Kesihatan ni anugerah paling berharga dalam hidup, tapi kadang-kadang kita lupa nak jaga sampai datang rasa tak selesa atau jatuh sakit. Sebenarnya, makanan yang simple pun boleh bantu tingkatkan kesihatan kalau kita tahu manfaatnya. Salah satu bahan yang underrated tapi penuh khasiat adalah kaki ayam.

Walaupun tak semua orang suka, kaki ayam ni sebenarnya kaya dengan kolagen semula jadi yang baik untuk kulit, sendi, dan sistem imun badan. Bukan setakat buat sup jadi sedap, tapi ia juga bantu tingkatkan kesihatan dalaman. Kalau betul cara masaknya, khasiat dia memang berbaloi untuk tubuh kita! Sebagaimana perkongsian Nurul Bazliah Masri  menarik untuk kita ketahui petuanya!

Rupanya Guna Bahan Ni Petua Kekal Bertenaga, Wanita Ini Kongsi Resipi Bidan Usia 100 Tahun

PETUA BIDAN USIA CECAH 100 TAHUN

Aku teringat kata bidan yang sekarang usia nak cecah 100 tahun. Kita kalau masak tak boleh campur bawang merah & putih.

Ads

Tak bagus. Sebab badan bagi signal tak sedap. Hari ni ku buat sup. Cek la peti sejuk apa ada. Nak tinggalkan rumah. Memang ku seboleh mungkin kurangkan stock bahan masak. Ada la kaki ayam 10pasang yang terkumpul.

MASAK SUP KAKI AYAM

Aku pun pilih masak sup.
Ikut ajaran mak aku. Kaki ayam tu tapak buang sikit. Cuci bersih. Rebus sampai air mendidih buang rebusan pertama. Agak-agak je air tenggelam kaki. Sebab nak buangkan.
Kemudian cuci bersih & tos. Baru proses memasak.

Sebab tu aku walau suka kaki ayam. Kalau dekat luar tekak aku susah nak telan. Kecuali mak aku masak @ ahli keluarga aku masak. Ye lah mak ajarkan.
Aku rebus kaki bersama 4 sekawan dan halia saiz ibu jari kaki diketuk. Masukkan serbuk jintan manis, jintan putih dan lada serbuk. Sukatan campak ajelah. Letak asam keping. Kaki ayam empuk. Ku letak lah garam kasar.

Ads

Bawang putih ku cincang dan goreng kekuningan. Ku masuk sekali dalam sup. Minyak kurang sebab kaki ayam tu nanti keluar minyak lemak sendiri.
Akhir sekali ku tabur daun sup. Maka berhiruplah. Memanaskan badan dalam keadaan cuaca yang on off.

Jadi boleh rasa perbandingan sup. Aku kekadang masak sup campur bawang putih & merah. Sejujurnya aku suka sup yang tak bercampur bawang.

Ads

Rupanya Guna Bahan Ni Petua Kekal Bertenaga, Wanita Ini Kongsi Resipi Bidan Usia 100 Tahun

Jadi kesihatan diri ni satu amanah, dan penjagaan dia bermula dari apa yang kita makan setiap hari. Kadang-kadang, benda yang nampak simple macam kaki ayam rupanya ada banyak manfaat yang kita tak sedar. Penting untuk kita hargai makanan tradisi dan petua lama yang sebenarnya membantu kesihatan badan secara semula jadi.

Tak perlu makanan mahal atau trend kesihatan terkini cukup dengan bahan-bahan biasa di dapur yang kita olah dengan bijak. Jaga kesihatan dari dalam, sebab bila badan sihat, fikiran pun tenang, dan kehidupan jadi lebih berkualiti.

Sumber: Nurul Bazliah Masri

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI