Sebagai Ibu bapa, kadang-kadang kita buntu kenapa anak suka mengamuk. Sakit ke dia? Lapar ke? Doktor Taufiq Razif terangkan kenapa anak suka mengamuk. Mungkin lima perkara ini ibu bapa perlu periksa kalau anak mengamuk.
Patutlah Solahuddin Ni Suka Mengamuk!
Serius saya dulu pun tertekan juga bila si Solahuddin ni dah mula mengamuk. Ragamnya mengalahkan perempuan tengah kena Pre-Menstrual Syndrome ( PMS )
Bermacam teknik menenangkan anak saya pakai. Semua tak jalan! Anak saya reject mentah-mentah je semua tu.
Rupanya ada satu benda ni saya lupa nak buat!
Saya lupa nak penuhi KEPERLUAN ASAS FISIOLOGI anak saya!
– Makan
-Minum
-Sentuhan sayang
-Kesihatan fizikal dan emosi
-Tidur
Ni semua antara keperluan fisiologi paling asas dan penting anak saya tu. Bila periksa punya periksa…
Tepuk dahi saya! Rupanya anak saya ni TAK CUKUP TIDUR JE RUPANYA. Bila keperluan fisiologi paling asas ni tak dipenuhi, buat la teknik apa pun, memang takkan jalan.
Kita sendiri pun kalau tak cukup tidur, emosi jadi lain macam kan? Asyik moody je. Rasa redup redup je jiwa seharian kan?
Cuba tengok jadual dan jam tidur anak kita ni. Cukup tak? Jangan jangan anak kita mengamuk dan meragam selama ni sebab tidurnya tak cukup.
Semua Mak Ayah Kena Tahu Berapa Jam Si Comel Kena Tidur Dalam Sehari
BACA: Penting Ibu Ayah Tahu! Ada Tak Protein Susu A2^ Dalam Susu Formula Anak Anda?
Ni jadualnya berdasarkan National Sleep Foundation:
# 0 – 3 bulan
Kena tidur dalam 14-17 jam. Tak digalakkan kurang daripada 11 jam atau lebih daripada 19 jam
# 4 – 11 bulan
Kena tidur dalam 12-15 jam. Tak digalakkan kurang daripada 10 jam atau lebih daripada 18 jam
# 1- 2 tahun
Kena tidur dalam 11-14 jam. Tak digalakkan kurang daripada 9 jam dan lebih daripada 16 jam
# 3 – 5 tahun
Kena tidur 10-13 jam. Tak digalakkan tidur kurang daripada 8 jam atau lebih daripada 14 jam
# 6 – 13 tahun
Kena tidur dalam 9 hingga 11 jam. Tak digalakkan tidur kurang daripada 7 jam atau lebih daripada 12 jam
Kekurangan jam tidur walaupun cuma 30 – 60 minit pun akan beri kesan pada perkembangan anak kita. Nak tidur anak kita lebih lena dan berkualiti? Jauhkan skrin smartphone dan gadjet sejauh jauhnya daripada pandangan si comel kita ye.
p/s : Tolong save info ni dalam handphone masing-masing ye. InsyaAllah akan sangat berguna untuk rujukan. Kongsi jugak info dan ilmu ni pada pasangan kita. Saya Taufiq Razif halalkan ilmu ni dikongsi pada pasangan masing-masing.
Sumber: Dr. Taufiq Razif
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)