Ramai ibu hamil takut vagina akan terkoyak ketika melahirkan anak. Kalau diberi pilihan, memang tak nak ada insiden terkoyak. Berikut ada beberapa tip untuk elak vagina dari terkoyak ketika bersalin.
TIPS MENGELAKKAN KOYAKKAN TERUK MASA BERSALIN
1. Jangan lar panik tak tentu pasal. Banyakkan membaca fakta dan ilmu yang betul mengenai kelahiran supaya bakal ibu lebih tenang dan tidak panik ketika proses kelahiran. Bertanya pada yg berilmu, BUKAN PADA PENJUAL PRODUK
2. Amalkan senaman Kegel: Kemutkan otot pelvis/vagina seperti anda sedang menahan kencing, tahan selama 10 saat, lepaskan perlahan-lahan dan ulang 25 kali setiap satu sesi, lakukan 3 kali sehari sepanjang tempoh mengandung
3. Urutan perineum pada hujung-hujung kehamilan berfaedah untuk menjadikan otot pada bahagian vagina lebih anjal dan mengurangkan risiko koyakan vagina yang teruk. Otot pada perineum yang anjal akan lebih senang mengembang dan menguncup tanpa meninggalkan koyakan yang teruk.
4. Meneran dengan cara yang betul! Fokus ke arah perut dan anda meneran dari abdomen dan ke bawah, seperti meneran berak sembelit
5. Jangan meneran awal jika belum tiba masanya. Meneran terlalu awal ketika kepala bayi masih lagi belum nampak pada vagina menyebabkan vagina membengkak dan mudah koyak.
6. Pastikan posisi yang betul ketika meneran. Rapatkan dagu ke dada, anda berkeadaan sama seperti udang membengkok, pegang pergelangan kaki, dan jangan sesekali mengangkat punggung ataupun punggung terhuyung hayang ke kanan ke kiri. Macam nak tangkap bola pulak gayanya misi nak sambut kelahiran bila punggung digerakkan ke sana ke mari
7. Dengar arahan doktor dan misi. Bila nak periksa tu bagi kerjasama, bukannya terkepit-kepit sampai jari misi atau doktor takleh keluar. Banyakkan berzikir dan berselawat, bukannya meraung sepenuh jiwa dan raga mcm tertelan microfon
Yee, memang saya tak pernah bersalin dan tak rasa sakit bersalin. Pelbagai karenah manusia saya dah jumpa sepanjang masa saya bekerja mengendalikan kes-kes bersalin tak mengira kes berisiko rendah atau tinggi, benda sebegini perlu dimaklumkan supaya pesakit membuat persediaan fizikal dan mental.
Tugas menjaga isteri dalam pantang sebenarnya tugas suami. Suami lah yang perlu menjaga isteri dalam pantang dan bukan melepaskan beban pada ibu dan ayah anda! Sudah menjadi kebiasaan, apabila dalam pantang ramai yang meminta bantuan dari ibu dan ayah untuk menjaga.
Ibu bapa yang sukarela mahu menjaga anak perempuan mereka semasa berpantang perlu dihargai, diraikan. Kalau nak ibu dan ayah jaga, anda perlulah sediakan duit bajet untuk lauk sepanjang berpantang, duit bil air & elektrik, duit minyak kereta mak ayah, duit extra. Bagi suami yang ingin menjaga isteri dalam pantang, ada beberapa tip yang dikongsikan oleh Tuan Ariff Ismail yang boleh dijadikan panduan.
Hari ni kita lari topik sedikit, lepas baca viral ” goreng nugget ” meh saya share tips para suami jaga bini lepas bersalin.
Kaum adam jangan ingat bila bini bersalin kita lepas tangan terus ke mak/mak mertua atau bibik yang jaga. Masa ni lah nak balas jasa bini mengandung 9 bulan dan bertarung nyawa masa bersalin.
JOM BACA 5 TIPS JAGA BINI LEPAS BERSALIN
1. MASAKAN MAKANAN PANTANG BINI
Jangan bagi alasan ” aku tak pandai masak bro “. Kau main PS4, Mobile Legend, PUBG terus pandai ke brother.
Kena tahu tak semua sayur dan ikan atau sewaktu dengan nya bini boleh makan lepas bersalin. Kena elak kan sayur yang boleh bagi angin dan sejuk, badan bini tengah lemah lepas beranak.
Antara sayur yang senang korang nak masak adalah sawi dan lobak putih ( ni boleh tolong tambah susu badan).
Lagi satu lepas bersalin tak boleh makan ikan yang gatal or boleh mendatang kan alergik, luka kat dalam bro mana kita nampak. Pilihan ikan yang terbaik adalah salmon dan ikan selar ( tak tahu sila google).
Masakan bersalin kena banyakan halia dan bawang putih bagi badan panas sikit, jangan kau bagi minum ais pulak sebab nak bagi sejuk. Rebus kan kurma cina dan longan kering dan ada satu tu merah kecik kecik tak ingat lah pulak nama ( boleh beli kt kedai ubat cina ) letak gula batu bagi bini minum untuk tambah tenaga dan susu badan.
2. BELAJAR MANDIKAN/SIAPKAN BINI & ANAK
Ni benda paling penting para suami mithali, kau kena mandikan bini dan mandikan baby, kena belajar cara nak mandikan baby sebab baby sangat fragile masa di awal kelahiran. Air tak boleh panas dan sejuk sangat. Kena rasa pakai siku korang kepanasan air untuk mandikan baby.
Masa bini dalam pantang tak boleh pakai baju ketat ketat, kena pakaian longgar dan selesa. Rambut bini kena tolong sikat dan ikat kemas. Kena letak pilis ( betul rasanya bahasa ni ) atas dahi bini, ni tak reti buat boleh beli kat kedai jamu.
If anak lelaki korang kena tuam bebird beliau supaya tak kena angin pasang ( ni pon ada jual ). Bini pon korang kena tungku kan. Tak pandai sila bayar service tukang urut pantang, boleh google je sekarang.
3. TANAM URI
Part ni paling best, sapa mabuk darah boleh pengsan ( kalau beranak kat private hospital diorang dah tolong basuh kan ). Korang kena cuci bersih uri tu dengan air dan garam kasar serta limau supaya hilang bau ( ada yang guna asam jawa) jangan lupa selawat sambil basuh.
Lepas siap basuh semua tu tanam kat tempat yang sesuai dan kedalaman yang sesuai. Pastikan uri tu ditanam sempurna dan tak da haiwan yang korek. Jangan korang kurafat pulak letak pen la pensel la apa la sebab konon konon nanti anak jadi cerdik. Boleh tgok kat utube gak cara nak basuh dan tanam uri baby.
4. JAGA ANAK TENGAH MALAM
Bapa bapa sekalian tolong kesian kan bini, lepas bersalin bini tak ada tenaga, kita lah yang kena jaga malam malam. Tidur dengan anak jangan biarkan bini pulak yang tidur dengan anak ( alasan senang nak bagi susu ).
Kesian bini brother, mengandung dah 9 bulan, beranak lagi sabung nyawa lepas tu kau biar dia yang handle anak. Tak susah pon jaga baby malam malam, buat susu dan tukar lampin. Kalau susu badan masa dia nak susu tu baru hantar kat bini. Bagi bini ruang rehat secukup nya.
Anak kalau menangis biasa nya ada 3 sebab, lampin basah, lapar atau kembung perut. Kena ada ilmu buat susu dan tukar lampin serta cara nak bersihkan baby after tukar lampin. Ilmu perut baby kembung pon kena belajar. Sentiasa kena ada minyak yuyi cap limau .
5. ATUR JADUAL KERJA
Setiap suami mesti ada kerja hakiki (aku dulu ada advantage sebab keje sendiri tapi bukan alasan tak buat kerja). Kena susun atur jadual kerja kita sebab dah ada tangungjawab baru.
Kena pastikan sebelum keluar kerja, dah mandikan bini, mandikan baby, bagi susu dan sediakan makanan untuk bini. Make sure ada orang teman bini jangan biarkan bini sorang sorang.
Ini antara tips yang ada, nanti next posting saya akan share cara nak masak makanan pantang.
Kisah ni adalah pengalaman saya dari kisah kehidupan yang lalu sebagai seorang suami dan bapak kepada affan dzikri.
Sains dan teknologi perubatan kini membuka sinar baharu buat bayi yang menghidap Congenital Diaphragmatic Hernia (CDH) iaitu sejenis penyakit kongenital yang boleh mengancam nyawa sejak dalam kandungan. Dengan penemuan terkini dikenali sebagai rawatan berlian nano, saintis berjaya meningkatkan peluang hidup bayi CDH melalui pendekatan revolusioner yang dilakukan ketika masih di dalam rahim ibu.
CDH berlaku apabila otot diafragma, iaitu bahagian yang memisahkan dada dan perut, tidak terbentuk dengan sempurna. Keadaan ini menyebabkan organ seperti perut dan usus naik ke ruang dada lalu menghimpit paru-paru yang sedang membesar. Akibatnya, paru-paru gagal berkembang dengan baik dan bayi sukar bernafas apabila dilahirkan.
Menurut laporan perubatan antarabangsa, satu daripada setiap 3,000 bayi berisiko menghidap CDH. Tanpa rawatan, hanya sekitar 25 peratus bayi mampu bertahan. Selama ini, satu-satunya rawatan yang dapat membantu ialah prosedur Fetoscopic Endoluminal Tracheal Occlusion (FETO) di mana belon kecil dimasukkan ke dalam saluran pernafasan janin bagi merangsang pertumbuhan paru-paru. Kaedah ini berjaya meningkatkan kadar kelangsungan hidup kepada 50 peratus, namun masih belum sepenuhnya mencukupi.
Menurut sumber, kini, pasukan penyelidik dari Hospital Great Ormond Street (GOSH) dan University College London (UCL) di United Kingdom serta KU Leuven di Belgium memperkenalkan inovasi baharu menggunakan ‘nanodiamonds’ iaitu zarah karbon bersaiz nano yang jauh lebih kecil daripada sehelai rambut manusia.
Zarah ini berfungsi sebagai pembawa hormon Vascular Endothelial Growth Factor (VEGF), sejenis hormon penting untuk perkembangan paru-paru bayi. Bayi CDH lazimnya mempunyai tahap VEGF yang sangat rendah, menyebabkan paru-paru gagal membesar sepenuhnya. Dengan teknologi rawatan berlian nano ini, hormon tersebut boleh dihantar terus ke paru-paru janin secara tepat dan selamat.
Kajian yang dijalankan menggunakan mini-paru-paru manusia yang dicipta melalui teknologi cetakan 3D (3D printing) menunjukkan hasil menakjubkan. Apabila rawatan nanodiamond-VEGF digabungkan dengan prosedur belon janin, paru-paru bayi terbentuk dengan lebih sihat dan berfungsi dengan baik berbanding penggunaan satu kaedah sahaja.
Penemuan ini, yang diterbitkan dalam jurnal perubatan antarabangsa Blue Journal, dianggap sebagai langkah besar dalam dunia perubatan janin. Ia bukan sekadar meningkatkan kadar kelangsungan hidup, tetapi juga memberi peluang kepada bayi CDH untuk membesar dengan kualiti hidup yang lebih baik selepas dilahirkan.
Penemuan rawatan berlian nano ini membuka lembaran baru dalam bidang perubatan janin. Dengan kombinasi teknologi nano, sains kejuruteraan tisu dan rawatan FETO, peluang untuk menyelamatkan lebih ramai bayi CDH kini semakin cerah.
Kemajuan ini membuktikan bahawa kasih ibu, doa dan keajaiban sains boleh bergabung untuk memberi peluang kedua kepada bayi sekecil itu. Setiap nafas yang mereka ambil nanti adalah bukti bahawa harapan itu sentiasa ada walau sekecil zarah berlian nano.
Dah sakit nak bersalin ni, ada turun darah. Tapi pergi hospital, Dr kata boleh balik dulu. Biar betul?
Haa, sape pernah kena macam ni?
Sebenarnya bukan Dr tak nak admit lagi, tapi maybe anda masih dalam Latent Phase of Labour.
Fasa bersalin ni ada 2 iaitu Latent Phase of labour dan Active Phase of labour.
Turun darah, pecah air ketuban dan sakit perut tu tanda2 nak bersalin. Bila ada tanda tu, Dr akan pastikan anda berada pada fasa Latent atau Active.
Dr akan check laluan bersalin sama ada dah terbuka, cervix masih tebal atau dah nipis, membrane dah pecah atau air ketuban dah kelihatan. Jika pemeriksaan menunjukkan laluan masih belum terbuka (0-3cm), cervix masih tebal, kepala baby masih belum turun sepenuhnya, ini menunjukkan anda masih dalam latent phase of labour. Dalam keadaan ini, ibu mungkin diminta pulang dan berehat dahulu di rumah dan datang semula jika sakit semakin kuat, namun faktor-faktor lain akan dipertimbangkan juga seperti keadaan kesihatan ibu sewaktu mengandung, faktor risiko dan lain-lain.
Jadi dirumah apa nak buat? ibu perlu berehat, kumpul tenaga, makan secara ringan, kerap buang air kencing. Ibu juga digalakkan berjalan supaya baby lebih cepat turun dan cervix lebih mudah menipis.
Kena sentiasa kencing supaya pundi kencing sentiasa kosong, kerana pundi kencing yang penuh akan menghalang kepala baby dari turun ke laluan bersalin. Kena pastikan contraction frequency dan intensity, jika sakit makin kuat dan makin kerap, kena segera ke hospital semula.
Bila laluan dah terbuka semakin besar, lebih 3 cm, cervix semakin menipis dan kepala baby semakin turun, anda sudah memasuki active phase of labour. Pada fasa ini, ibu akan dimasukkan ke wad bersalin untuk pemerhatian yang lebih rapi. CTG akan dipasang, IV drip dipasang dan lain-lain persedian untuk melahirkan baby.
Dr/nurse akan sentiasa check laluan bersalin untuk memastikan good progress of labour. Kalau laluan masih tidak terbuka atau terlalu lambat, itu dipanggil Poor Progress dan anda mungkin akan terpaksa bersalin secara emergency czer kerana poor progress. Selain itu, keadaan baby juga akan dipantau untuk memastikan dalam keadaan sihat dan tidak lemas. Jika ada tanda-tanda baby nak lemas, emergency czer juga terpaksa dilakukan untuk menyelamatkan baby dari terus lemas.
Semoga bermanfaat penerangan secara ringkas berkenaan fasa sewaktu bersalin. Ramai juga yang bertanya kenapa dah pergi hospital tapi Dr suruh balik dulu.