Jangan nak cepat suruh bayi pandai berjalan, rupanya lagi lama bayi merangkak lagi bagus untuk perkembangan mereka. Asalkan bayi anda mempunyai tahap perkembangan yang normal dan sihat tubuh badannya, tak perlulah nak paksa bayi berjalan seawal usianya 9 bulan!
“Eh, anak you masih merangkak lagi? Anak I dah nak berjalan. Dia langsung tak merangkak pun,” dengan bangganya seorang ibu berkata kepada ibu yang anaknya asyik merangkak sahaja.
Ada ibu yang rasa berbangga bila bayinya tidak merangkak. Kononnya bila merangkak, bayi terdedah kepada risiko cedera dan tercekik kerana kemungkinan mengutip objek yang ditemui.
Hakikatnya merangkak adalah perkembangan yang baik kepada bayi. Ketahui kelebihan dan kebaikan kepada bayi.
1. Menguatkan leher, tangan, sendi dan otot.
2. Menguatkan otot besar dan kecil dan meningkatkan perkembangan motorik kasar dan halus.
Ads
3. Menunjang koordinasi mata dengan tangan, kekuatan, ketegangan otot, keseimbangan dan kemahiran jari.
4. Melatih kedua belah otak di mana pergerakan menyilang ketika merangkak dapat merangsang kedua belah otak atau kawasan yang berbeza pada otak. Ia sekaligus membantu mengkoordinasi penggunaan kedua belah mata, telinga, tangan dan kaki secara serentak.
5. Meningkatkan pengeluaran myelin di otak. Gerakan menyilang ketika merangkak membolehkan kedua belah otak berkongsi, menyimpan dan mengeluarkan semula maklumat penting dengan lebih cepat.
Ads
AKTIVITI MERANGKAK MENINGKATKAN PENGELUARAN MYELIN, BAHAN YANG MELAPISI SEL SARAF YANG MEMBANTU OTAK MENGHANTAR DAN MENERIMA MESEJ LEBIH CEPAT DAN JELAS. MERANGKAK AKAN MERANGSANG PULA BAHAGIAN OTAK ‘MENERIMA’ DAN ‘EKSPRESIF’.
6. Mengembangkan sambungan rangkaian saraf. Gerakan berulang-ulang saat merangkak merangsang, dan mengembangkan sambungan rangkaian saraf otak sehingga otak lebih berkesan dalam mengawal proses kognitif seperti pemahaman, kepekatan dan ingatan.
7. Membantu perkembangan dan pemahaman bahasa kerana bayi dirangsang menggunakan kedua telinga secara serentak dan mengembangkan pendengaran kedua telinga.
8. Merangsang kepekaan sentuhan, visual dan jarak jauh-dekat.
Jadi, biarkanlah si manja anda merangkak sepuasnya kerana ia sebenarnya salah satu cara pembelajaran yang terbaik untuknya selain dapat menguatkan segala otot-otot badannya sebelum dia mula belajar berjalan.
Ads
Seronok sebenarnya tengok anak dah pandai merangkak. Lucu dan menghiburkan aksi si comel masa mula-mula belajar merangkak dan bila dah semakin pantas dan laju merangkak.
Kalau anda nak tengok macam-macam aksi bayi merangkak, bolehlah saksikannya di Misfit 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semasa pertandingan Merangkak Challenge Pa&Ma pada 5 Ogos 2018
Dijangkakan seramai 50 orang bayi akan berentap merebut gelaran Jura Merangkak Challenge. Tentu meriah dan menghiburkan melihat gelagat bayi-bayi comel merangkak untuk mendapatkan papa dan mama masing-masing.
Bagi papa mama yang mempunyai bayi berusia 6 hingga 12 bulan, boleh rebut peluang memenangi hadiah barangan bernilai RM1000 untuk gelaran juara Merangkak Challenge dengan mendaftarkan nama anak. Mana tahu rezeki anak anda.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak Saharul Ridzwan & Deena Emir, Ali comel sangat! Cara didikan yang diberikan sejak awal membuatkan si kecil ini cergas dan cerdik.
Si kecil Muhammad Luth Ali ini sering menjadi tumpuan peminat babanya. Bayi yang berwajah saling tidak tumpah Saharul Ridzwan ini cerdik dan cergas. Apa agaknya asuhan Saharul dan Deena lakukan?
Lima aktviti ini sering kali menjadi kebiasaan kepada Saharul dan Deena buat kepada Ali. Aktiviti santai dan menyeronokkan ini ternyata membuahkan hasil bonding yang ketara antara mereka bertiga dan perkembangan yang baik buat Ali.
1-Berbual-bual dengan Ali
Deena dan Saharul kerap berbual-bual dengan Ali dalam pelbagai situasi. Semasa makan dan bermain, kedua-duanya cuba menggunakan masa semaksimum mungkin bersama Ali. Tahukah anda berbual-bual dengan bayi sangat disarankan kerana ia boleh meningkatkan aktiviti otak dan akan memudahkan penguasaan bahasa dan pertuturan mereka kelak.
Bayi memang sukakan sentuhan, lebih-lebih lagi sentuhan daripada ibu dan bapanya. Ia memperkuatkan pertalian emosi dan bonding yang baik. Bayi yang stabil emosi dan sering diberi sentuhan kurang meragam dan mudah menguasai potensi dirinya.
Deena sering kali mengajar Ali untuk menyebut beberapa perkataan dan ia berjaya merangsang Ali untuk menyebut beberapa perkataan pada usia yang muda. Baru-baru ini Ali sudah berjaya menyebut ‘Allah’ dan beberapa perkataan lain.
Saharul dan Deena juga menyediakan permainan yang sesuai dengan tahap perkembangan Ali. Rangsangan menggunakan permainan amat baik untuk perkembangan fizikal dan kognitif bayi. Membacakan buku kepada bayi juga salah satu aktiviti yang baik.
5-Membiarkan penerokaan tetapi dipantau
Ramai ibu bapa yang terlalu menyekat pergerakan bayi dengan alasan bimbang sekiranya ruang tersebut tidak sesuai untuk bayi. Pergerakan seperti merangkak penting untuk pertumbuhan fizikal. Paling mustahak ialah kawalan dan pemantauan.
Angkasawan negara ini memang gemar berkongsi tip keibubapaan. Kali ini Datuk Dr Sheikh Muszaphar kongsi pula tip bagaimana ibu bapa nak ajar bayi dari terlentang ke meniarap.
Menggunakan dua bayi kembarnya sebagai model untuk pelbagai perkongsian, nyata ramai netizen gemar bertanyakan soalan dan meminta Dr Sheikh Muszaphar berkongsi tip penjagaan bayi.
Mengajar bayi untuk meniarap
Ramai bertanyakan saya kenapa anak mereka masih belum merangkak atau meniarap pada usia tertentu dan ia agak merisaukan.
Hari ini saya akan menunjukkan anda bagaimana untuk mengajar bayi untuk berpusing daripada telentang ke meniarap bagi memudahkan proses merangkak dan menyegerakan perkembangan anak.
Walaupun bayi pada akhirnya akan memahaminya tetapi mungkin ambil masa agak lama, jadi kita kena ajar mereka.
Bayi cepat belajar. Tunjukkan mereka sekali dan keesokkan hari mereka boleh melakukannya.
PS- Aktiviti ini boleh dimulakan seawal usia 3 bulan tetapi lakukan secara perlahan…
Nampaknya perkongsian tip dari Dr Sheikh Muszaphar mendapat pujian dan ucapan terima kasih. Selain dari itu ramai juga yang meminta pelbagai tip lain mengenai penjagaan dan cara merangsang perkembangan bayi.
Sebenarnya tujuan latih bayi minum guna cawan bila dia dah mula makan makanan pejal, sangat penting. Mungkin kita anggap bayi masih kecil dah tak perlu lagi diajar minum guna cawan.
Kenapa nak susah-susah sampai air tertumpah sedangkan anak masih kecil lagi. Guna sahaja botol susu. Mungkin itu tanggapan kita sebelum ini. Namun sebenarnya ada banyak kelebihan dan kesannya kalau tak ajar anak skil menggunakan mulut ini.
Dari sudut perkembangan kemahiran mengikut pandangan Terapis Cara Kerja, Puan Liyana Raya melatih anak minum menggunakan cawan dari bayi lagi dapat mengelakkan berlaku masalah anak pelat bila bercakap termasuk dan picky eater!
Melatih anak minum menggunakan cawan.
Saya telah memohon kebenaran daripada ibu kepada Aariz, anak Autism ini untuk display video ini kepada umum dengan tujuan memberi pendedahan kpd ibu bapa di luar sana tentang betapa pentingnya untuk menggalakkan anak anda minum pakai cawan.
Terima kasih kpd ibunya Puan Syahida Idris kerana memberi kebenaran.
Lately ni saya lihat terlalu banyak kes “picky eater”. Anak susah makan,memilih makan… banyak! Ini adalah symptom awal Gustatory Sensory Processing Disorder. Tapi saya tak nak ulas pasal perkara ini. Saya nak spesifikkan skopnya iaitu nak fokuskan kpd bagaimana nak membantu anak minum pakai cawan.
Penting sebab dlm sesetengah kes anak yang “picky eater” ini, mereka kebanyakannya masih menyusu botol. Minum air pakai straw. Minum air pun memilih. Nak air sekian sekian tapi tak nak air masak. Bila bagi cawan,anak bukan buat action minum (slurping dan meneguk) sebaliknya anak gigit hujung cawan.
Mulut ni Tuan/Puan… Banyak pentingnya. Oral motor control,oral motor coordination semua penting untuk membantu percakapan anak dan supaya anak tidak pelat teruk sampai dah besar. Kami mengambil kira bahagian mulut ni sebagai satu perkara yg serius termasuklah sehingga meminum air dari cawan! Kerana ia sangat berkait rapat dengan mcm mana anak itu control pernafasan ketika meneguk!
Ada yg masih bagi anak hisap puting lagi walaupun anak sudah 5 tahun. Alahai… Ada yg beranggapan anak2 ni kena sentiasa minum pakai botol susu sahaja,nanti esok umurnya sudah 6 tahun barulah boleh pakai cawan. Aduhai…
Boleh lihat teknik yg saya gunakan seperti di dalam video.
Aariz anak Autism… so memang Aariz ada masalah Gustatory Sensory Processing Disorder ni. Jangan pertikaikan keadaan Aariz. Tapi yg saya nak ajar adalah utk ibu bapa yang ada anak tipikal tapi mempunyai masalah picky eater dan anything yg related dengan Gustatory SPD.
Rawatan tetap sama. Aariz yg Autism pun bagus dah boleh cooperate dengan saya. Dah cuba2 utk meneguk air dari dalam cawan walaupun tak lama. Anak anda bagaimana?
Kita mulakan dengan sudu utk mendapatkan target slurping itu. Gunakan sudu yg tak melengkuk ke dalam ya… kalau boleh jangan tegukkan sudu,biar anak slurp sendiri. Lepas tu bila anak dah pandai sikit,cuba bagi teguk air dari cawan.
Anak perlu ada kepelbagaian rasa,tekstur dan kepelbagaian utk minum dari bekas yang berbeza. Tolong ajar! Jangan expect anak pandai sendiri. Kalau rasa anak ada masalah related dengan semua ni dan masih tak bercakap lagi,bawalah utk check dengan therapist.
Sumber: Liyana Raya
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.