Perkongsian video pempengaruh Duriankimchi, Maryam You Narae yang berada di dalam penerbangan bersama suami dan anaknya menarik perhatian ramai.
Mana tidaknya, menerusi perkongsian itu, Maryam merakamkan penghargaan buat suaminya yang mengutamakan keselesaan dirinya yang sarat hamil.
Maryam dilihat duduk di kerusi yang disebelahnya kosong kerana turut dibeli oleh suaminya bagi membolehkan dia selesa sepanjang penerbangan itu.
Bukan itu sahaja bahkan anak sulung pasangan ini, Rina juga turut dijaga oleh Ryzal sepanjang penerbangan itu.
“Senarai semak suami terbaik ✅
• Tempah tempat duduk tambahan untuk isterinya yang hamil 8 bulan
• Menjaga si kecil kami sepanjang penerbangan
• Beri saya hadiah rehat yang manis, tanpa gangguan 🎁
“Terima kasih, perjalanan yang paling selesa. Sayang awak ❤️ @ryzalibrhm,” tulis Maryam berkongsi penghargaan buat suaminya.
Maryam bukan sahaja dapat duduk dengan selesa bahkan dapat berehat hingga sampai ke destinasi mereka.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut setia Maryam turut memuji Ryzal sebagai suami yang cukup prihatin dan penyayang. Apatah lagi memberi peluang isterinya berehat dan duduk selesa.