Rupanya Ni Cara Nak Buat Bakwan Jadi Lagi Rangup, Padu Sungguh!

Share

Nak fikir masak apa untuk sarapan pagi dan minum petang anak memang pening. Apa kata mama cuba resipi bakwan ini. Simple tapi sedap.

Buat yang pening fikir nak masak apa untuk sarapan makan pagi & makan petang, apakata korang cuba resepi bakwan perkongsian Khadijah Jaafar ni.


Bakwan sayur yang confirm rangup, memang sedap & berkhasiat. Boleh pikat selera anak, yang cerewet makan sayur pun suka bakwan.

Nampak macam sama cucur, tapi rasanya agak lain sebab ada beberapa tambahan bahan yang buatkan makan tak boleh berhenti. Goreng nipis nipis bakwan ni akan rangup. Nak sediakan pun mudah & bahan-bahan pun ringkas sahaja.

Jangan buang masa. Jom cuba. Sebelum cuba baca betul-betul dulu bahan & caranya ye. Segala tips yang diberi jangan derhaka, nanti tak jadi.

Bakwan Sayur Rangup

Bahan-Bahan
1 ½ cawan tepung gandum
½ cawan tepung beras
1 cawan isi jagung
1½ cawan lobak merah – disagat halus
1 ½ cawan kobis – dihiris halus
1 batang daun bawang – dihiris halus
6 ekor udang – dipotong kecil – optional(tak nak letak tak pe)
2 ulas bawang putih – ditumbuk hancur
Air sejuk secukupnya
*nak letak taugeh pun boleh

Bahan bumbu
½ sudu kecil serbuk ketumbar
½ sudu kecil serbuk lada hitam
½ sudu kecil serbuk pati ayam/ikan bilis
½ sudu kecil garam
½ sudu kecil gula

Masukkan bahan-bahan berikut ke dalam mangkuk besar. Tepung gandum, tepung beras, isi jagung, lobak merah, kobis, daun bawang, udang (yang ni tak nak letak pun tak pe, nak ganti dengan ikan bilis pun boleh) & bawang putih yang sudah ditumbuk hancur.

Langkah seterusnya, masukkan bahan bumbu iaitu, serbuk ketumbar, serbuk lada hitam, serbuk pati ayam/ikan bilis, gula garam.

Bila sudah masukkan semua bahan, tuangkan air sedikit demi sedikit, kacau adunan sehingga sebati, pastikan air tu sejuk ye.

Adunannya tidak terlalu kental atau terlalu cair. Ini supaya bila digoreng, bakwan akan jadi nipis & rangup. Rasa tu, ikut pada selera, boleh adjust garam & gula. Sesedap rasa.

*Jika cair boleh tambahkan sedikit lagi gandum.

Panaskan minyak, bila minyak dah panas. Ambil adunan secukupnya dan goreng ke dalam kuali yang panas . Pastikan kuali betul-betul panas, supaya adunan tidak melekat pada kuali.

Sekali sekala siram kan adunan dalam kuali tadi dengan minyak panas. Goreng sehingga garing, ikutlah pada tahap kegaringan yang korang suka.

Angkat & toskan minyak. Hidangkan dengan sos pencicah. Saya suka cicah dengan sos cili thai.

Selamat mencuba!

Menarik: Nasi Penuh Tak Cukup Minta Lagi, Anak Berselera Makan, Ayda Jebat Risau Anak Overload!

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil.

Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM