Pengalaman menikmati Bakwan dengan gigitan cili padi sememangnya tidak boleh dilupakan. Terasa menyengat tetapi cukup nikmat. Namun itu gaya menikmati Bakwan di negara seberang. Gabungan Bakwan dengan sos pencicah juga tak pernah kalah. Asalkan Bakwan rangup, tetap dinikmati sebaiknya.

Perkongsian resipi dari Puan Siti Khajar ini memang awesome. Rupanya ada cara bancuhan agar adunan sedap dan rangup. Menjelang bulan puasa, ada baiknya anda simpan kemas resipi ini untuk juadah berbuka nanti. Nak sediakan buat anak-anak dan suami untuk minum petang sepanjang PKP ini pun boleh. Jom cuba!

Rupanya Ni Cara Bancuh Adunan Bakwan, Patutlah Terlajak Rangup, Sedap!

Okay…akak belanja resepi bakwan versi akak sendiri.

Bakwan Rangup

Bahan A:
2 cawan tepung gandum
1 sudu tepung beras
4 sudu tepung bestari pedas(optional)
1/2 cawan udang geragau kering
1 biji telur(optional)
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit

Ads

Bahan Sayur:
1 1/2 cawan karot sagat
1 1/2 cawan tauge
1 1/2 cawan hirisan kobis
5 tangkai daun kucai
1 labu bawang besar hiris kasar
(Lagi banyak sayur, lagi sedap)

Rupanya Ni Cara Bancuh Adunan Bakwan, Patutlah Terlajak Rangup, Sedap!

Bancuh bahan A dengan air ais. Agak-agak jangan terlalu pekat atau jangan terlalu cair.

Masukkan bahan sayur dan gaulkan rata. Goreng menggunakan minyak banyak.

Ads

Rupanya Ni Cara Bancuh Adunan Bakwan, Patutlah Terlajak Rangup, Sedap!

Cara menggoreng boleh rujuk digambar. Mulakan dari tepi kuali (seperti dalam gambar) supaya bakwan leper.

Apabila dah garing, angkat dan hidangkan.

Rupanya Ni Cara Bancuh Adunan Bakwan, Patutlah Terlajak Rangup, Sedap!

Ads

Sos Pencicah

2 biji lada merah*
1 ulas bawang putih*
1/2 sudu gula pasir*

Tumbuk lumat bahan bertanda *. Kalau tak lumat boleh ditapis. Campurkan dengan 4 sudu cili sos dan 4 sudu air panas.

Rupanya Ni Cara Bancuh Adunan Bakwan, Patutlah Terlajak Rangup, Sedap!
Rangup.

Bagi yang tiada alahan, penggunaan cili sos boleh juga digantikan dengan cuka masakkan.

Selamat mencuba!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI