Rupanya baca buku cerita latih kemahiran berfikir. Kemahiran berfikir sama pentingnya dengan kemahiran membaca, menulis dan mengira. Ia telah menjadi salah satu kemahiran utama yang perlu dimiliki oleh semua golongan termasuk kanak-kanak.
Kemahiran berfikir dikalangan kanak-kanak dapat dilihat apabila mempunyai ciri-ciri seperti boleh dan dapat bekerjasama secara koloboratif, boleh mengemukakan cadangan, memberi pelbagai idea, menerima pendapat orang lain, berkeyakinan dalam memberikan pendapat dan sentiasa kreatif dalam menyelesaikan masalah.
Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil tahu oleh ibu bapa atau guru dalam meningkatkan kemahiran berfikir kanak-kanak melalui aktiviti bercerita ini. Antara cadangannya adalah seperti berikut.
1.Cerita semula
Ads
Sentiasa galak kanak-kanak bercerita semula apa yang didengari dalam bentuk perkataannya sendiri. Aktiviti ini akan membantunya membuat rumusan atau kesimpulan atas apa yang telah didengarinya. Bukan sekadar hanya memberi respon terhadap soalan yang berdasarkan fakta yang didengarinya.
2.Bertanya soalan
Ads
Bertanya kepada kanak-kanak soalan yang tidak mempunyai jawapannya dalam cerita yang telah dibaca atau dengari. Menanyakan persoalan merupakan salah satu daripada elemen yang sangat efektif dalam pengajaran dan pembelajaran kerana mampu meningkatkan kemampuan berfikir dan membawa kepada lahirnya idea atau konsep baru. Situasi ini akan menggalakkan kanak-kanak mencari jawapan dengan mengimbas kembali cerita tersebut dan membuat rumusan berdasarkan kepada kefahamannya terhadap cerita yang didengarinya tadi.
3.Analisis watak
Ads
Selepas aktiviti bercerita sentiasa minta kanak-kanak menganalisis watak dan juga tempat yang ada dalam cerita tersebut. Aktiviti seperti ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membanding dan membezakan antara cerita yang didengar dengan keadaan sebenar di luar cerita.
4.Kaitkan dengan pengalaman diri
Selain itu, lakukan aktiviti seperti meminta kanak-kanak untuk mengaitkan cerita yang di dengar dengan kehidupan sebenar dirinya atau apa sahaja peristiwa yang pernah dilalui atau diketahuinya. Aktiviti ini sebenarnya adalah langkah permulaan untuk mendedahkan kanak-kanak kepada kemahiran berfikir aras tinggi yang dinamakan aras sentesis iaitu apabila kanak mula menggunakan maklumat yang diperolehi dalam situasi yang baru dan berbeza dengan cara yang berlainan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebelum suruh anak masuk tidur, pastikan anda hentikan anak dari tengok skrin televisyen, handphone dan semua gajet. Sebenarnya ini salah satu cara untuk membantu anak terbiasa tidur awal dan mendapat tidur yang lena.
Kalau ibu ayah nak tahu apa sebabnya kepada tumbesaran si kecil, ini info penting yang dikongsikan oleh seorang ibu yang juga seorang doktor, Dr Anayasmin Azmi.
4 tips bagaimana nak anak tidur awal.
“Ummi kenapa umi suka gelapkan lampu?”anak bertanya bila saya ‘dim’ kan lampu pada jam 8malam selepas solat isha’. Di sini isha’ sedikit awal.
“Sebab Allah jadikan malam untuk berehat dan tidur. Lagi-lagi untuk anak kecil..Apa ayat surah an Naba’, thariq..’Waja ‘alna naumakum ….haa sambung”
Maka anak pun membacanya yang bermaksud:
Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat?Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)? (An Naba’: 9-10)
Hebatnya Allah swt bukan hanya kegelapan membuat penglihatan terbatas lalu mengantuk. Tetapi kegelapan itu membuatkan tubuh kita menghasilkan hormon MELATONIN yang buat rasa mengantuk.
1) Jadi, SETENGAH JAM atau SEJAM sebelum nak anak tidur, gelapkan lampu.
2) Hentikan SKRIN sejam sebelum tidur. keduanya ini merangsang badan menghasilkan MELATONIN untuk bantu anak mudah tidur. Setkan biological clock anak!
3)BILIK GELAP lebih lena. Pernah terfikir kenapa dalam flight penumpang guna penutup mata utk tidur? sebab mata yang tertutup masih boleh detect cahaya dan membuat melatonin terganggu maka tidak lena tidurnya..
4)MELATONIN mula terhasil jam 9malam. So target siap2 nak anak tidur jam 8malam. Tapi kalau kerja balik lewat?
TETAPKAN waktu tidur hampir sama setiap hari. Jadi MELATONIN dihasilkan tidak kucar kacir.
TIPS PENTING!!
“Sekurang-kurangnya 30 minit sebelum tidur, jangan expose anak pada screen!”
Sebaiknya jangan expose langsung la kan..
Ini kerana….HORMON MELATONIN yang diperlukan untuk tidur yang berkualiti ‘dihalang’ apabila mata melihat cahaya di skrin itu.
Malapkan lampu untuk galakkan anak tidur awal..Sebab sel di mata detect kegelapan dan hormon melatonin akan dihasilkan yang buat anak rasa untuk tidur dan nyenyak dalm tidurnya…..
Tidur yang berkualiti dan cukup penting untuk tumbesaran, mood,emosi anak kita..anak yang tak cukup tidur mudah crancky, kurang tumpuan,lesu dan sebagainya.
Biasanya tengok ibu bapa yang ada anak lebih dari tiga orang, perkataan pertama keluar dari mulut, “Ramainya anak dia”.
Tapi kita tak sedar kata-kata itu boleh mengundang rasa tak senang ibu bapa tersebut. Bagaimanapun lain pula dengan instafamous, Irene Nadia yang bangga mempunyai anak ramai kerana setiap dari mereka ada rezeki masing-masing.
Ibu selalu ucap syukur dalam hati, Allah bagi kemudahan untuk ibu dan ayah, dengan kehadiran cahaya mata no 4 .
Bagi sesetengah orang mungkin fikir ramainya anak. Dekat-dekat pulak tu. Tapi itulah, orang luar bukan berada di situasi kita, bukan orang luar yang menjaga makan pakai keluarga kita. Allah bagi rezeki anak ramai pastilah ada sebabnya kan, janji jangan terikut-ikut dengan life orang lain, antara mampu handle ataupun tidak je.
Kalau rasa tak mampu, janganlah paksa diri. Pernah dengar tak ayat, bila kita dengar berita orang lain mengandung, kita doakan kebaikan untuk dia, bukan kata yang sebaliknya sebab doa-doa inilah yang akan berbalik pada kita sendiri dan future kita pun tak pasti lagi apa akan terjadi.
Tapi anak ramai ni memang meriah sekaligus mengajar kita menjadi seorang ibu ayah yang hari-hari cuba improve menjadi yang terbaik untuk didik anak-anak.
Sampai terdetik, kenapa Hud ni baik sangat. Since dalam pantang memang itulah perangainya behave, nangis pun jarang. Asal kenyang susu, mandi, tidur, golek-golek depan tv, kena tinggal sorang-sorang, dia boleh happy macam tu je.
Sumber: Ig Irine Nadia
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak suka buat perangai dan dengkikan adik beradiknya yang lain? Jangan abai, periksa segera puncanya.
Tanpa sedar, perasaan dan emosinya terjerut yang kemudiannya akan menjadi punca kepada berontaknya jiwa mereka. Susunan kelahiran boleh memberi kesan kepada anak-anak anda terutamanya anak kedua atau di tengah.
Sindrom anak kedua atau anak tengah adalah masalah besar pada kanak-kanak hingga ada yang mengatakan anak kedua sering menimbulkan masalah dan buat perangai.
Menurut pakar psikologi Kevin Leman dama bukunya, The Birth Order Book,anak tengah adalah anak kedua yang dilahirkan dalam keluarga lebih daripada dua adik beradik. Ada kala, anak tengah merasa kekurangan dan sentiasa berusaha untuk mendapatkan perhatian ibu mama dan papa. Antara gejalanya ialah;
1.Kurang rasa memiliki
Anak tengah mungkin tidak ada rasa “memiliki” kepada keluarga seperti anak-anak lain. Dia rasa dia perlu berjuang untuk lebih untuk dekat dengan keluarga kerana berasa diabaikan dan ‘tidak diingini’. Kadang-kadang, anak tengah juga merasakan dihimpit di antara adik-beradik yang lain. Dia rasa tiada ruang untuk dirinya di dalam keluarganya!
Cara atasi: Mama dan papa perlu memberikan perhatian. Selalu ajaknya bermain dan ucapkan penghargaan dan memuji mereka agar mereka tidak terpinggir.
2.Rendah diri
Anak kedua atau pertengahan selalu merasakan bahawa dirinya tidak diingini dan mungkin mempunyai harga diri yang sangat rendah. Malah lebih buruk lagi, si kecil membina rasa “tidak diperlukan” dalam dirinya hingga boleh menjejaskan emosinya sehingga dewasa. Hal ini mempunyai kesan yang serius kepada pembangunan keseluruhannya. Dia akan mengalami perasaan rendah diri dalam proses pembesarannya. Keyakinan dirinya juga mungkin tipis kerana perasaan yang terlepas pandang oleh mama dan papanya
Cara atasi: Jangan membandingkan mereka dengan adik-beradik lain dan cari jalan untuk mengawal tindak balas anak kepadanya supaya dia berasa seiring dengan anda.
3.Suka menyendiri
Selalunya mereka lebih cenderung menyendiri dalam apa-apa aktiviti serta mempunyai personaliti introvert atau tidak suka bersosial. Mereka merasa seperti orang luar dalam keluarga. Oleh sebab itu mereka suka melakukan semua perkara sendiri seperti memakai pakaian sendiri, makan sendiri atau bermain sendirian. Suka menghabiskan masa dengan bersendirian kerana berasakan tiada orang mengendahkan dirinya. Dia cuba untuk mencipta dunianya sendiri dan berdikari.
Cara atasi: Adakan waktu khas untuk mama atau papa dengan dia si anak tengah. Luangkan masa untuk bermain bersama-samanya. Main peranan masak-masak atau sekadar membaca bersama-sama. Mama juga boleh mengajaknya keluar berdua sahaja tanpa membawa adik-beradik lain. Katakan hari ini girls day out!
4.Kecelaruan
Kanak-kanak yang menghidap sindrom kedua juga tidak jelas arah tuju. Terdapat banyak kekecewaan di dalam diri mereka dan mereka berjuang untuk mencari arah yang sebenar kehidupan mereka. Mereka tidak selesa untuk berhubungan rapat dan bermesra dengan ibu bapa dan adik-beradik mereka. Ada juga keadaan anak tengah lebih rapat dengan kakak atau abang berbanding ibu dan ayahnya sendiri! Kebanyakan mereka yang mengalami sindrom ini mempunyai risiko kecelaruan untuk menentukan minat, menyalurkan bakat serta tiada arah tuju.
Cara atasi: Mereka mahukan perhatian anda dan kata-kata perangsang. Pandulah potensi dan bakat dirinya kepada bidang yang bersesuaian agar dia boleh melihat jelas masa depannya.
5.Keras kepala dan buat perangai
Selalunya, anak kecil akan percaya apa yang dikatakan oleh ibu dan ayahnya dan benar-benar bergantung kepada kedua-duanya. Tetapi tidak bagi si manja yang mengalami sindrom anak pertengahan ini. Mereka yang sudah menanamkan perasaan diabaikan dan tidak disayangi dalam dirinya berasa sukar untuk mempercayai dan mendengar kata-kata orang lain. Ada kalanya mereka ini cenderung untuk keras kepala dan enggan mendengar pendapat orang lain.
Cara atasi: Sementelah dirinya dirasakan terabai, kata-katanya juga enggan didengari. Tidak adil bagi si kecil ini. Justeru, biarkan si kecil meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Biar dia merasakan dirinya ‘didengari’. Mintalah pendapatnya dalam apa-apa hal secara spontan. “Apa pendapat kakak kalau ibu pakai baju ini dengan seluar ini?” atau “Abang rasa kita perlu atau tidak bersihkan sangkar kucing kita? Dah kotor ke? Cuba Abang tengok?”.
TIP TANGANI AWAL SINDROM ANAK TENGAH
Sindrom anak kedua ini memanglah kelihatan tidak berbahaya namun dalam jangka masa panjang ia boleh menjejaskan emosi dan psikologi si anak. Hal ini memanglah mencabar dan perlukan inisiatif dan tanggungjawab dari ibu dan ayah. Berikut adalah perkara yang boleh untuk menangani tanda-tanda awal sindrom ini.
a)Bersikap adil
Berikan sama rata apa jua barang atau hadiah kepada si manja dan adik- beradiknya. Misalnya untuk hadiah hari jadi si abang mendapat kamera digital manakala adiknya mendapat sebuah basikal baru manakala bagi dirinya hanyalah sebuah buku. Ini jelas tidak adil untuk si anak tengah!
b)Luangkan masa untuk setiap anak
Cuba ingati masa yang anda luangkan untuk setiap anak, adakah seimbang adakah adil? Jika merasakan ada anak yang ketinggalan dalam meraih perhatian anda, maka lebihkan fokus dan masa anda kepadanya untuk tempoh tertentu.
c)Beri perhatian
Misalnya si kecil bercerita kepadanya yang dia berasa sunyi dan ingin memasak atau bermain dengan anda. Ini tandanya dia perlukan perhatian anda. sesuaikan dengan keadaan anda. Biarkan dia membantu anda memasak kerana sekurang-kurangnya anda dan dia dapat meluangkan masa bersama-sama.
d)Bijak guna masa
Masa terhad di rumah menjadi kekangan untuk anda memberikan perhatian kepada setiap anak. Manfaatkan masa di dalam kereta ketika dalam perjalanan ke tadika atau semasa makan untuk bertanya tentang perkembangan terkini dirinya. Misalnya tentang apa yang dia makan di sekolah, kawan rapatnya hadir ke sekolah atau tidak dan sebagainya. Hal ini menunjukkan anda berminat kepada dirinya dan dia rasa tidak terabai.
e)Cuba empati
Letak diri anda pada kedudukan anak. Dengan ini anda boleh merasakan jika dia sedang cemburu, menjauhkan diri dan sedih dengan tindakan anda. Anda juga boleh mengesan perubahan dirinya dan mengelakkan daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membuatnya bersedih.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.