Siapa sangka mainan yang yang sedikit lebih memberikan impak berbanding mainan yang canggih dan banyak jumlahnya. Ikuti tip daripada Patologis Pertuturan ini berkaitan mainan anak.
Kanak-kanak sukakan permainan. Tidak hairan kalau ada yang buat aksi berguling dan mengamuk bila tidak dibelikan mainan. Tapi mama papa perlu tahu fungsi mainan ialah untuk menggalakkan perkembangan pertuturan, bahasa dan anak ke tahap optimu
Menurut Aishah Kassim, Patologis Pertuturan Bahasa, Aishah Kassim Academy, untuk memastikan permainan membantu perkembangan anak jadi bijak dan pintar, ibu bapa boleh mengikuti 5 tip ini.
#1 MAINAN TANPA BATERI LEBIH BAIK
Mainan yg berbateri memang best. Sebab kita tak payah berusaha sangat untuk mainan itu bergerak dan hasilkan bunyi.
Tapi mainan yang mmpunyai bateri akan menghadkan pembelajaran kanak-kanak kerana merekan hanya perlu melihat sahaja, tak perlu buat bunyi atau gerakkan.
Tanpa bateri, kanak-kanak boleh bljr untuk menggerakkan mainan tersebut seperti menolak, menekan, menarik, dan ini melatih kemahiran motor mereka..
Selain itu, mereka juga boleh buat bunyi seperti brooomm, meow, pop, mooo dan lain-lain bunyi. Ini boleh mnggalakkan mereka melatih kemahiran asas untuk bercakap iaitu membuat bunyi dulu, nanti baru sebut perkataan.
Jika sudah ada mainan yg ada bateri tak menjadi masalah. Cabut je bateri dan main secara manual.
#2 PILIH MAINAN YANG BIASA-BIASA JE
Mainan biasa-biasa ni maksudnya kita tak perlukan mainan yang berteknologi tinggi, mainan yang terkini atau yang mahal… tapi mainan yg klasik yg kita biasa main blh bnyk mmbantu kanak2..
Contohnya seperti mainan masak-masak, kereta, set haiwan, blocks, lego, malah barang rumah seperti kusyen, sudu, cawan pun boleh digunakan.
Ini kerana mainan seperti ini adalah jenis ‘open ended’ iaitu maksudnya tiada kesudahan. Ianya boleh dimainkan dengan pelbagai cara, bila-bila masa dan selama mana pun yang kita nak.
Contoh: Main kereta
Kereta tidak semestinya kita tolak je kan. Kita boleh buat naik bukit, turun bukit, letak orang atas kereta, boleh jalan laju/perlahan, boleh berhenti dan lain-lain.
Selain belajar banyak perkataan, kanak-kanak boleh menjadi kreatif dengan berfikir untuk bermain dengan cara yang pelbagai. Kalau anak tak tau, anda tunjukkan lah macam mana.
#3 GALAKKAN ANAK BERGERAK SEMASA BERMAIN
Galakkan anak untuk bergerak semasa bermain kerana ia boleh membantu minda mereka lebih aktif dan berfikir. Tapi pastikan pergerakan anak dengan ada hala tuju lah ya..
Tidak perlu keluar rumah, dalam rumah pun boleh. Anda boleh main panjat kusyen, lalu bawah meja yang dijadikan terowong, duduk bawah selimut, lompat atas mat(tikar mainan), dan macam-macam lagi.
Tidak perlu spesifik mainan pun untuk buat semua ini. Banyak yang boleh anda ajar seperti:
– Pergerakan dan koordinasi badan
– Boleh belajar berfikir dan selesaikan masalah
– Belajar bahasa seperti nama aksi, kedudukan atas, bawah dan lain-lain.
Jadi, anda boleh bergerak bersama sama anak.
#4 KUANTITI SEDIKIT LEBIH BAGUS
Memang kanak-kanak akan sangat gembira bila tengok banyak mainan. Tapi sedikit mainan itu lebih baik.
Maksudnya bukan tidak boleh sediakan banyak mainan kepada anak. Tapi keluarkan dan gunakan sedikit sahaja mainan pd satu-satu masa..
Jika mainan terlalu banyak, ia sebenarnya akan mengganggu fokus kanak-kanak terutamanya pada kanak-kanak yang mmpunyai masalah untuk fokus.
Mereka akan main mainan ini sekejap, lepas tu tukar mainan lain dan belum smpt habis dah tukar mainan lagi. Jika ini terjadi, macam mana kanak-kanak nak belajar untuk fokus dan kekalkan fokus mereka untuk satu jangka masa kan..
Jadi keluarkan mainan secara berperingkat adalah lebih baik. Bila habis main, simpan dan keluarkan set yg baru.
#5 MAKSIMUMKAN INTERAKSI DENGAN IBU BAPA
Dan yang paling penting sekali adalah bukan mainan itu sendir, tapi dengan siapa kanak-kanak itu bermain.
Seperti yang diterangkan di atas, anda boleh menggunakan macam-macam sebagai mainan. Pinggan, cawan, kertas, kotak, sudu, bantal, kerusi dan lain-lain pun bolhh dijadikan mainan. Ibu ayah hanya perlu kreatif dan jadi seperti kanak-kanak atau dalam erti kata lain tidak perlu ‘skema’ sangat bila bermain.
Bermain dan berinteraksi dengan anak adalah asas pembelajaran komunikasi yang paling berkesan…
Just play & have fun together
Sumber: Aishah Kassim