Hujung minggu ini sudah merancang aktiviti bersama keluarga? Anak-anak mesti merengek mahu dibawa berjalan-jalan sama ada ke shopping mall atau ke tempat menarik. Bagi yang tinggal sekitar Kuala Lumpur dan Selangor boleh pergi ke Port Dickson minggu ni! Selain main air di pantai, apa kata singgah ke Funny House. Bagi yang jauh boleh jadikan tempat ini salah satu senarai percutian cuti sekolah nanti.
Tarikan baharu
Funny House ini adalah sebuah tempat hiburan berbentuk kekeluargaan yang merupakan tarikan terbaharu di Port Dickson Negeri Sembilan. Ia baru sahaja dibuka pada 13 Oktober lalu.
Bersesuai dengan konsepnya, anda dibenarkan mengambil gambar supaya dapat merakamkan aksi lucu dan menakutkan semasa berada di sini.
Antara yang menarik ialah meja, kerusi, kunci, oven dan pinggan gergasi serta rumah terbalik. Memang membuatkan sesiapa sahaja yang berkunjung ke sini tidak kering gusi, asyik ketawa melihat aksi keluarga merakamkan gambar untuk dijadikan kenangan.
Lokasi: Lorong Aneka 1, Tman Aneka Pasir Panjang Port Dickson 71250
Waktu operasi: 10 pagi – 8 malam (Kemasukkan terakhir pada 7.30 petang)/ Dibuka setiap hari
Harga kemasukkan: Dewasa RM15.00/ Kanak-kanak bawah 12 tahun RM10.00/Warga emas atas 60 tahun RM10.00/ Percuma kanak-kanak ketinggian bawah 90cm
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Siap Bawa Umpan” Meriah Habis Baby Merangkak Race Simpan SSPN X Pa&Ma!
Bersempena dengan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS), pertandingan Baby Merangkak Race Simpan SSPN X Pa&Ma telah diadakan di Sunway Velocity Mall pada 2 Oktober 2022 yang lalu. Pertandingan ini adalah kerjasama Simpan SSPN dan Majalah Pa&Ma dengan bertemakan superhero yang mana tema BMS 2022 juga adalah “Jom Jadi Superhero Anak Anda”.
Ternyata semua ibu bapa peserta sangat sporting dan mengenakan pakaian mengikut tema pada bayi mereka.
Suasana riuh-rendah apabila pertandingan merangkak bayi bermula. Kelihatan sungguh comel anak-anak kecil ini merangkak dalam kumpulan namun ada yang duduk sahaja tanpa bergerak. Ibu bapa dibenarkan membawa ‘props’ sebagai alat untuk memancing si kecil merangkak ke depan.
Pertandingan ini mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan 51 orang bayi yang berusia lapan hingga 12 bulan yang telah mendaftar sebelum pertandingan berlangsung. Mereka bertanding untuk merebut gelaran juara merangkak paling pantas.
Pertandingan ini yang terbahagi kepada 11 pusingan saringan bagi bayi-bayi yang mewakili grup mereka. Ada lima grup iaitu Cute Ironman, Cheeky Thor, Chubby Hulk, Jolly Spiderman, dan Sweet Captain America.
Untuk setiap saringan, dua bayi terpantas dibawa ke pusingan akhir. 11 bayi terpantas kemudiannya berlumba antara satu sama lain dan masa terpantas dipilih sebagai juara, naib juara, tempat ketiga dan dua hadiah saguhati.
Turut hadir Ketua Pegawai Operasi PTPTN, Mastura Mohd Khalid, Editor Pengurusan Pa&Ma, Wan Erni Liza Md Izatzi dan Editor Pa&Ma, Emy Haznida serta pelawak terkenal Bell Ngasri merupakan hos yang telah dijemput khas untuk acara ini.
Pemenang-pemenang Baby Merangkak Race Simpan SSPN X Pa&Ma 2022 telah diumumkan sejurus tamat acara tersebut. Bayi Juara adalah Hadif Hayyan (09), Naib Juara Jebat Zulfaqar (38), dan Tempat Ketiga, Muhammad Ayden (33) Yusuf manakala dua bayi saguhati adalah Muhammad Malique Izzuddin (36) dan Dhia Hanania Mohd Azam (34).
Juara membawa pulang akaun Simpan SSPN bernilai RM250, naib juara pula menerima akaun Simpan SSPN bernilai RM200 dan pemenang tempat ketiga pula mendapat akaun Simpan SSPN RM150. Kedua-dua pemenang saguhati pula membawa pulang akaun Simpan SSPN bernilai RM50 setiap seorang. Selain akaun Simpan SSPN, setiap pemenang juga menerima hamper tajaan Kueh dan goodies bag dari Simpan SSPN.
Manakala pemenang bagi kategori khas Baby Merangkak WOW yang dinilai dari pelbagai segi oleh juri dimenangi oleh peserta bernombor 30, Adib Amsyar. Kategori Khas ini membawa pulang hadiah Akaun Simpan SSPN bernilai RM200 dan goodies bag dari Pa&Ma dan Simpan SSPN.
Terima kasih kepada semua penaja dan para peserta. Diharapkan jika ada lagi pertandingan ini diadakan pada masa hadapan, akan terus mendapat sokongan dari pembaca Pa&Ma.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Timba Ilmu Di Kelas Antenatal DEMC
Tuntutlah ilmu hingga ke negara Cina. Itulah kata-kata yang menjadi petanda buat kita yang mana ilmu adalah sesuatu yang tidak akan habis dipelajari walaupun berkurun lama. Mungkin ini semangat yang dipegang oleh para ibu yang sarat membawa bayi dalam kandungan namun masih gigih untuk menhadiri kelas antenatal bagi melengkapkan diri dengan ilmu yang secukupnya sebelum mengalami detik cemas penuh bermakna buatnya.
Pelbagai topik yang dibincangkan oleh para doktor bagi memastikan semua peserta dan pasangannya menguatkan mental dan fizikal sebelum mendengar tangisan insan yang ditunggu sembilan bulan lamanya.
Salah satu topik yang menarik untuk diketengahkan ialah, ‘Epidural Analgesia During Labor’ yang disampaikan oleh Pakar Bius DEMC, Dr. Wan Afaf Zainal Abidin.
Melalui perkongsian beliau, ternyata epidural yang dikatakan mempunyai kesan sampingan negatif kepada kesihatan si ibu sebenarnya hanya berlaku jika doktor yang melaksanakan proses bius tersilap menyuntik epidural tersebut ke dalam tulang belakang ibu.
Katanya, untuk mengelakkan perkara seumpama itu, hanya doktor pakar sahaja yang patut dipercayai agar kesilapan yang berlaku dapat diatasi.
“Setiap manusia melakukan kesilapan, namun in sha Allah, dengan pengalaman dan kepakaran yang ada, untuk seorang doktor pakar melakukan kesilapan adalah sangat minimum,” terangnya lagi.
Memberi sedikit fakta mengenai epidural, Dr. Wan memberitahu si ibu tidak akan merasa sakit sehingga selesai bersalin. Ibu tetap berada dalam keadaan terjaga, hanya bahagian bawah badannya yang akan merasai kesan bius epidural berbanding bius yang lain.
“Berbeza dengan bius secara gas dan injection, epidural membolehkan ibu melihat sendiri anak yang bakal dilahirkan kerana mereka tidak tidur sepanjang proses kelahitan tersebut. Apabila kesan ubat bius hilang, badan akan kembali berfungsi seperti normal.
Dr. Wan amat menekankan, epidural adalah untuk wanita yang sudah tidak tahan menahan sakit bersalin namun ’jalan’ masih lagi belum terbuka secukupnya.
“Kalau bukaan baru 1sm tapi si ibu betul-betul tidak mampu bertahan lagi dengan rasa sakit, ketika itu saya akan cadangkan untuk mengambil epidural bagi mengurangkan rasa sakit yang ditanggungnya.
Bagaimanapun, kaedah epidural ini tidak digalakkan bagi para ibu yang mempunyai masalah kesihatan seperti sakit jantung dan pernah mengalami masalah tulang belakang.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
SNS Lancarkan 3 Jenis Kerusi Keselamatan mifold Untuk Kanak-Kanak Yang Lebih Dewasa Di Malaysia
SNS Products Sdn Bhd buat pertama kalinya berkerjasama dengan Pa&Ma melancarkan produk terbaharunya iaitu ‘mifold Family’ di Malaysia semalam di The Pearl, Kuala Lumpur.
Sebagai sebuah syarikat yang mengutamakan keselamatan kanak-kanak di Malaysia, SNS Products sangat berbangga menjadi pengedar rasmi bagi jenama mifold di Malaysia dan produk mifold telah berada di dalam pasaran Malaysia semenjak Mac 2017 lalu.
‘mifold Family’ terdiri daripada tiga jenis kerusi keselamatan kanak-kanak iaitu mifold, mifold Sport dan hifold di mana ianya sesuai digunakan oleh kanak-kanak yang berusia 4 tahun dan 15kg ke atas.
Majlis yang berkonsepkan high-tea juga bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada ibu bapa tentang kepentingan pengunaan kerusi keselamatan kanak-kanak. Lebih 80 orang ibu bapa telah menghadiri majlis ini termasuk selebriti popular.
Seiring dengan pengumuman oleh pihak kerajaan berkenaan dengan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak yang diwajibkan menjelang 2020, pihak SNS Products Sdn Bhd sangat bebesar hati bekerjasama dengan Pa&Ma untuk memperkenalkan jenama mifold di Malaysia.
mifold Family
Direka dengan bentuk yang sangat kompak, ringan dan selamat digunakan kerana ianya memenuhi Piawaian Keselamatan Eropah yang terkini iaitu ECE R44/04.
mifold Family sangat sesuai untuk menyelesaikan masalah ibu bapa yang ingin meletakkan 3 kerusi penumpang kanak-kanak di bahagian penumpang belakang, senang untuk di bawa bercuti, digunakan semasa berada di dalam kenderaan persendirian seperti teksi/grab. Selain itu, ianya juga boleh dijadikan sebagai kegunaan harian untuk kanak-kanak yang menggunakan pengangkutan persendirian ke sekolah
mifold:
- mifold merupakan grab-and-go booster seat di mana saiznya adalah lebih kecil dan ianya senang untuk di bawa ke mana-mana. mifold merupakan booster seat yang paling kecil di dunia. Ini juga boleh menyelesaikan masalah ibu bapa yang ingin meletak 3 kerusi penumpang kanak-kanak di bahagian penumpang belakang.
- mifold boleh dilaraskan sepenuhnya mengikut ketinggian anak anda dan sekaligus membolehkan tali pinggang anak anda berada di tempat yang sepatutnya.
- Size mifold ialah 10 kali lebih kecil dari booster yang biasa dan ianya selamat digunakan.
- mifold sesuai digunakan untuk kanak-kanak yang berumur 4 tahun ke atas dan mempunyai berat 15kg – 36kg dan tinggi sehingga 150cm.
- mifold sudah berada di pasaran Malaysia semenjak Mac 2017.
mifold Sport:
- mifold Sport merupakan grab-and-go-booster yang mewah bersaiz kecil dan selamat digunakan. Ianya berpenampilan lagi mewah dan lebih sporty!
- Dengan design yang lebih premium, si bapa akan menyukainya kerana ianya sangat sporty – sesuai dengan perwatakan si bapa, manakala anak-anak pula akan lebih selesa dengan adanya tambahan kusyen.
- Dengan saiz yang sangat kompak, anda boleh menyimpan dan bawa di mana sahaja.
- mifold Sport sesuai digunakan untuk kanak-kanak yang berumur 4 tahun ke atas dan mempunyai berat 15kg – 36kg dan tinggi sehigga 150cm.
- mifold Sport secara eksklusifnya di lancarkan pada hari ini.
hifold:
- hifold merupakan fit-and-fold booster. Ini merupakan inovasi yang terkini yang dikeluarkan oleh syarikat yang mengeluarkan mifold.
- Merupakan highback booster yang boleh laras di dunia di mana ianya mempunyai teknologi multi-fit yang unik dan boleh dilaraskan kepada 243 tetapan individu.
- hifold juga merupakan highback booster mudah alih terbaik di dunia. Dengan menggunakan sistem ‘multi-fold’ yang canggih, ianya boleh dilipat dengan cepat menjadi saiz kompak.
- Ia senang untuk di bawa ke mana-mana kerana ia di datangkan bersama dengan tali pemegang bahu dan dengan berat 4.6kg sahaja!
- hifold sesuai digunakan untuk kanak-kanak yang berumur 4 tahun ke atas dan mempunyai berat 15kg – 45kg dan tinggi 90cm – 150cm.
- hifold secara eksklusifnya di lancarkan pada hari ini.
Ms May Hwong, Pengarah Eksekutif SNS Products Sdn Bhd berkata “Kami cuba menyelesaikan masalah ibu bapa di Malaysia dengan menyediakan pelbagai jenis car seat yang bersesuaian dengan bajet dan keperluan masing-masing kerana kami sangat mengambil berat akan keselamatan penumpang kanak-kanak di dalam kenderaan. Kami berharap dengan kedatangan mifold di Malaysia akan memberi solusi kepada ibu bapa, terutamanya yang mengahadapi cabaran untuk meletakkan 3 car seat di bahagian penumpang belakang. Dengan reka bentuk yang kompak dan sangat ringan mifold Family boleh dibawa bercuti dan digunakan semasa berada di dalam teksi/grab. Selain itu, ianya juga boleh dijadikan sebagai kegunaan harian untuk kanak-kanak yang menggunakan pengangkutan persendirian ke sekolah. Untuk pengetahuan, sebanyak 900,000 unit mifold telah dijual di 150 buah negara dalam masa 3 tahun.”
Selain itu, mifold Malaysia juga turut berbesar hati menyumbang tiga buah kerusi keselamatan kanak-kanak dalam acara cabutan bertuah untuk ibu bapa yang menghadiri majlis ini.
Pelancaran program tersebut turut dihadiri oleh selebriti terkenal termasuklah Datin Rebecca Nur Al Islam, Irma Hasmie, Syaheera & Fad Bocey.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI