Tahu tak yang sebenarnya kita boleh ukur tahap kepintaran dan IQ anak sejak mereka bayi lagi. Tak perlu tunggu sampai anak masuk alam persekolahan. Menurut satu penyelidikan yang dilakukan oleh para penyelidik, tahap kepintaran dan IQ anak boleh diukur melalui berat badan bayi.

Menurut kajian tersebut, pertambahan berat badan bayi pada bulan pertama kehidupannya boleh dijadikan petunjuk untuk menentukan IQ si kecil.

Dikatakan bayi yang mempunyai lebih berat badan dan ukuran kepala yang membesar dengan cepat pada bulan pertama kelahirannya ternyata cenderung mempunyai IQ yang lebih tinggi apabila mula bersekolah nanti.

Para penyelidik dari University of Adelaide, Australia melakukan kajian tersebut ke atas 13,800 orang bayi yang baru lahir. Penyelidik tersebut mendapati bahawa bayi yang mempunyai berat badan bertambah kira-kira 40 peratus dari berat lahir mereka dalam tempoh masa empat minggu pertama, mempunyai ukuran 1.5 poin IQ lebih tinggi apabila dibandingkan dengan anak yang beratnya hanya bertambah kira-kira 15 peratus sahaja.

Anak-anak yang mengalami pertumbuhan paling besar pada ukur lilit kepala juga ternyata mempunyai IQ paling tinggi ketika umurnya masuk 6 tahun.

Pertumbuhan Otak Anak Lebih Pantas

Ads

Rupanya Kajian Mendapati Tahap Kepintaran Dan IQ Anak Boleh Diketahui Sejak Bayi Lagi. Ini Caranya…

Menurut Dr Lisa Smithers yang merupakan penulis utama dalam penyelidikan tersebut seperti mana dipetik oleh Daily Mail, ukur lilit kepala adalah salah satu petunjuk dari jumlah isipadu otak sehingga peningkatannya yang lebih besar pada bahagian ukur lilit bayi yang baru lahir menunjukkan berlakunya pertumbuhan otak anak lebih pantas.

Lisa juga menjelaskan bahawa secara keseluruhan, bayi yang berkembang pesat pertumbuhannya pada empat minggu pertama terbukti mempunyai skor IQ yang lebih tinggi di masa depan. Sedangkan anak yang mempunyai berat badan lebih cepat bertambah ternyata mempunyai IQ verbal yang lebih tinggi bila umurnya genap 6 tahun.

Ads

Menurut beliau, perkara ini mungkin terjadi kerana struktur saraf bagi IQ verbal berkembang sebelumnya di dalam hidup, yang bermakna kenaikan berat badan yang cukup pantas dapat mempunyai kelebihan kongnitif secara langsung pada anak.

Rupanya Kajian Mendapati Tahap Kepintaran Dan IQ Anak Boleh Diketahui Sejak Bayi Lagi. Ini Caranya…

Diharap dengan adanya kajian yang dilakukan mengenai ciri anak pintar dan IQ tinggi sejak bayi, ibu ayah akan lebih faham tentang perkembangan si kecil.

Ads

Namun demikian jangan berputus asa sekiranya bayi anda mempunyai berat badan yang perlahan pertambahannya atau ukur lilit kepala yang kecil kerana masih ada banyak lagi ciri lain (tiada kaitan dengan fizikal anak tetapi lebih kepada ciri psikologi) yang patut dijadikan penilaian.

Bahkan sebenarnya ada juga cara yang boleh dilakukan oleh ibu ayah untuk merangsang anak bijak dan cerdas sejak bayi lagi. Lagipun itu sekadar penemuan satu kajian yang dilakukan oleh para penyelidik sahaja.

Sumber: Daily Mail

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI