Tak sangka video yang dirakam menyaksikan gelagat anak yang tak membenarkan si ayah keluar untuk bekerja sebenarnya petanda akan berlaku kejadian tak diingini. Firasat anak seperti seakan mengetahui kejadian yang bakal menimpa ayahnya iaitu Lettu Iman Adi, salah seorang antara 53 anak kapal KRI Nanggala-402 milik Angkatan Laut Tentera Nasional Indonesia (TNI) yang hilang setelah terputus hubungan pada Rabu lalu.
Menerusi video tular yang dimuatnaik oleh isteri mangsa, anak lelaki mereka yang berusia dua tahun dilihat menangis dan berusaha menahan Lettu Iman Adi supaya tidak pergi bertugas sebelum hari kejadian.
View this post on Instagram
Dia yang memegang tombol pintu, menolak tubuh ayahnya dengan kuat sambil menjerit ‘tidak’ berulang kali, perilaku yang disifatkan oleh keluarga tidak pernah dilakukan olehnya sebelum ini.
”Biasanya kalau ayahnya pergi bertugas, dia biasa sahaja. Semalam, dia sampai menutup pintu, benar-benar tidak membolehkan papanya pergi,” kata Edy Sujianto, bapa Lettu Iman Adi.
Ramai yang melihat video itu turut sebak dan mengharapka proses pencarian dipermudahkan walaupun banyak kemungkinan akan berlaku.
Awal pagi Rabu lalu, kapal selam KRI Nanggala-402 yang hilang dari utara Bali pada Rabu kira-kira jam 3 itu dipercayai mengalami black out setelah diberi kebenaran untuk menyelam.
Setakat ini, pencarian masih dilakukan dengan pelbagai negara luar termasuk Malaysia turut menawarkan bantuan bagi membantu Indonesia dalam operasi pencarian kapal selam.
Kredit: Tribunnews & Siakap Keli
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI