Baru sahaja berharap kelahiran anak keduanya sama seperti anak sulungnya, Eidrees, pelakon Anzalna Nasir bersyukur bila mana selamat bersalin pada 20 Mei yang lalu.
Bersalin 11 hari lebih awal dari tarikh due, Anzalna bagaimana pun amat bersyukur kerana semuanya dipermudahkan malah di hari Jumaat penuh berkah, anak kedua kesayangannya kini selamat dilahirkan dengan sihat.
Melalui Instagramnya, Anzalna berkongsi cerita malah pada mulanya, dia juga tidak menyangka akan bersalin lebih awal dari jangkaan.
“Ingatkan Raya Aidil Fitri sahaja mengejut this year, rupanya anak kami pun keluar mengejut,” tulisnya berkongsi.
Kata Anzalna lagi, tarikh sebenar dia bakal bersalin sepatutnya pada 31 Mei namun dipermudahkan segalanya pada hari akhir pemeriksaan bulanannya.
“Sepatunya due date 31/5 dan last check up on the 20/5 tetapi tiba-tiba…hari check up dia nak keluar terus!
“Alhamdulillah syukur lahirlah anak kami pada hari Jumaat yang penuh berkah. Sebenarnya panjang lagi cerita tapi I pendek kan.. to be continued,” tulisnya berkongsi.
Menerusi entri itu, Anzalna turut memuat naik video pendek kakaknya, Diana Nasir yang turut memangku anak kecilnya sambil diperhatikan suami.
Tanpa berkongsi jantina bayi keduanya itu, Anzalna kini masih berada di hospital dan meneruskan rutin berpantangnya.
Malah menerusi Insta Storynya, ibu cantik jelita ini juga memuat naik rutin menyusunya dan amat bersyukur kerana sekali lagi dapat menyusu buat bayi keduanya itu.
Menarik: Satu Bilik Dia Tawaf, Demam Pun Aktif, Anak Kedua Dato’ Siti Nurhaliza Dah Pandai Berjalan
Ketahui fungsi caresat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!