Hujung minggu ini sudah merancang aktiviti bersama keluarga? Anak-anak mesti merengek mahu dibawa berjalan-jalan sama ada ke shopping mall atau ke tempat menarik. Bagi yang tinggal sekitar Kuala Lumpur dan Selangor boleh pergi ke Port Dickson minggu ni! Selain main air di pantai, apa kata singgah ke Funny House. Bagi yang jauh boleh jadikan tempat ini salah satu senarai percutian cuti sekolah nanti.
Tarikan baharu
Funny House ini adalah sebuah tempat hiburan berbentuk kekeluargaan yang merupakan tarikan terbaharu di Port Dickson Negeri Sembilan. Ia baru sahaja dibuka pada 13 Oktober lalu.
Ads
Bersesuai dengan konsepnya, anda dibenarkan mengambil gambar supaya dapat merakamkan aksi lucu dan menakutkan semasa berada di sini.
Ads
Antara yang menarik ialah meja, kerusi, kunci, oven dan pinggan gergasi serta rumah terbalik. Memang membuatkan sesiapa sahaja yang berkunjung ke sini tidak kering gusi, asyik ketawa melihat aksi keluarga merakamkan gambar untuk dijadikan kenangan.
Lokasi:Lorong Aneka 1, Tman Aneka Pasir Panjang Port Dickson 71250
Waktu operasi: 10 pagi – 8 malam (Kemasukkan terakhir pada 7.30 petang)/ Dibuka setiap hari
Ads
Harga kemasukkan: Dewasa RM15.00/ Kanak-kanak bawah 12 tahun RM10.00/Warga emas atas 60 tahun RM10.00/ Percuma kanak-kanak ketinggian bawah 90cm
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sepanjang tiga hari itu, pelbagai aktiviti menarik disusun buat semua pengunjung. Malah deretan kedai jualan yang terletak di Convention Hall, berjaya menarik perhatian ramai pengunjung. Antara tarikan utama terutama dalam kalangan kanak-kanak adalah Petting Zoo, Rumah Hantu, permainan video AR dan VR, Superkids Face Painting, Zon Doktor Gigi.
Selaku penaja utama Pa&Ma Superkids Fiesta 2019, SSPN juga menyediakan kemudahan kepada ibu bapa untuk terus membuka akaun simpanan anak mereka serta berpeluang menyertai hadiah cabutan bertuah tahunan.
Selain daripada itu pelbagai hadiah menarik juga turut ditawarkan kepada semua yang membuka akaun simpanan SSPN sepanjang tiga hari pesta berlangsung. Ternyata booth SSPN mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung dengan tawaran pembukaan akaun serendah RM20. SSPN juga memeriahkan pesta kali ini dengan pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak di pentas utama.
Selain itu SSPN juga turut menjadi penaja pertandingan Himpunan Cita-Cita Pa&Ma yang mendapat sambutan begitu menggalakkan. Seramai 60 orang peserta kanak-kanak berusia dari 4 hingga 12 tahun bergaya dengan pakaian profesion idaman mereka serta mempersembahkan sketsa menarik berdasarkan cita-cita tersebut.
Pertandingan ini bukan hanya mencabar keberanian anak-anak kecil di pentas bahkan mencungkil bakat muda dalam mempamerkan cita-cita yang mereka ingini melalui persembahan. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Puan Mastura Mohd Khalid, Timbalan Ketua Eksekutif PTPTN,
Menariknya kali ini, Pa&Ma menganjurkan tiga acara berbeza khusus untuk ibu bapa dan kanak-kanak. Ianya berjaya mencungkil bakat kanak-kanak selain daripada majlis ilmu khusus untuk ibu bapa mendidik anak-anak.
Bahkan di booth Pa&Ma sendiri, telah diadakan jualan lelong Kids Pre-loved yang menjual pelbagai barangan bayi, kanak-kanak dan ibu terpakai yang disumbangkan oleh orang ramai serta kerjasama dengan butik Tateh seluruh Lembah Klang. Jumlah kutipan jualan tersebut akan disumbangkan kepada golongan asnaf terpilih kelak.
Seminar Keluarga Talk membuka tirai acara dengan membincangkan topik Ibu Bapa Excellent Anak Genius. Majlis yang bermula pada jam 10.30 pagi ini berjaya memberikan input berguna kepada semua peserta yang terdiri daripada ibu bapa.
Malah perkongsian penceramah terkenal, Profesor Dr Nik Salida Suhaila, Pensyarah Kanan Fakulti Syariah & Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersama moderator selebriti yang juga ibu kepada dua cahayamata, Irma Hasmie mengupas persoalan yang cukup bermanfaat untuk semua peserta. Rata-rata peserta berpuas hati dengan kupasan demi kupasan yang dikongsikan.
Pertandingan Bakat Pa&Ma Cilik pula menyaksikan 16 peserta akhir mempersembahkan bakat masing-masing di pentas utama. Kesemua peserta menunjukkan bakat nyanyian, lakonan dan tarian, bercerita pada acara berkenaan. Banyak bakat-bakat baru berjaya dicungkil menerusi pertandingan ini.
Mereka bukan sahaja menunjukkan pelbagai bakat bahkan turut mempamerkan keberanian dan keyakinan diri anak-anak kecil tersebut untuk membuat persembahn di pentas utama.
Bukan itu sahaja malah sepanjang tiga hari ini, pentas utama juga turut diisi dengan pelbagai aktiviti lain seperti Pertandingan Mewarna, VIP Princess Gathering, Superkids Beyblade Battle yang mencatatkan sejarah tersendiri yang pastinya memberi pengalaman bermakna buat anak-anak yang sedang membesar.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sama seperti kita, anak-anak kecil juga punya perasaan. Rasa rendah diri, terkecil hati atau sensitif dalam banyak perkara.
Namun kesedihan hati anak kecil kita ini yang diejek rakan-rakan terubat bila mana tampil cukup cantik di hadapan rakan-rakannya yang lain malah dipuji ramai.
Perkongsian seorang ibu, Sharifah Rodziyah yang memuat naik gambar anaknya yang mengenakan gaya Marilyn Monroe muslimah ini mendapat pujian ramai.
Mana tidaknya, bukan hanya solekan yang sempurna bahkan gaya muslimah serta gabungan moden ala Marilyn Monroe yang diketengahkannya memang menjadi. Cantik!
“Hari tu pernah saya kongsi kesedihan sebab anak saya tak yakin dengan dirinya sebab kawan-kawan ejek. Dia padam make up.
“Lepas dia baca komen sahabat semua kali ni anak saya bangun dengan semangat baru, lebih yakin pada dirinya. Dan ribuan terima kasih pada sahabat yang share kat mana nak beli topi kat atas kepala dia.
“Style Marilyn Monroe Muslimah. Untuk hari kanak-kanak bertemakan Pesta Muda Mudi,” kongsinya.
Bukan itu, sebagai panduan ibu-ibu lain dalam membuat persiapan untuk anak, turut dikongsikan lokasi untuk mendapatkan busana cantik ini.
“Disini saya kongsikan kat mana nak dapatkan pakaian dan aksesorinya.
Baju Pink – Sogo Cardigan Putih – Panda Eyes Berjaya Time Square Topi – Chamelon Sg Wang Plaza Sarung tangan – Bunga reben Jalan TAR
“Selain tu boleh beli kat online tapi tempoh menghantaran lama,” kongsinya lagi.
Sememangnya gaya anak kecil ini memang cantik malah karaktor Morilyn Monroe muslimahnya memang cukup cantik.
Dalam pada itu, gaya anak kecil itu juga turut mendapat pujian rakan-rakan wargamaya lain.
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.
CRYOCORD telah berjaya mengadakan Perfect Pregnancy 4.0 Antenatal Class baru-baru ini di Pavilion Hotel, Kuala Lumpur.
Kelas ini diadakan untuk membantu ibu bapa muda membuat persiapan untuk menghadapi saat kelahiran, ketika di bilik bersalin dan ilmu tentang keibubapaan. Lebih kurang 200 bakal ibu dan bapa telah mengambil bahagian dalam kelas ini.
Ahli professional daripada pelbagai latar belakang seperti pakar Obstetric pakar Nutrisi dan pakar Laktasi memberikan tunjuk ajar mengikut kemahiran untuk persedian awal keibubapaan.
Menurut James Then, Pengarah urusan CryoCord “Pada zaman ini, banyak maklumat segera yang diperolehi daripada internet yang boleh menimbulkan kekeliruan. Oleh itu, Kelas antenatal adalah platform yang baik untuk ibubapa mempersiapkan diri mereka dengan lebih baik.”
Kemuncak majlis ini diserikan dengan kehadiran duta CryoCord iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Sesi perkongsian lebih meriah apabila icon selebriti Malaysia berkongsi pengalaman perjalanan sebagai ibu termasuklah cabaran yang dihadapi ketika itu.
Sebagai tanggungjawab social koprat, CryoCord menjual T-shirt edisi terhad dan t-shirt tersebut habis dijual untuk mengumpul dana dan akan disalurkan kepada Majlis kanser Negara (MAKNA).
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.