Proses kelahiran yang dilakukan secara indius perlu dilaksanakan sekiranya ada masalah tertentu yang menyebabkan kebahayaan kepada ibu dan bayi. Apakah perkara yang membezakan proses perlaksanaannya?

Menurut Dr Siti Esah Bahari, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan KPJ Selangor Specialist Hospital, indius ialah proses memulakan proses bersalin dengan menggunakan ubat-ubatan atau cara mekanikal.

Rupa-Rupanya Indius Dilakukan Dengan Beberapa Cara. Ibu Ayah Perlu Fahami Risiko Komplikasi Yang Boleh Terjadi

PROSES INDIUS DILAKUKAN DENGAN UBAT & PERALATAN

Proses indius dilakukan dengan dua cara yang berlainan bergantung pada keadaan pangkal rahim atau ripening of the cervix. Dua cara indius akan ditentukan sama ada indius yang menggunakan ubat-ubatan atau alat-alatan.

Ubat-ubatan

Pemilihan jenis ubat-ubatan ditentukan berdasarkan keadaan semasa pangkal rahim.

a)Prostaglandin

Prostaglandin ialah sejenis hormon yang dimasukkan menerusi vagina semasa pangkal rahim masih ketat (bukaan 0sm) dan tebal. Ia bertujuan untuk melembutkan serviks dan memulakan kontraksi.

IKLAN

b)Oxytocin/ pitocin

Oxytocin atau pitocin diberikan dalam bentuk cecair intravena apabila serviks sudah lembut dan ketuban boleh dipecahkan.

Rupa-Rupanya Indius Dilakukan Dengan Beberapa Cara. Ibu Ayah Perlu Fahami Risiko Komplikasi Yang Boleh Terjadi

Alatan

a)Sweepe  & strecth (S&S)

Ia adalah satu prosedur yang memisahkan kantung ketuban bayi daripada serviks menggunakan jari tangan. Tindakan ini akan membantu perembesan hormon prostaglandin semula jadi dari tubuh anda yang bakal menggalakkan bukaan serviks.

IKLAN

b)Amni hook

Apabila bahagian serviks sudah terbuka, doktor akan memecahkan membran kantung ketuban dengan menggunakan amni hook untuk memecahkan selaput rahim dan akan dibantu oleh pitocin yang dialirkan melalui intravena.

c)Foley balloon cathether

Foley balloon cathether pula ialah sejenis alat yang mempunyai belon di hujungnya. Alat ini dimasukkan ke dalam pangkal rahim untuk merangsang perembesan hormon prostaglandin semula jadi yang akan membuka serviks untuk melancarkan proses kelahiran.

Rupa-Rupanya Indius Dilakukan Dengan Beberapa Cara. Ibu Ayah Perlu Fahami Risiko Komplikasi Yang Boleh Terjadi

PROSEDUR INDIUS

IKLAN

Anda yang disahkan bakal melalui induksi akan diberikan hormon prostaglandin dalam bentuk pil, gel atau tablet yang bertindak secara perlahan (slow release) menerusi vagina. Anda akan dipantau selama enam jam dari segi rentak jantung bayi, kontraksi dan keadaan bayi.

Pengambilan hormon prostaglandin menerusi pil mengurangkan daya kawalan terhadap proses kelahiran terutamanya kepantasan proses kelahiran berbanding oxytocin atau pitocin yang diberikan melalui intravena yang boleh dikawal pengambilannya dalam tempoh tertentu. Sekiranya hasil pemantauan menunjukkan tiada bukaan rahim, dos kedua akan diberikan. Pemberian dos kedua dipertimbangkan oleh doktor bergantung kepada profil anda iaitu jumlah anak dan sejarah kelahiran secara pembedahan caesarean.

Rupa-Rupanya Indius Dilakukan Dengan Beberapa Cara. Ibu Ayah Perlu Fahami Risiko Komplikasi Yang Boleh Terjadi

KOMPLIKASI & RISIKO

Penting untuk anda untuk mengetahui apa yang akan berlaku sepanjang proses induksi dijalankan supaya persediaan emosi dan fizikal dapat dilakukan. Dengan memahami pro dan kontra induksi serta risiko yang akan didepani, maka lebih mudah menjangka apa yang akan berlaku kepada bayi dan anda seterusnya. Risiko kelahiran secara induksi ialah:

  • Bagi bayi yang tidak sihat seperti mengalami kerencatan atau dikenali sebagai stress baby, proses kelahiran secara induksi boleh menyebabkan bayi lemas.
  • Induksi juga boleh menyebabkan rahim pecah (uterine rapture) bagi anda yang mempunyai parut daripada pembedahan kepada rahim seperti caesarean atau
  • Ia juga meningkatkan risiko kelahiran secara pembedahan.
  • Kelahiran bayi lahir pramatang.
  • Jangkitan kepada anda dan bayi menerusi teknik-teknik yang dilakukan ke atas diri anda untuk mempercepatkan kelahiran.
  • Pendarahan yang banyak (tumpah darah) boleh berlaku kerana kelahiran secara induksi menyebabkan kontraksi yang lebih kuat.
  • Boleh menyebabkan uri lekang (abruptio placenta).

Ibu dan suami perlu memahami mengapa kelahiran bayinya perlu prosedur indius. Pemahaman ini menjadi perkara pokok yang membantu proses kelahiran berjalan lancar. Sekiranya kurang jelas, anda perlu bertanya kepada doktor tentang prosesnya dan apa yang dijangka akan berlaku.

Penting bagi anda mengetahui kelahiran indius boleh berakhir dengan pembedahan caesarean kerana kegagalan bukaan serviks setelah ubat-ubatan dan alatan digunakan dalam tempoh yang diberikan. Doktor yang merawat tentu sudah mempertimbangkan jangka masa, faktor keadaan dan risiko bayi lemas sebelum indius dijalankan.

Rupa-Rupanya Indius Dilakukan Dengan Beberapa Cara. Ibu Ayah Perlu Fahami Risiko Komplikasi Yang Boleh Terjadi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI