Rasanya baru sahaja dapat tahu berita pemergian arwah Siti Sarah. Sedar tak sedar dah lebih 40 hari arwah dah kembali kepada penciptaNya. Kini amanah yang ditinggalkan diambil alih oleh Shuib sepenuhnya.
Apa yang membuatkan ramai kagum adalah Shuib begitu positif dan tak menunjukkan riak sedihnya depan anak-anak. Dapat dipuji juga dia tak kekok menguruskan anak bongsu, Ayash Affan. Kini tanggungjawab ibu dan daddy dipikulnya serentak.
Rutin baru yang membahagiakan
Menerusi perkongsiannya di instagram, Shuib memuat naik satu gambar menunjukkan Ayash sedang tidur dalam katil bayi dan dia menjelaskan inilah rutin barunya sekarang.
Bagaimanapun, perkongsiannya itu telah mendapat respon positif apabila ramai yang menyatakan tanggungjawab ini adalah sesuatu yang menyeronokkan dan tidak stres. Malah yang ada, cuma kebahagiaan.
Bukan itu saja, ramai yang mendoakan agar baby Ayash sentiasa sihat dan menyenangkan daddy untuk menjaganya sehingga besar. Insya-Allah.
Dalam satu perkongsian lain pula, Shuib berkongsi video yang dia tengah memberikan Ayash susu. Walaupun hampir 6 tahun tiada bayi dan tak perlu bangun malam, cara dia menguruskan bayi begitu santai sekali.
Dalam video itu, nampak rambut Ayash sangat lebat dan begitu aktif. Jika arwah ibu ada pasti dia antara insan yang sangat gembira sebab dah lama menanti kehadiran orang baru dalam rumah.
“Dia Macam Dia”
Paling buatkan ramai peminat arwah Siti Sarah rasa terkesan, foto anak sulung, Uwais Al Qarni yang kelihatan termenung memang seiras sangat dengan ibunya. Renungan mata dan raut wajahnya benar-benar sama. Sekurang-kurangnya Uwais boleh jadi pengubat rindu Shuib pada arwah isteri.
“Anak lelaki yang mirip ibunya adalah seorang anak yang soleh..insyaallah”
“Ya Allah sama.. anak sulung ni petanda cinta. Saling tak tumpah..”
Ads
“Uwais sebiji rupa arwah ibunya semoga membesar jadi anak yang soleh, membanggakan ayah, dan jadi abang yang melindungi adik-adik ye Uwais… Aamiin Ya Rabbal Alamin”
“Rasa seperti selalu ada. Namun suasana yang berbeza..”
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ketibaan Ainul Mardhiah ke Malaysia pagi tadi dengan selamat membuatkan seluruh rakyat Malaysia bersyukur. Penderitaan yang dilalui oleh Ainul sebelum ini telah mendapat perhatian pelbagai pihak hingga ketumbuhan seberat 200 gram dalam mulutnya berjaya dikeluarkan oleh doktor pakar di London.
Selepas dua bulan berada di London menerima rawatan, kepulangan Ainul telah membuatkan Dr Amalina Bakri berasa sedih setelah dia menganggap keluarga Ainul dah jadi sebahagian keluarganya.
Sebelum ini Dr Amalina dianggap wira oleh rakyat Malaysia kerana dialah hasrat kedua ibu bapa Ainul untuk merawat Ainul berjaya.
Dia yang bertanggungjawab menguruskan pembedahan itu bersama pasukan doktor pakar walaupun pembedahan itu dianggap berisiko tinggi.
Melalui laman Instagram, Dr Amalina memberikan ucapan dedikasi penuh emosi untuk adik Ainul dan keluarganya yang pulang ke Malaysia. Beliau berharap Ainul akan sihat dan membesar seperti kanak-kanak lain.
“I will miss you, Ainul. It has been an emotional journey , there were ups and downs but Ainul and her parents were really strong.” luah Dr Amalina.
Saya akan merindui awak, Ainul. Walaupun menghadapi kesukaran sebelum ini Ainul dan ibu bapanya sangat kuat dan tak berputus asa.
Tengok Ainul semakin hari semakin sihat buatkan saya sangat bersyukur. Tak sabar nak lihat Ainul membesar seperti kanak-kanak lain dan boleh berlari dan bermain di taman.
Terima kasih juga kepada anda semua (rakyat Malaysia) yang sudi menyumbang dan merealisasikan pembedahan berjaya.
Jangan lupa untuk datang ke London lagi dan kami di sini sentiasa merindui Ainul.
Susulan perkongsian Dr Amalina, rata-ratanya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Dr Amalina dan pasukannya.
Terima Kasih Dr Amalina!
Sumber: Dr Amalina Bakri
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Polis akan memohon perintah reman pagi ini terhadap pelajar lelaki 14 tahun yang disyaki mencekik adik kandungnya hingga mati di rumah mereka di Kampung Bukit Piatu, di sini, tengah hari semalam.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit ketika dihubungi berkata, suspek dijangka dibawa ke Kompleks Mahkamah Melaka di Ayer Keroh, jam 10 pagi ini.
Katanya, siasatan kes dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Kita masih menyiasat motif suspek melakukan perbuatan itu,” katanya.
Dalam kejadian semalam, seorang kanak-kanak lelaki mati selepas dipercayai dicekik abangnya.
Kejadian disedari ibu mereka yang terlihat perbuatan suspek melalui sistem kamera litar tertutup (CCTV) di telefon bimbitnya sebelum menghubungi jiran untuk membantu memeriksa keadaan anaknya.
Mangsa ditemui terbaring di ruang tamu dengan kesan kecederaan di bahagian muka, hidung dan leher.
Ketika kejadian, suspek hanya tinggal berdua bersama adiknya itu manakala ibu bapa mereka keluar bekerja.
Suspek adalah anak sulung daripada empat beradik dan pelajar sebuah sekolah Arab yang disahkan tidak memiliki sebarang rekod disiplin.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI
Ketumbuhan tumor pada Ainul Mardiah makin hari makin membesar. Bapanya cuba mendapatkan rawatan alternatif.
Bayi yang yang menderita kanser Germ Cell Tumor, Ainul Mardhiah, 8 bulan menjadi tular di media sejak awal bulan. Pelbagai rawatan diusahakan untuk si kecil ini dan terkini ibu bapanya cuba berusaha untuk mendapatkan daripada pakar di luar negara.
Bapa Ainul, Ahmad Saifuddin sentiasa memberikan perkembangan terkini anaknya. Dalam perkembangan terkini, bapa ini turut cuba mendapatkan rawatan alternatif untuk Ainul sementara menunggu respons pakar dari luar negara
“Sementara tunggu respon dari luar negara, kami perlu lakukan sesuatu. Tidak boleh duduk diam di rumah kerana tumor ini setiap hari makin membesar.”
Saifuddin juga tidak menolak rawatan yang boleh menyembuhkan anaknya itu. Kuasa penyembuhan di tangan Allah.
“Kuasa penyembuhan adalah milik Allah. Usaha selagi mampu, tiada siapa pun yang tahu apakah jenis, rupa, kaedah penawar yang Allah mahu berikan dan tunjukkan.
“Mana tahu tiba tiba Allah izinkan sembuh walaupun dengan cuma Air mineral yang ditiupkan Al Fatihah.
“Rahsia Allah, tiada siapa tahu. Kalau Allah tidak berkehendak, tiada satu tangan pun dapat mengubah. Ilmu manusia terbatas, ilmu Allah tiada tandingannya.”
Saifuddin juga tidak memohon doa daripada semua agar Allah membuka jalan mendapatkan penawar untuk anaknya itu.
“Sebab itu Ainul sangat sangat memerlukan doa yang ikhlas dari tuan/puan yang cakna supaya Allah bukakan jalan untuk kami mencari penawarnya.
“Dikesempatan ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan/puan yang prihatin terhadap anak yang hebat ini. Semoga Allah berikan ganjaran syurga buat tuan/puan semua. Amin!“
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.