Rupanya Sedu Bantu Bayi Kawal Pernafasan, Tak Perlu Letak Cebis Kertas Di Dahi!

Share

Kalau anak tiba-tiba tersedu, pasti kita akan minta mereka untuk minum air. Bagaimana sekiranya anak masih bayi? Kalau mengikut petua lama, kita akan letakkan cebisan kecil kertas atau tisu pada dahi bayi untuk menghentikan sedu itu.

Artikel Menarik: [Ruam Pada Bayi Boleh Terjadi Disebabkan Perkara Ini]

Sebenarnya ada sebab mengapa sedu terjadi pada bayi. Ketahuilah bahawa perkara ini normal dan tidak perlu menjadi sesuatu yang membimbangkan.

KAWAL PERNAFASAN

Sedu adalah sesuatu yang sering terjadi dalam kalangan bayi dan ia adalah normal. Keadaan ini biasanya akan berlaku dalam tempoh lapan minit setiap kali tersedu. Menurut penyelidik, sedu yang berlaku sebenarnya umpama satu latihan bagi bayi untuk mengawal pernafasan mereka.

Sebuah kajian oleh University College London yang melibatkan 217 orang bayi. 13 daripada mereka didapati mengalami sedu berterusan jadi dipasangkan elektrod pada kepala mereka. Ini bagi membolehkan bayi-bayi ini mengenal pasti gelombang otang penting yang tercetus setiap kali ia berlaku.

Artikel Menarik: [Anak Mula Makan, Tak Habis Banyak. Jangan Paksa, Kenalkan Perlahan-Lahan]

Menurut Dr Lorenzo Fabrizi yang merupakan peneraju penyelidikan ini, ia bermula dengan pengalaman apabila melihat isterinya risau ketika anak mereka tersedu yang telah mencetuskan idea untuk membuat kajian ini. Dr Fabrizi merasakan kebanyakan ibu bapa pasti risau apabila bayi mereka tersedu. Bagi orang dewasa, sedu mungkin mengganggu tetapi tidak bagi bayi.

Sedu berlaku kerana ia mempunyai tujuan tertentu. Ketika tersedu, ia membantu otak bayi untuk belajar mengawal otot pernafasan supaya proses bernafas boleh dilakukan secara sukarela dengan menggerakkan diafragma ke atas dan ke bawah.

Untuk pengetahuan anda, sebenarnya bayi sudah mula tersedu ketika di dalam rahim pada usia sembilan minggu kehamilan. Bayi yang lahir secara pramatang pula mungkin akan mengambil masa lebih kurang 15 minit sehari hanya untuk tersedu.

TAK SAMA CARA

Bagi orang dewasa, untuk mengawal pernafasan mungkin kita boleh menyelam di dalam air. Ini diakui sendiri oleh pengarang utama kajian yang telah diterbitkan dalam jurnal Clinical Neurophysiology, Kimberly Whitehead.

Tambahnya lagi, orang dewasa juga belajar untuk mengawal dan memperlahankan pernafasan untuk bertenang sekiranya berdepan dengan situasi mencemaskan atau ketika jantung berdegup kencang seperti selepas berlari atau berada dalam kegelisahan.

Artikel Menarik: [Vaksin Semulajadi Pertama Bayi Susu Ibu. Ada Rezeki, Susulah Anak Sehingga 2 Tahun]

Benar jika bayi tersedu mungkin akan menyebabkan ibu bapa sedikit risau. Ia bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangkan tetapi sekiranya bayi anda tersedu untuk masa yang lama, bawalah mereka untuk mendapatkan pemeriksaan daripada doktor yang bertauliah.

Sumber: Hello Doktor

Published by
Emy H