Nak fikir masak apa untuk sarapan pagi dan minum petang anak memang pening. Apa kata mama cuba resipi bakwan ini. Simple tapi sedap.
Buat yang pening fikir nak masak apa untuk sarapan makan pagi & makan petang, apakata korang cuba resepi bakwan perkongsian Khadijah Jaafar ni.
Bakwan sayur yang confirm rangup, memang sedap & berkhasiat. Boleh pikat selera anak, yang cerewet makan sayur pun suka bakwan.
Nampak macam sama cucur, tapi rasanya agak lain sebab ada beberapa tambahan bahan yang buatkan makan tak boleh berhenti. Goreng nipis nipis bakwan ni akan rangup. Nak sediakan pun mudah & bahan-bahan pun ringkas sahaja.
Jangan buang masa. Jom cuba. Sebelum cuba baca betul-betul dulu bahan & caranya ye. Segala tips yang diberi jangan derhaka, nanti tak jadi.
Bakwan Sayur Rangup
Bahan-Bahan
1 ½ cawan tepung gandum
½ cawan tepung beras
1 cawan isi jagung
1½ cawan lobak merah – disagat halus
1 ½ cawan kobis – dihiris halus
1 batang daun bawang – dihiris halus
6 ekor udang – dipotong kecil – optional(tak nak letak tak pe)
2 ulas bawang putih – ditumbuk hancur
Air sejuk secukupnya
*nak letak taugeh pun boleh
Bahan bumbu
½ sudu kecil serbuk ketumbar
½ sudu kecil serbuk lada hitam
½ sudu kecil serbuk pati ayam/ikan bilis
½ sudu kecil garam
½ sudu kecil gula
Ads
Masukkan bahan-bahan berikut ke dalam mangkuk besar. Tepung gandum, tepung beras, isi jagung, lobak merah, kobis, daun bawang, udang (yang ni tak nak letak pun tak pe, nak ganti dengan ikan bilis pun boleh) & bawang putih yang sudah ditumbuk hancur.
Langkah seterusnya, masukkan bahan bumbu iaitu, serbuk ketumbar, serbuk lada hitam, serbuk pati ayam/ikan bilis, gula garam.
Bila sudah masukkan semua bahan, tuangkan air sedikit demi sedikit, kacau adunan sehingga sebati, pastikan air tu sejuk ye.
Ads
Adunannya tidak terlalu kental atau terlalu cair. Ini supaya bila digoreng, bakwan akan jadi nipis & rangup. Rasa tu, ikut pada selera, boleh adjust garam & gula. Sesedap rasa.
*Jika cair boleh tambahkan sedikit lagi gandum.
Panaskan minyak, bila minyak dah panas. Ambil adunan secukupnya dan goreng ke dalam kuali yang panas . Pastikan kuali betul-betul panas, supaya adunan tidak melekat pada kuali.
Sekali sekala siram kan adunan dalam kuali tadi dengan minyak panas. Goreng sehingga garing, ikutlah pada tahap kegaringan yang korang suka.
Ads
Angkat & toskan minyak. Hidangkan dengan sos pencicah. Saya suka cicah dengan sos cili thai.
Aneka bebola antara yang menjadi kesukaan anak-anak sama ada yang digoreng atau dimasak dalam sup. Berbeza dengan resipi kali ini, ibu boleh mencubanya dengan menggunakan ubi kentang seperti membuat begedil dan dicampurkan dengan ayam kisar.
Yang lainnya resipi Chicken Cheesy Balls ini ia menggunakan cheese untuk menambahkan lagi kesedapannya. Jadi bila anak-anak makan, boleh la rasa nikmat cheese tu. Kalau makan panas-panas boleh nampak cheese tu tertarik.
1. Kupas kentang dan rebuskan sehingga empuk. Tos dan lenyekkan kentang sehingga hancur.
2. Campur kentang lenyek tersebut bersama ayam kisar.
3. Masukkan garam, lada hitam dan oregano.
4. Campurkan tepung ubi secukupnya (masukkan sedikit semi sedikit sehinggalah adunan boleh dibentuk)
5. Bentukkan adunan tadi menjadi bebola.
6. Masukkan cheese ke dalam bebola tadi.
7. Pukul putih telur sehingga sedikit kembang.
8. Celupkan bebola ke dalam telur. Kemudian celup pula ke dalam serbuk roti.
9. Goreng bebola sehingga kekuningan dengan api sederhana.
Siap untuk dihidangkan.. Sedap macam ni bukan takat anak-anak je suka, ibu ayah pun suka juga. Ok selamat mencuba.
**Pa&Ma Musim ke-8 kembali lagi di kaca tv menemani anda! Kali ini, kami membawakan edisi Pa&Ma Journey Bersama JovianNina bermula 26 Ogos ini jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104 & 124.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap kali melewati media sosial, kuih yang satu ini sentiasa muncul di layar. Rupa yang cantik dengan acuan berbentuk bunga tentu saja menambat hati semua.
Macam mana nak buat? Rupanya kuih kaswi pandan ini paling mudah disediakan. Mahu lebih lemak, tambahkan santan untuk rasa lebih sedap. Jom cuba perkongsian resipi Cik Sya.
Assalamualaikum semua. Hari ni saya nak kongsi resepi Kuih kaswi pandan gedik.
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan air pandan
1 cawan santan pekat
1 cawan tepung ubi
1 cawan gula
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil air kapur
Sedekit garam
Pewarna hijau
Satukan semua bahan. Kacau dan tapiskan.
Sapu minyak pada acuan. Letak adunan dan kukus 25 minit.
Kukus kelapa parut dan kemudian gaulkan bersama sedikit garam.
Note:- Kuih masak bergantung pada jenis acuan besar@kecik Kalau guna santan fresh (cair) tambah 1/2 cawan tepung gandum. Kalau guna santan kotak tak payah. Keluarkan dari acuan pakai lidi
Daun pandan lebih lagi sedap Letak daun pandan dalam periuk kukusan untuk menambahkan aroma
Bukan semua orang pandai membuat kek, begitu juga menyediakan kuih-muih tradisional dan sebagainya. Namun keinginan untuk merasa pelbagai jenis manisan ketika PKP ini membuatkan kita terpaksa mencuba. Ditambah pula dengan permintaan anak-anak dan suami setiap hari.
Tidak mahu membazir kerana bimbang tidak menjadi, ada baiknya mama mencuba manisan puding ringkas ini. Resipi perkongsian Puan Iffy Iruzza ini mama wajib cuba. Hanya gunakan lima bahan sahaja dan tidak memerlukan proses yang sukar. Paling senang hendak dicuba. Confirm jadi!
Resepi puding:
1 cawan tepung custard
5 cawan air
1/2 cawan gula
1/2 tin susu cair
Cocktail dan nata de coco
Masak tepung kastard, air, gula dan susu cair sampai likat dan berkilat.
Sejukkan sekejap dan masukkan dalam bekas kecil.
Letakkan cocktail, nata de coco dan kemudian tuangkan susu. Sejukkan dalam peti sejuk.
Siap.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.