
Perkongsian kali ni sangat bermanfaat, terutamanya untuk mereka yang selalu batuk waktu baring nak tidur. Ini tips dari Dr. Rizal Abu Bakar, pakar otak, yang mungkin boleh bantu legakan batuk
yang mengganggu.
Yang batuk masa baring, masa nak tidur, batuk gatal dalam kerongkong tapi tak ada kahak , kena baca ni.
.
Sebelum tidur ambil 2 biji bunga cengkih dan kunyah. Makan bunga cengkih boleh hilang batuk ‘kering’ yang bila baring masa tidur dia datang. Atau waktu siang tengah bersembang dia datang serang.
.
Orang putih kata nagging coughing.
.
Cara nak buat senang saja. Bunga cengkih ni kena sangai dulu. Sangai ni pun sekejap saja. Dalam seminit dua gitu.
.
Eugenol dalam bunga cengkih akan bantu legakan sikit dan hilangkan sensasi batuk tu Insyaa Allah. Eugenol ni akan hilangkan radang pada throat atau tekak kita tu.
.
Kalau tak sanggup nak kunyah, ambil segenggam bunga cengkih dan rebus. Minum air ‘teh bunga cengkih’ tu.
.
Kalau malas sangat, letak 3 titis Essential Oil bunga cemgkih dalam air. Minum.
.
Begitulah.
Kenalah cuba kalau tak nak batuk ‘kering’ tu lagi.
Semoga perkongsian pakar otak ini bermanfaat untuk anda yang sedang mencari solusi batuk. Jangan lupa share dengan kawan-kawan dan keluarga yang mungkin perlukan tips ni. Usaha, doa, dan tawakal Insyaa Allah ada jalan penyelesaian.
Sumber: Dr Rizal Abu Bakar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Musim Sekarang, Anak Demam Kena Risau. Bukannya Bagi Ubat, Dah Baik Kita Lega

“Saya tak bawa hospital lebih awal sebab dia dah tak demam..Ingat dah ok, tapi tu lah, semakin teruk..” Ini yang selalu ibu bapa terlepas pandang. Bila nampak anak ok, terus kita anggap anak sihat. Sedangkan mungkin boleh berlaku sebaliknya.
Menurut Dr Anayasmin Azmi, walaupun kita masih belum settle dengan Covid, jangan lupa kes denggi pun makin banyak kami terima. Bukan calang-calang kes denggi pediatrik ni. Teruk-teruk yang datang.

Denggi unik sedikit, bila dah tak demam, lagi kita risau, kita panggil fasa ‘kritikal’. Sebab air dari salur darah boleh keluar (seolah bocor) ke kawasan tak sepatutnya seperti:
Paru-paru: buat pesakit sukar nafas
Perut: air keluar ke kawasan diluar usus
Ini buatkan dalam salur darah tak cukup ‘volume’. Tekanan darah boleh ‘crash’, boleh membawa maut‼️ Jadi agak susah kalau ibu ayah tak dapat beri informasi yang tepat. Ada tu yang tak tahu langsung tentang sakit anak.
Semua dia tanya anak dia yang 9 tahun tengah terlantar tak berdaya tu. Ibu ayah sebenarnya dapat bantu kami tau, kami perlukan maklumat berkaitan:
1. Bila exactly start demam
2. Bila anak mula tak demam
3. Sukat suhu demam (boleh invest beli thermometer digital.. Saya beli di farmasi biasa dapat RM15)
4. Adakah anak kurang minum/makan

5. Anak kurang kencing?
6. Ada darah keluar di gusi, kencing, hidung etc?
7. Muntah atau cirit?
8. Sakit perut berterusan..
9. Ada orang lain tak sihat?
10. Dan yes, ada contact dengan positif Covid?
Ya, banyak sebenarnya ibu ayah dapat bantu kami. Boleh bantu saya SHARE untuk sama-sama ambil tahu. Agar rawatan lebih efektif.. InshaAllah..
Kredit: Dr Anayasmin Azmi
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Didapati Ada Cyst, Jangan Terus Beli Produk ‘Pelik’ Kononnya Boleh Rawat. Bahaya!

Kejadian cyst dalam kalangan wanita bukanlah sesuatu yang asing. Ia sering terjadi dan kadang-kadang penghidapnya juga tidak tahu bahawa dia mempunyai cyst pada ovarinya. Terdapat beberapa jenis kejadian cyst dan setiap daripada berbeza antara satu sama lain.
Ovarian cyst adalah kantung yang berisi lendir/air yang berada di dalam kilang telur ovari, diameternya melebihi 3 cm. Kantung ini boleh terjadi dalam pelbagai saiz, sehinggakan ada yang bersaiz sebiji tembikai!
Menjelaskan tentang cyst, Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan, ada berkongsi input tentang permasalahan ini melalui penulisannya di akaun facebook. Bagi anda yang mahu mengetahui lebih lanjut, inilah sebenarnya cyst:
Ovarian cyst – bahaya ke?
Ovarian cyst adalah kantung yang berisi lendir/air yang berada di dalam kilang telur ovari, diameternya melebihi 3 cm. Kantung ini boleh terjadi dalam pelbagai saiz, sehinggakan ada yang bersaiz sebiji tembikai!
Lendir atau cecair ini boleh jadi seperti air atau lendir dipanggil simple cyst , atau ada yang lebih kompleks mempunyai lendiran yang likat, darah atau bahagian-bahagian pejal dan keras.
Jenis – jenis cyst yang biasa terjadi saya senaraikan seperti di bawah :
Simple cyst: terjadi apabila folikel besar pada ovari yang terus menerus membesar selepas telur dilepaskan pada ovari. Cyst jenis ini adalah yang paling biasa dijumpai dan ditemui dan akan hilang dengan sendirinya selepas beberapa bulan.
Endometrioma – endometriosis, di mana sel-sel yang terdapat pada rahim didapati terdapat di luar rahim, menyebabkan terjadinya cyst jenis ini dan dipanggil endometrioma.
Dermoid cyst : terjadi daripada sel yang menghasilkan telur pada ovari, kadang-kala bercampur dengan rambut dan lemak.
Jenis cyst yang lain adalah jarang-jarang berlaku dan ditemui.
Hampir kesemua ovarian cyst yang berlaku sebelum usia menopos adalah TIDAK berbahaya. Kanser ovari sebelum usia menopos juga adalah sangat jarang berlaku.
Ovarian Cyst kerap berlaku di kalangan wanita muda dan kebanyakkannya wanita tidak sedar pun yang mereka mengalaminya kerana ia jarang memberikan masalah atau simptom. Ia hanya akan dikesan bila sesorang wanita itu membuat ultrasound, dalam pemeriksaan apabila menghadapi masalah kesuburan.
Walau bagaimanapun, 1 dalam 10 wanita mungkin akan memerlukan pembedahan di kemudian harinya.
Sekiranya cyst ini terjadi pada wanita berusia 50-70 tahun, ia lebih cenderung membawa kepada kanser dan lebih berbahaya.
Artikel Menarik: [Naik Je Double Line, Ibu Kena Mula Jaga Giri. Jangan Main ‘Hentam’ Buat Semua Benda]
Apakah simptom atau gejala ovarian cysts?
Ia pada umumnya tidak memberikan sebarang gejala. Tetapi sekiranya ia terlalu besar anda mungkin perasan perut sedikit buncit dan terdapat ketulan pada bahagian bawah perut.
Kebanyakkan org beranggapan perut yang buncit itu disebabkan pengumpulan lemak dan membiarkan sahaja.
Lain-lain gejala termasuklah :
Sakit perut
Sakit semasa hubungan kelamin
Sukar atau kerap kencing
Muntah dan loya
Rasa perut penuh dan tidak selesa dan cepat kenyang
Rasa berat pada ari-ari
Susah untuk mengandung di mana ada kaitan dengan endometriosis
CYST MEMPENGARUHI KESUBURAN?Terdapat pelbagai jenis cyst dan kebanyakanya tidak menjadi penyebab dan tidak memberi kesan kepada keupayaan untuk hamil. Kebanyakan cyst tidak menganggu proses ovulasi atau persenyawaan.
Tetapi sekiranya anda mengalami Endometriosis atau Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS), ia mungkin berkait rapat dengan masalah kesuburan.
Kalau ada cyst ape nak buat?
Rawatan ovarian cyst bergantung kepada jenis cyst yang anda alami. Bagi cyst folikular atau corpus luteal cyst, rawatan yang biasa ialah dengan ‘tunggu dan lihat’. Lazimnya , doktor sakit puan akan memantau samada ia semakin membesar atau sudah bertukar bentuk.
Rawatan pembedahan untuk membuang cyst akan dicadangkan jika didapati cyst menjadi semakin besar. Walau bagaimanapun pilihan akan diberikan bergantung kepada gejala yang anda hadapi, bentuk cyst, dan keputusan ujian darah.
Simple cyst berukuran diameter < 5 cm :
Rawatan tidak diperlukan. Cyst jenis ini akan hilang dengan sendirinya selepas beberapa bulan. Anda juga mungkin tidak memerlukan rawatan susulan.
Artikel Menarik: [Bukan Saja-Saja Minta Picit Kaki. Waktu Hamil, Tumit Sakit Macam Terpijak Jarum!]
Simple cyst berukuran diameter 5 – 7 cm :
Anda seharusnya diberikan rawatan susulan, sekurang-kurangnya ultrasound selepas setahun kemudiannya.
Simple cyst berukuran diameter > 7cm:
Anda perlu menjalani ujian dan pemeriksan lanjut, seperti MRI atau pembedahan.
Saya mempunyai ovarian cyst dan telah dinasihatkan untuk menjalani pembedahan membuang sista tersebut, bagaimanakah pembedahan itu akan dilakukan?
Anda akan diberikan pilihan untuk menjalani pembedahan laparoskopi (pembedahan melibatkan potongan kecil dan penggunaan kamera), ianya kurang menyakitkan berbanding laparotomi. Dengan pembedahan laparoskopi, anda akan dapat pulang awal ke rumah selepas pembedahan dan sembuh dengan kadar yang segera.
Walau bagaimanapun pembedahan laparotomi (pembedahan melibatkan potongan besar) dicadangkan sekiranya sista didapati terlalu besar, ataupun cyst menunjukkan tanda-tanda berkaitan dengan kanser.
Doktor sakit puan akan berbincang tentang kebaikan dan keburukan kedua-dua jenis pembedahan ini, seterusnya menentukan jenis pembedahan yang bersesuaian dengan keadaan cyst itu.
Ovari akan dibuang sekali masa operation?
Lazimnya, kedua-dua ovari tidak dibuang ketika pembedahan. Ini adalah kerana ovari penting untuk menghasilkan hormon wanita yang diperlukan sebelum menopos dan dalam kebanyakkan kes, hanya cyst sahaja dibuang.
Walaupun begitu, ada sesetengah keadaan yang memerlukan ovari perlu dibuang juga, misalnya jika keadan sista terlalu besar sehingga menggantikan semua ruang ovari.
Artikel Menarik: [Berhenti Rokok, Ganti Vape. Kesannya Sama Saja Pada Isteri & Bayi Dalam Perut]
Selain itu, ovari juga perlu dibuang sekiranya sista sudah terpusing/ terpuntil sehingga menyebabkan peredaran darah pada ovari terputus, atau merasakan sista itu mungkin menular menjadi kanser.
Segala makanan suplemen, ubat-ubatan herba TAK BOLEH merawat cyst. Minta pandangan doktor ginekologi yang berilmu, bukan penjual suplemen yang cakap-cakap atas angin sahaja.
JANGAN TERTIPU.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pakai Bengkung Bukan Untuk Kuruskan Badan Tapi Sokong Perut Dari Terkena Luka Pembedahan

Ibu bersalin C-Section tidak perlu berbengkung? Kenyataan ini sama sekali tidak berasas. Ibu yang bersalin melalui pembedahan digalakkan untuk berbengkung agar perut yang menggeleber dapat disokong dan melindungi luka pembedahan. Berikut perkongsian dari Pn. Foziah Mohd Foad, Pengasas Safah Herbs Spa tentang kepentingan berbengkung buat ibu bersalin secara pembedahan.
Jika ibu yang bersalin melalui pembedahan mahu mengenakan bengkung, ia sudah boleh dipakai selepas 12-24 jam selepas bersalin. Bengkung lilit atau bengkung barut boleh dipakai selepas enam ke 12 bulan selepas melahirkan anak dan luka pembedahan sudah pulih.
Bengkung berpelekat dari material kapas sesuai buat ibu yang bersalin secara pembedahan. Berbeza dengan bengkung lilit dan bengkung barut, penggunaannya adalah untuk menyokong perut gelebeh agar tidak menghempap luka pembedahan. Ia juga untuk mengelak pergerakan yang berlebihan pada perut serta mengurangkan kesakitan ketika ibu batuk atau terbersin.
Memakai bengkung ini juga bertujuan untuk memastikan otot perut kemas agar ia tidak bergoyang ketika ibu bergerak. Selain memudahkan proses menyusu ketika sedang duduk atau baring mengiring, penggunaan bengkung ini juga dapat mengelakkan ibu makan terlalu banyak.
Risiko Tidak Berbengkung:
- Rahim lambat mengecut dan tidak kembali ke bentuk asal
- Perut menjadi boroi dan menggeleber
- Punggung akan mengembang
- Bentuk tubuh tidak kembali kepada yang asal
- Dimasuki angin
- Rekahan dan regangan lambat hilang
- Sakit tulang belakang dan punggung
- Si ibu cenderung untuk makan berlebihan
- Perut kembung dan dimasuki angin
Jika mahu memakai bengkung barut, tunggu sehingga enam hingga 12 bulan selepas melahirkan. Jangan pandang ringan kepentingan berbengkung kerana ia sudah dipraktikkan sejak zaman dahulu kerana ia banyak memberi kebaikan kepada para ibu.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI