Nak biasakan anak duduk dalam car seat memang mengambil masa. Kena kental biarkan anak menangis untuk seketika dan teruskan pemanduan macam biasa. Ini tip yang biasa kita dengar.

Namun rupanya ada beberapa tip yang mak ayah tidak tahu dapat redakan bayi malah lebih mudah diuruskan ketika diletakkan dalam car seat.

Menurut Pn Uswatun Hasanah Mohd Habib, Konsultan Tangisan Bayi, anak akan mula menangis kerana mereka merasa tidak rasa selesa dengan situasi. Begitu juga ketika berada di dalam car seat. Ini tip yang dikongsikan oleh beliau.

Rupanya Cara Mudah Ni Boleh Hentikan Bayi Menangis Bila Duduk Dalam Car Seat, Simple!


Untuk anak 0-3, di mana tangisan masih dalam bentuk reflek dan perkembangan sosial masih primitif, punca anak menangis sentiasa adalah kerana dia mahu mengalihkan rangsangan (stimuli) yang membuat dia rasa tak selesa.

Punca utama anak infant menangis walau sudah kenyang dan selesa (fizikal) ialah kerana peralihan alam rahim-dunia yang drastik. Dalam dunia ini ada terlalu banyak benda baru yang tak pernah ada di dalam rahim, termasuk car seat, bukan?

Beli Pinkfong First Learning Kit Bundle Set Di Sini

[su_button url=”https://www.goshop.com.my/products/children-teens/pinkfong-first-learning-kit-bundle-set-20158227″ style=”flat” background=”#edef2d” size=”6″]Pinkfong First Learning Kit Bundle Set [/su_button]

 

Anda tahu apa satu perkara tentang car seat yang buat anak infant tak suka?

Ads

1. Berbaring di tulang belakang ⬅️ Ya.
Semasa di dalam rahim, tidak pernah sekalipun bayi berbaring ditulang belakangnya. Mereka ‘berlipat dua’ (fetal position) dan terapung sepanjang masa!

Namun bila lahir ke dunia, hampir separuh dari masa mereka perlu dihabiskan dengan berbaring di permukaan rata yang kaku.
Ini antara punca kenapa anak infant lebih mudah diam bila di angkat/peluk sambil bergerak/menari/berdodoi.

Rupanya Cara Mudah Ni Boleh Hentikan Bayi Menangis Bila Duduk Dalam Car Seat, Simple!

Berikut antara TIP bantu anak Infant selesa dalam car seat.

* Bedung. Ia meniru balutan dinding rahim.

* Bunyi white noise. Bunyian menenangkan kerana bayi telah hidup dalam rahim yang sentiasa berbunyi. Pilih sebarang bunyi yang anak suka. Misalnya:
– Ada anak yang cukup gembira dengan bunyi enjin kereta semata-mata.
– Ada anak yang suka dengan bunyi angin deras, maka boleh buka sedikit tingkap.
– Ada anak yang suka dengan bunyi ombak, hujan dan sungai maka boleh bawa mesin white noisenya.
– Ada juga anak yang suka dengan bunyi lagu tertentu.
– Ada juga anak yang lebih suka suara sebenar manusia terutama suara ibubapanya. Seperti anak kedua saya yang akan tenang bila saya mula menyanyi. Ya, saya juga hafal hampir 20 nursery rhymes dan perlu menyanyi di sepanjang perjalanan sehingga dia benar lena.

* Beri anak baju terpakai anda untuk di peluk dan di hidu anak.

Ads

* Kenderaan perlu sentiasa bergerak. Lebih banyak bumper lagi bagus. Kerana anak sudah 24 jam berhayun semasa di dalam rahim akibat terapung.

* Puting tiruan. Hisapan itu menenangkan kerana ia merendahkan tekanan darah dan menstabilkan degupan jantung.

Rupanya Cara Mudah Ni Boleh Hentikan Bayi Menangis Bila Duduk Dalam Car Seat, Simple!

2. Punca kedua anak infant menangis di car seat ialah kerana dia terpisah dari ibunya.

* Separation anxiety
Anak di usia 5-6 bulan telah mula faham konsep jarak. Samalah situasinya bila di dalam car seat. Cemaslah anak bila terpisah dari ibunya. Tak hilang cemasnya selagi tak di lekat ke badan ibu walau ibu duduk di sebelah car seatnya.

* Manipulasi
Ya anak sudah bijak memanipulasi tangisannya seawal usia 9-10 bulan. Iaitu selepas terjadinya perkembangan mental bab kategori. Anak boleh menangis macam kena dera di satu waktu dan bertukar tersenyum sekelip mata.

Ads

Ibu hanya perlu bijak membezakan samada anak menangis atas sebab penting atau hanya kerana mahu lepas dari car seat saja.

Ibu juga gunalah idea kreativiti sendiri untuk menghiburkan dan alih tumpuan anak di sepanjang perjalanan. Jika ibu ada kesempatan mahu berhentikan kereta dan ulang aksi pujuk-letak, silakan. Ibu nilaikan situasi dan keperluan. Pastikan tempat berhenti itu selamat.

Jika ibu pilih (atau jika tiada pilihan) untuk teruskan perjalanan, juga silakan. Usah risau.
Paling penting, konsisten dengan respon agar anak tahu ‘dia tidak akan menang’ dalam game bolos dari car seat ini dan sentiasa dekat dengan ibunya.

Menarik: Jangan Main Rampas, Minta Barang Dari Tangan Anak Pun Perlu Ada Adabnya

Rupanya Cara Mudah Ni Boleh Hentikan Bayi Menangis Bila Duduk Dalam Car Seat, Simple!

KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI