AUG 05 2013 PA&MA INTAN COVER

Jangan nak cepat suruh bayi pandai berjalan, rupanya lagi lama bayi merangkak lagi bagus untuk perkembangan mereka. Asalkan bayi anda mempunyai tahap perkembangan yang normal dan sihat tubuh badannya, tak perlulah nak paksa bayi berjalan seawal usianya 9 bulan!

“Eh, anak you masih merangkak lagi? Anak I dah nak berjalan. Dia langsung tak merangkak pun,” dengan bangganya seorang ibu berkata kepada ibu yang anaknya asyik merangkak sahaja.

Ada ibu yang rasa berbangga bila bayinya tidak merangkak. Kononnya bila merangkak, bayi terdedah kepada risiko cedera dan tercekik kerana kemungkinan mengutip objek yang ditemui.

Hakikatnya merangkak adalah perkembangan yang baik kepada bayi. Ketahui kelebihan dan kebaikan kepada bayi.

1. Menguatkan leher, tangan, sendi dan otot.

2. Menguatkan otot besar dan kecil dan meningkatkan perkembangan motorik kasar dan halus.

IKLAN

3. Menunjang koordinasi mata dengan tangan, kekuatan, ketegangan otot, keseimbangan dan kemahiran jari.

4. Melatih kedua belah otak di mana pergerakan menyilang ketika merangkak dapat merangsang kedua belah otak atau kawasan yang berbeza pada otak. Ia sekaligus membantu mengkoordinasi penggunaan kedua belah mata, telinga, tangan dan kaki secara serentak.

Rupanya Lagi Lama Bayi Merangkak Lagi Bagus Untuk Perkembangannya. Biarkan Anak Merangkak Sepuasnya

5. Meningkatkan pengeluaran myelin di otak. Gerakan menyilang ketika merangkak membolehkan kedua belah otak berkongsi, menyimpan dan mengeluarkan semula maklumat penting dengan lebih cepat.

IKLAN

AKTIVITI MERANGKAK MENINGKATKAN PENGELUARAN MYELIN, BAHAN YANG MELAPISI SEL SARAF YANG MEMBANTU OTAK MENGHANTAR DAN MENERIMA MESEJ LEBIH CEPAT DAN JELAS. MERANGKAK AKAN MERANGSANG PULA BAHAGIAN OTAK ‘MENERIMA’ DAN ‘EKSPRESIF’.

6. Mengembangkan sambungan rangkaian saraf. Gerakan berulang-ulang saat merangkak merangsang, dan mengembangkan sambungan rangkaian saraf otak sehingga otak lebih berkesan dalam mengawal proses kognitif seperti pemahaman, kepekatan dan ingatan.

7. Membantu perkembangan dan pemahaman bahasa kerana bayi dirangsang menggunakan kedua telinga secara serentak dan mengembangkan pendengaran kedua telinga.

8. Merangsang kepekaan sentuhan, visual dan jarak jauh-dekat.

Jadi, biarkanlah si manja anda merangkak sepuasnya kerana ia sebenarnya salah satu cara pembelajaran yang terbaik untuknya selain dapat menguatkan segala otot-otot badannya sebelum dia mula belajar berjalan.

IKLAN

Seronok sebenarnya tengok anak dah pandai merangkak. Lucu dan menghiburkan aksi si comel masa mula-mula belajar merangkak dan bila dah semakin pantas dan laju merangkak.

Kalau anda nak tengok macam-macam aksi bayi merangkak, bolehlah saksikannya di Misfit 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semasa pertandingan Merangkak Challenge Pa&Ma pada 5 Ogos 2018 

Dijangkakan seramai 50 orang bayi akan berentap merebut gelaran Jura Merangkak Challenge. Tentu meriah dan menghiburkan melihat gelagat bayi-bayi comel merangkak untuk mendapatkan papa dan mama masing-masing.

Bagi papa mama yang mempunyai bayi berusia 6 hingga 12 bulan, boleh rebut peluang memenangi hadiah barangan bernilai RM1000 untuk gelaran juara Merangkak Challenge dengan mendaftarkan nama anak. Mana tahu rezeki anak anda. 

Rupanya Lagi Lama Bayi Merangkak Lagi Bagus Untuk Perkembangannya. Biarkan Anak Merangkak Sepuasnya

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI