Ramai masyarakat yang kini berhadapan dengan masalah ekonomi akibat pandemik Covid-19. Rata-rata rakyat terpaksa bergadai demi kelangsungan hidup. Malah ada yang tak mampu lagi untuk meneruskan kehidupan dengan baik. Segala daya dan usaha telah dilakukan namun nasib masih tidak menyebelahi.
Hanya yang melalui detik sukar disaat ini sahaja yang tahu betapa besarnya dugaan ini. Keperitan yang perlu dilalui demi kelangsungan hidup. Tak semua yang bertuah mampu menghantar anak ke tempat asuhan disaat ini. Itulah yang dialami oleh seorang peniaga burger yang terpaksa membawa anak-anak kecil semasa berniaga. Videonya tular setelah ada pembeli merakam bayinya yang berada di dalam kereta dengan tujuan untuk mempromosikan kedai peniaga tersebut.
Video tular ini turut dikongsi oleh pengacara popular, Fedtri Yahya dengan caption “Berjuang…Semua berjuang demi hidup”
Menurut pelanggan terbabit Hazly Razaly, dia tiada niat untuk mengaibkan sebaliknya bersimpati dengan nasib peniaga itu yang berusaha keras bagi menanggung ahli keluarga.
Ads
“Semalam aku beli burger kat brader ni. Sambil buat burger, dia terjenguk-jenguk tengok kereta yang ada depan gerai ni.
“Aku pergi dekat kereta, aduh ada baby rupanya. Ada si abang yang mungkin tengah nak tidurkan adiknya,” kata Hazly.
Selepas meraih ratusan ribu tontonan, Hazly berkongsi mengenai lokasi gerai itu yang terletak di Setia Taipan, Setia Alam selain menyeru orang ramai untuk memberi sokongan kepada peniaga tersebut.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walau bagaimana pun diuji, namun kasih dan sayang pada anak-anak takkan pernah berubah. Siapa menyangka dengan tindakan yang tidak wajar terhadap bekas isterinya, kehidupan pelakon Hafidz Roshdi kini berubah secara total.
Hafidz yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini kerana mencederakan bekas isterinya, Nurul Shuhada sebak ketika menyebut nama dua anaknya.
Pada sidang media itu, Hafidz tiba-tiba sebak sebaik menyebut mengenai dua anaknya dan meluahkan rasa kasih serta rindu terhadap mereka selepas dua minggu tidak berjumpa.
“Kepada kedua-dua anak saya, Humairah dan Umar, Abah rindu dan sayang kalian berdua, dan tidak pernah sesaat pun Abah lupakan kalian.
“Buat keluarga saya, terima kasih kerana menjadi tulang belakang Hafidz selama ini, dan sentiasa bersama Hafidz apa jua keadaan dan situasi. Terima kasih banyak-banyak.
“Saya mengambil ujian kehidupan pada hari ini dengan tabah, dan akan terus melangkah ke hadapan, setapak, demi setapak, sehingga saya lebih berjaya berbanding sebelum ini,” katanya.
Terdahulu, dalam sidang media bersama peguam mewakilinya, Datuk Akberdin Abdul Kader, Hafidz berkata, tidak pernah terlintas dalam fikirannya akan dituduh di mahkamah kerana mencederakan orang yang disayanginya.
“Saya adalah seorang manusia, sama seperti anda, yang inginkan kebahagiaan sehingga ke penghujungnya.
“Namun, hari ini, adalah satu episod yang paling suram dalam hidup saya. Apapun, saya reda dengan apa yang sudah ditakdirkan,” katanya.
Tambah Hafidz, dia menyerahkan nasibnya kepada pihak mahkamah untuk membuat pertimbangan sewajarnya.
“Saya yakin bahawa mahkamah akan membersihkan nama saya bagi pertuduhan di sini.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terus mendoakan kebaikan serta kesejahteraan buat saya dan keluarga sehingga kini, dalam menghadapi tempoh sukar dan sulit ini.
“Kepada pihak di luar sana, hentikan membuat spekulasi, dan menyebarkan fitnah terhadap saya dan keluarga saya di media sosial untuk isu-isu yang anda sendiri tidak tahu kebenarannya,” katanya.
Terdahulu, Hafidz Roshdi dihadapkan ke mahkamah selepas tuduhan mengasari isterinya, Nurul Syuhada.
Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan untuk memiliki zuriat sendiri. Bagaimanapun tak semua pasangan yang berkahwin akan terus diberi rezeki anak. Ada yang berkahwin bertahun-tahun atau berbelas tahun pun masih belum dikurniakan zuriat.
Ada tu dah cuba pelbagai cara tapi masih belum diberi lagi oleh Allah. Itu belum lagi yang melakukan pelbagai rawatan dengan kos tinggi yang perlu dicucuk atau makan ubat. Jika diingatkan mesti sakit tapi demi anak semua itu bukan halangan.
Pengorbanan ini juga turut dilalui oleh pasangan suami isteri, Muhamad Irwan Wahid dan isterinya Noor Liyana Mustaffa.
Melihatkan kesabaran dan tekad isterinya untuk bergelar ibu selepas beberapa tahun berkahwin benar-benar membuatkannya cukup menghargai seorang wanita bergelar ibu.
Berikut antara perkongsiannya
“Sayang, lapar ke?,”
Bini saya angguk kepala, masa tu badan dah penuh wayar, muka pun penuh dengan alat oksigen.
Nak menangis pun ada bila tengok keadaan isteri jadi macam ni.
Nak suapkan makanan tak boleh lagi sebab paras oksigen dia terlampau rendah.
Waktu melawat pulak nak habis. Lagi la saya risau sebab makanan pun saya tak suapkan lagi kat isteri saya.
Last² terpaksa serahkan makanan kat nurse, minta tolong dia suapkan isteri sebab masa melawat dah habis, saya nak kena keluar.
Saya dan isteri ambil keputusan untuk buat ivf bulan April lepas sebagai salah satu ikhtiar kami untuk dapatkan zuriat.
Setiap kali hari raya, saya kesian jugak dekat isteri nak menjawab soalan saudara mara & rakan² pasal zuriat.
Isteri Alami PCOS
Yelah, isteri saya memang minat budak², tapi ditakdirkan dia ada Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) menyebabkan hormone dia tak stabil. Kesannya, period pun tak regular.
Tahun ni kami decide untuk buat ivf. Appointment pertama, bulan mac lepas dengan doktor pakar sakit puan di HUSM.
1 April isteri saya dimasukkan ke wad untuk procedure oocyte retrieval selepas 8 hari saya inject hormone FSH kat perut isteri saya.
Lepas OOCYTE, Air Berkumpul Dalam Perut Isteri
Lepas oocyte retrieval, isteri saya mengadu sakit kat bahagian lower abdomen. Masa tu, perut nampak makin kembang.
Kami ingatkan ada angin dalam perut, rupanya lepas doktor scan, ada air yang berkumpul kat perut. Masa tulah isteri saya start rasa sakit. Dia kena OHSS.
Nak bernafas pun tak boleh sebab air dalam perut dah terlampau banyak. Doktor terpaksa bagi bantuan oksigen untuk bantu pernafasan isteri saya.
Lepas beberapa hari, keadaan makin teruk, air dah start masuk paru². Isteri saya dipindahkan ke wad HDU untuk close monitoring.
Lepas 2-3 hari kat HDU, keadaan jadi makin teruk, doktor² pakar semua datang tengok. Muka semua risau je tengok keadaan isteri saya.Perut Dan Paru-Paru Isteri Kena Tebuk
Last², doktor decide untuk buat abdominal tap. Ditebuknya perut isteri saya untuk keluarkan air supaya isteri saya boleh bernafas.
Lepas sehari, isteri saya masih lagi tak boleh nak bernafas. Oxygen level masih rendah. Jadi doktor decide untuk buat pleural tap pulak. Sekali lagi ditebukknya paru² isteri saya untuk keluarkan air.
Last sekali, isteri saya dipindahkan ke CCU untuk close monitoring 24 jam oleh nurse & doktor kat sana. Sepanjang dalam CCU, ada je orang meninggal kat katil sebelah isteri saya tu.
Masa tu saya memang risau lah sebab benda ni boleh bawa maut kot. Rasa menyesal pun ada saya ambil keputusan untuk buat ivf.
Bila tengok keadaan isteri saya masa tu, saya terus teringat kat mak. Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu untuk lahirkan anak.
Betapa besarnya pengorbanan isteri saya untuk usaha mendapatkan zuriat. Mental dan fizikal nak kena kuat.
Tangguh Dulu Buat IVF
Alhamdulillah sekarang isteri saya dah sembuh sepenuhnya. Perjalanan ivf kami terpaksa ditangguhkan dulu sehingga lepas raya untuk bagi peluang isteri saya rehat secukupnya.
Ada 30 Biji Telur Dah Bersedia
Ada 30 bijik telur yang dah disenyawakan dan dibekukan. Tunggu untuk proses seterusnya iaitu embryo transfer.
Mohon doa dari kalian supaya saya dan isteri dikurniakan rezeki untuk memiliki zuriat melalui ivf ni.
Seorang kanak-kanak lelaki dalam lingkungan 2 tahun ditemui tidak sedarkan diri oleh orang awam di Sungai Chemor pada petang semalam.
Kanak-kanak yang tidak diketahui identitinya ketika ditemui dalam keadaan kritikal dan dikejarkan ke Hospital Permaisuri Bainun untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia.
Menurut beberapa sumber, mangsa merupakan anak kepada pasangan warga Myanmar yang bekerja di Chemor.
Mangsa berusia dua tahun itu dikatakan keluar dari rumah tanpa disedari oleh ibu bapanya sebelum terjatuh ke dalam sungai.
Nasihat kepada ibu bapa yang lain, awasi anak kecil anda kerana mereka di fasa ingin meneroka. Pastikan semua pintu dikunci dan sentiasa pastikan anak anda ada bersama terutama musim hujan dan banjir yang melanda.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.