Rupanya Aafiyah Pun Hafal Lagu ‘Munbe Vaa’, Suara Merdu Macam Datuk Siti, Siap Sambung Ibu Menyanyi!

Share

Persembahan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza yang meraih pujian ramai sehingga mendapat ‘standing ovation’ dari penonton di Stadium Bukit Jalil pada minggu lalu terus mendapat perhatian ramai.

Bukan hanya Datuk Siti, bahkan anak sulung penyanyi tersohor itu yang turut sama menyanyikan lagu Tamil, Munbe Vaa yang dinyanyikan oleh Siti pada Konsert AR Rahman – Secret of Success Live in Malaysia 2023 baru-baru ini juga turut mencuri perhatian.

Mana tidaknya, ketika Datuk Siti menyanyikan lagu itu secara bersahaja ketika di rumah, Aafiyah turut sama menyanyi dan menyambung nyanyian ibunya.

Menerusi Insta Story, Datuk Siti memuat naik video pendek itu ketika sama-sama menaiki lif di rumah mereka.

Aksi comel dan bersahaja Aafiyah yang turut menghafal lagu itu sudah semestinya dipuji ramai.

Video pendek itu turut sama dikongsikan oleh seorang pengguna aplikasi TikTok, yang mana Aafiyah dilihat turut menyambung nyanyian ibunya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata wargamaya berpendapat Aafiyah juga turut mempunyai bakat semulajadi ibunya yang pandai menyanyi. Tidak hairanlah dia mudah tangkap dan terikut-ikut sewaktu mendengar Siti menghafal lagu berkenaan.

Malah, ada juga yang memuji sebutan yang dinyanyikan Aafiyah begitu jelas dan tepat. Memang berbakat.

Selain pandai menyanyi, Aafiyah juga kini semakin mahir bermain piano malah turut mendapat perhatian ramai ketika membuat persembahan konsertnya sebelum ini.

Terdahulu, kemunculan Siti menerusi persembahan lagu klasik Tamil berjudul Munbe Vaa pada konsert AR Rahman yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil menerima pujian ramai.

Persembahan menakjubkan itu turut mendapat standing ovation oleh 60,000 penonton di dalam stadium sebagai penghargaan kepada penyanyi berkenaan.

 

@sugarsugi22 So cute she’s enjoying & singing it😍😍 #datositinurhaliza #arrahman #arrahmanconcert2023 #munbevaa ♬ original sound – Sugar Sugi

Menarik: “Lara Lembut, Lila Lain Pulak” Dua Anak Perempuan Berbeza Karaktor, Scha & Awal Kongsi Cerita!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

Published by
SRM