta kru memasang lagi soundtrack Pujaan Hati Kanda nyanyian Adira Suhaimi. Comelnya aksi Ayden ni tau!
SUKAKAN ORANG SEKELILING YANG PERWATAKAN LEMBUT
Memegang watak Iqy dalam drama itu, ramai yang terbayangkan aksi Ayden yang manja dengan mamanya Tiara lakonan Mira Filzah. Ayden sukakan orang sekeliling yang berpewatakan lembut dan sensitif kepada keadaan bunyi sekeliling yang kuat.
SANA SINI DISEKAT PARA PEMINAT
Sepanjang jalan semasa berangkat pulang, Ayden disekat para peminat yang ingin bergambar. Malah semasa waktu makan tengah hari sebelum itu pun ramai yang meminta izin ingin bergambar dengan Ayden!
Kepada para peminat Ayden, jangan lupa dapatkan Pa&Ma keluaran Mac 2019 nanti ye!
Setiap pasangan berkahwin pasti inginkan kebahagiaan yang berpanjangan dalam rumah tangga. Sikap tolenrasi dan menerima segala perubahan, kelebihan serta kelemahan kunci utama memastikan perhubungan terus kekal.
Bagi suami dan isteri, perkahwinan adalah satu fasa untuk sama-sama memperbetulkan diri masing-masing. Cuma ada segelintirnya masih selesa buat hal sendiri sehingga mengabaikan perasaan pasangan.
Dalam memastikan kerukunan rumah tangga, suami harus tahu membaca emosi isteri. Begitu juga isteri pun harus memahami perasaan suami. Menerusi perkongsian saudara Firdaus Shakirin, suami sebenarnya orang kepercayaan isteri bila dah mendirikan rumah tangga.
Saya ada baca, suami yang memahami isteri, dia tahu bila emosi isterinya itu ok atau tidak. Bagaimana kalau isterinya tidak menunjukkan sebarang perubahan tapi emosinya tidak ok…?
Perempuan..Sekuat mana pun dia menahan, sedalam mana pun dia memendam, kalau kita sebagai suami dekat dan rapat dengan isteri, kita akan tahu dia tu ok atau tidak sebab kita mengenali isteri luar dalam.
Susah isteri nak menyembunyikan emosi daripada suami yang selalu bertanyakan khabar dirinya, bagaimana harinya, perasaannya dan sebagainya.
Akan terkeluar sedikit perubahan, akan ternampak sedikit riak muka dan akan tercerita sedikit akan apa yang tidak kena untuk setiap hari yang dilaluinya.
Sebab tu suami kena ambil berat, ambil tahu, peka dengan sekeliling. Bukan sebab kita ni ada banyak masa lapang sampai boleh cover semua perkara diluar dan didalam rumah.
Tapi sebab kita ni suami dan kita tak nak isteri tertekan, isteri stress, isteri moody, isteri tension sehinggalah dia meletup dan tiba-tiba jadi lain.
Bila kita memahami isteri sedalam yang mungkin, maka automatiknya bebanan isteri akan berkurangan. Memahami ni nampak macam senang, macam mudah tapi tak ramai yang betul-betul mahu untuk MEMAHAMI.
Banyak yang menyalahkan isteri bila dia beremosi sedangkan emosi itu adalah disebabkan tingkah laku dan perbuatan suami.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kehilangan insan tersayang pastinya memberi kesan kepada kita. Rasa rindu yang tidak berkesudahan ketika mengenang segala memori ketika bersama akan membuatkan kita menjadi sedih.
Bukan mudah untuk melupakan terutamanya jika anak yang masih kecil kehilangan ibu atau ayah. Mungkin sedikit sukar untuk memahami situasi jadi sering teringat dan terkenangkan insan yang telah ‘pergi’.
Seperti yang dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok @omokgendut18, kelihatan seorang kanak-kanak sedang melihat sesuatu di handphone sehingga mengalirkan air mata.
Tidak berkata apa-apa, dia hanya senyap dan matanya fokus melihat di skrin handphone. Kemudian air matanya mengalir menunjukkan betapa dia sedang merindukan seseorang.
“Mokkk.. Kamu rindu ayah ke? Dikkk… Kamu rindu ayah ke?”.
Tidak menjawab soalan yang diajukan, dia hanya mengangkat mukanya sambil menangis. Menurut kapsyen pada video, dia sedang menonton video arwah ayahnya.
Memang jelas sekali kerinduan adik ini terhadap ayahnya. Pasti banyak kenangan mereka sekeluarga yang menjadi pengubat rindu sekiranya mereka teringat pada arwah.
Antara komen yang ditinggalkan warganet;
Semoga mereka sekeluarga tabah menjalani ujian berat ini. Bukan mudah melalui saat-saat kehilangan insan tersayang, pasti sentiasa merindui. Menurut perkongsian ibunya, adik ini sudah mulai faham mengapa ayahnya tidak akan pulang. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham ayah adik ini.
Kesihatan ni anugerah paling berharga dalam hidup, tapi kadang-kadang kita lupa nak jaga sampai datang rasa tak selesa atau jatuh sakit. Sebenarnya, makanan yang...