Ramai ibu ayah selalu marah bila anak main aktiviti yang menyepahkan rumah dan kita anggap sebagai tak berfaedah seperti menggunting kertas, mengoyakkan kertas, melekatkan selotape, bermain dengan punching hole milik ayah dan bermacam lagi yang hanya akan menghasilkan banyak sampah di dalam rumah!
Hakikat sebenar, ibu ayah mahu anak duduk diam dan belajar menulis dengan baik. Kalau boleh seawal umur tiga tahun dah boleh menulis dan melukis. Barulah rumah tak bersepah dan bolehlah ibu berbangga dengan pencapaian anak yang sudah mahir menulis itu.
Puas bagi anak main kertas dan pensel suruh belajar menulis tapi kenapa payah sangat? Asyik-asyik dikoyak-koyakkan kertas tu tak pun buat gumpalan sampah habis bersepah satu rumah.
Sebenarnya tanpa kita sedar aktiviti yang dianggap tak berfaedah dan hanya menyepahkan rumah itulah yang mampu merangsang kemahiran koordinasi tangan si kecil untuk menulis. “La ye ke?”
Bila ibu atau ayah berusaha mengajar anak menulis, akhirnya si kecil pula yang menyuruh kita yang menulis sebab dia rasa payah nak pegang pensel tu.
Guru pendidikan awal kanak-kanak, Puan Ashikin Hashim berkongsikan tip mudah yang boleh dipraktiskan oleh semua ibu ayah.
Nak ajar anak pandai menulis?
Bukan dengan bagi kertas & pensel ya mak ayah.
Bukan bagi worksheet banyak-banyak.
Habis tu???? Nak buat macam mana ya?
Siapa nak tahu, sila angkat tangan.
Gambar-gambar di bawah adalah aktiviti untuk menguatkan tangan dan bahu anak-anak.
Masa anak baby dulu, ada skipped merangkak tak? Mungkin sesetengah anak tiada masalah bila skip merangkak but some do have problems. Seperti tidak mempunyai otot tangan dan bahu yang kuat. Jadi anak tak nak menulis, penat menulis.
Ini hanya sebahagian aktiviti. Banyak lagi aktiviti kuatkan tangan dan bahu yang boleh meningkatkan skil menulis anak. Google banyak lagi aktiviti lain.
Lepas tu rajin-rajin bagi anak berlari, melompat, memanjat, main bola – supaya otot-ototnya semua bekerja.
Hadkan penggunaan gajet
Ashikin Hashim
Early Childhood Practitioner