Risaunya kalau anak kecil sudah rabun jauh. Rupanya dengan kerap dedahkan anak pada cahaya matahari di luar rumah ia boleh mengelak masalah rabun di usia kecil. Ini adalah tips yang dikongsi oleh Pakar Oftamologi yang pakar dalam perubatan dan masalah-masalah pembedahan mata.
Bagaimana mengelakkan rabun jauh di kalangan kanak-kanak?
Menurut Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah, Pakar Oftalmologi Medical Mythbusters Malaysia ada satu kajian yang telah dilakukan di Sydney, Australia menunjukkan kanak-kanak yang terdedah pada cahaya matahari selama dua jam sehari mendapat kurang risiko untuk mengalami (myophia) rabun jauh
“Zaman sekarang kanak-kanak pergi sekolah lebih awal iaitu seawal usia empat tahun atau lebih awal dari itu maka mereka lebih banyak menghabiskan masa berada di dalam rumah atau bangunan. Jadi bila mereka kurang terdedah pada cahaya matahari mereka tak dapat banyak khasiat yang ada pada cahaya matahari.”
Sekiranya seseorang terdedah pada cahaya matahari yang banyak ia akan dapat meningkatkan kandungan dopamine di dalam bola mata mereka.
Apa fungsi dopamine?
Fungsinya adalah untuk mengelakkan daripada bola mata memanjang dan seterusnya menjadikan myophia (rabun jauh).
Jadi bagi kita yang ada faktor risiko anak-anak untuk mendapat mypohia seperti:
- Ibu bapa yang ada masalah rabun jauh.
2. Ibu bapa dari sosio ekonomi tinggi.
3. Kanak-kanak yang banyak menghabiskan masa di dalam bangunan seperti bersekolah di usia awal.
Oleh itu Dr Azlindarita menasihatkan ibu bapa supaya kerap membawa anak-anak bermain di luar rumah seperti membawa mereka di tepi pantai, taman permainan, kolam renang dan sebagainya.
Cara ini boleh memudahkan anak-anak mendapat khasiat daripada cahaya matahari yang boleh mengelakkan daripada kurangnya dopamine dalam bola mata dan seterusnya menyebabkan terjadinya pemanjangan bola mata dan masalah myophia.
Jadi, jangan malas untuk bawa anak-anak bermain di luar rumah. Aktiviti tersebut bukan sahaja menyihatkan tubuh badan tetapi dapat membantu mengelakkan daripada masalah rabun jauh apatah lagi anak-anak sekarang banyak melihat alat gajet.
Sumber: Medical Mythbusters Malaysia
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI