
Menerusi perkongsian di Instagram, Ryzal memaklumkan bahawa putera mereka selamat dilahirkan pada hari Rabu, tepat jam 2.29 pagi di sebuah hospital swasta.
Pasangan popular yang dikenali sebagai Durian Kimchi, memberitahu bayi seberat 3.67 kilogram itu berkongsi tarikh lahir yang sama dengan ibunya, menjadikan momen kelahiran ini lebih bermakna buat keluarga kecil mereka.
“19th February 2025, 2:29AM, 3.67kg, lahirnya putera kami bersamaan hari kelahiran ibunya, Maryam pada 19th February 1992.
Syukur dengan anugerah dan rezeki Allah kurniakan, semoga amanah ini dapat kami jaga dengan seikhlas hati hingga nafas terakhir kami.”

Rina Diana Kini Bergelar Kakak!


“Dah sepasang”- Netizen
Meninjau di ruangan komen rata-rata mengucapkan tahniah kelahiran anak kedua pasangan ini.

“Congratulations.. bestnya dah sepasang”
“Alhamdulillah.. tahniah Maryam n ryzal.. Rina is kakak already”
“Welcome baby boy and happy birthday To Maryam”
Sekadar info, Ryzal dan isteri, Maryam berkahwin pada 15 Ogos 2019. Dikurniakan cahayamata pertama Rina Diana pada Oktober 2021. Terkini dikuniakan puteri kedua. Tahniah kepada pasangan Durian Kimchi ni. Buat Maryam selamat berpantang.
Sumber: IG ryzalibrhm
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
TERKINI : Jabatan Peguam Negara Arah Inkues Kematian Zara Qairina

Berita terkini yang pastinya menyentuh hati ramai ibu bapa. Jabatan Peguam Negara telah mengarahkan supaya diadakan inkues berhubung kematian adik Zara Qairina Mahathir. Keputusan ini dibuat selepas pihak Jabatan meneliti laporan siasatan yang dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini.
Inkues ini akan dijalankan selaras dengan subseksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593], bagi menentukan punca dan sebab kematian termasuk menyiasat sama ada wujud unsur jenayah atau sebaliknya dalam kes yang menyayat hati ini.

“Prosiding inkues ini bertujuan menentukan punca dan sebab kematian termasuk mengenal pasti sama ada terdapat unsur jenayah atau sebaliknya dalam kematian Zara Qairina,” jelas kenyataan rasmi Jabatan Peguam Negara.
Menurut kenyataan itu lagi, proses inkues akan dijalankan di Mahkamah Koroner secara bebas dan telus, mengikut peruntukan undang-undang yang ada.

Kisah yang Menyentuh Hati Ramai
Bagi ibu bapa, kehilangan anak adalah satu pengalaman yang tidak mampu digambarkan dengan kata-kata. Kes adik Zara Qairina telah menarik perhatian masyarakat sejak awal kerana melibatkan persoalan tentang keadilan, keselamatan anak, dan hak keluarga untuk mendapatkan jawapan yang sebenar.

Langkah mengadakan inkues ini diharap dapat memberi kelegaan kepada keluarga, rakan-rakan, serta seluruh rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan kes ini. Lebih penting, ia menjadi satu usaha untuk memastikan kebenaran dapat ditegakkan, demi menghormati memori dan hak seorang anak kecil yang telah pergi.
Keadilan Untuk Anak-Anak
Sebagai ibu bapa, kita mahu melihat setiap anak membesar dalam suasana yang selamat, dilindungi, dan dihargai. Kes seperti ini mengingatkan kita tentang pentingnya memberi perhatian kepada isu keselamatan kanak-kanak, dan memastikan suara mereka yang tiada lagi di dunia tetap dibela.
Semoga inkues ini menjadi langkah penting untuk mencari jawapan, dan semoga roh adik Zara Qairina tenang di sisi-Nya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nak Simpan Duit Raya Anak? Jangan Dalam Bank, Pilih Cara Ini Lebih Untung!

Setiap kali musim perayaan, kanak-kanak pasti teruja menerima duit raya. Bagi ibu bapa pula, timbul persoalan di mana tempat terbaik untuk menyimpan duit raya anak-anak? Ramai yang memilih untuk memasukkannya ke dalam akaun bank kerana dianggap sebagai langkah selamat.
Namun, tahukah anda bahawa simpanan dalam bank mungkin bukan pilihan yang paling menguntungkan? Ini kerana wang yang disimpan tidak berkembang dengan sendiri, melainkan kita menambahnya secara manual. Berbanding itu, terdapat pilihan simpanan lain yang mampu memberikan dividen dan keuntungan lebih tinggi dalam jangka masa panjang.
Jadi, bagaimana cara terbaik untuk memastikan duit raya anak-anak berkembang dan tidak sekadar “tidur” dalam akaun bank? Ikuti perkongsian Akhtar Syamir Nor Azman mengenai pilihan simpanan yang lebih bijak dan menguntungkan!
Jangan simpan duit raya anak dalam bank, rugi sangat.

Kita ni selalu rasa simpanan yang kita tengah buat tu bagus dan bertambah. Bila tengok amaun simpanan tu meningkat, kita rasa bangga dan berjaya menyimpan duit.
Tapi sebenarnya itu hanyalah satu simpanan yang merugikan. Rugi bukan dari segi duit berkurang, tetapi rugi dari segi duit tak bertambah dengan sendirinya. Ianya hanya bertambah bila kita tambah duit.
Kalau boleh saya gunakan ayat English ni, ianya hanyalah satu “false sense of successful saving”.
Kenapa? Kerana kita rasa duit bertambah tetapi ianya hanya bertambah bila kita tambah duit tu sendiri, bukan duit tu bekerja untuk kita.
Ada ke duit yang tambah sendiri? Ada, melalui dividen dan keuntungan. Ada beza ke? Mestilah ada. Kalau simpan dalam bank, duit tu tak berkembang. Kalau di tempat lain, dapat 3% setahun, 5% setahun, 8% setahun.
Sebagai contoh, anak Neelofa dapat duit raya RM14,000. Kalau 8% dah untung RM1,120 setiap tahun. Kalau 5%, untung RM700, kalau 3% dah untung RM420 setahun. Kalau simpan dalam bank, nak dapat RM140 pun belum tentu.
Nampak tak kat sini? Kita asyik ingat simpan kat bank tu bagus. Bagus kalau kita berniat nak guna bila-bila. Tapi duit raya anak bukan boleh digunakan sewenang-wenangnya. Jadi, kalau tiada keperluan, baik simpan elok-elok.
Kat mana nak simpan?
Contoh paling mudah ialah di Tabung Haji. Dividennya dalam 3% dan simpanan tu punya Zakat, Tabung Haji akan bayarkan.
Boleh juga simpan di ASB dengan dividen lebih kurang 5%. Simpanan pun selamat dan stabil.
Nak simpan di SSPN-i pun boleh. Ada juga pulangan dan boleh fokus pada pendidikan anak.

Yang paling penting, semua simpanan ini jangka masa panjang. Kita sebagai ibu-bapa jangan gelojoh nak untung cepat. Kalau boleh, nak simpan hari ini, esok dah kaya raya. Takde yang macam tu, kalau ada, confirm kena scam.
Berapa lama nak simpan? Simpanlah sehingga anak-anak dah besar dan bersedia untuk masuk universiti. Dalam 15 ke 20 tahun macam tu. Kalau simpanannya lama, 5% yang nampak kecil pada tahun pertama akan menjadi besar pada tahun ke 20.
Ada satu lagi tempat simpanan yang bagus iaitu menyimpan dalam pelan simpanan dan pelaburan AIA Public Takaful. Konsep simpanan ni lebih menarik kerana ianya simpanan jangka masa panjang dengan tempoh bayaran jangka masa pendek.
Simpan 20 tahun tapi tempoh bayaran 5 tahun sahaja (minimum RM1,000 sebulan) atau simpan 20 tahun, tapi tempoh bayaran hanya 10 tahun (minimum RM500 sebulan).
Simpanan yang berpotensi tinggi, selamat dan jadi hibah jika berlaku kematian kepada penyimpan. Jadi, takdelah simpanan tu dibekukan nanti dan tak perlu difaraidkan.
Seawal usia anak 14 hari dah boleh join. Nak buat untuk pendidikan anak boleh, nak buat untuk pembahagian harta pusaka yang mutlak atau untuk persaraan diri sendiri pun boleh juga.
Kalau nak menyimpan dengan lebih baik, saya boleh uruskan. Bulan depan takde dah pelan simpanan gerenti lulus ni.
Mula merancang simpanan, jika kita gagal merancang, kita sebenarnya sedang merancang hutang pertama anak iaitu hutang pendidikan.
Sumber: Akhtar Syamir Nor Azman
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak-Anak Demam, Diana Suruh Berendam Dalam Air Suam Bercampur Skrub Garam. Cepat Saja Suhu Badan Dah Turun

Baru-baru ini anak pelakon jelita, Diana Dianelle dijangkiti demam. Sebagai seorang ibu, Diana sebolehnya mahu mengelak pengambilan ubat ketika anak-anaknya kurang sihat. Berkongsi tentang caranya menurunkan suhu Ahmad dan Aurora, semoga cara Diana ini dapat memberi inspirasi kepada ibu-ibu lain juga.
Diana memberitahu suhu kedua-dua anaknya mencecah 39 darjah selsius tetapi tiada batuk atau selesema. Katanya lagi, Aurora lebih tenang walaupun tidak sihat. Manakala Ahmad lebih manja dan ada mengadu sakit kepala sejak hari pertama demam. Suhu badan yang tinggi menyebabkan Ahmad sakit kepala. Tidak terus memberi ubat kepada anaknya, Diana memberitahu yang dia menggunakan skrub berasaskan garam yang dibuatnya sendiri dan ditaburkan ke dalam tab mandi.
View this post on InstagramA post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb) on
Kemudian Diana mengarahkan kedua-dua anaknya untuk berendam di dalam air suam yang dicampurkan dengan skrub tadi seama 10-15 minit untuk kurangkan panas badan. Dia kemudiannya mengambil semula suhu anak-anaknya untuk pastikan cara itu berkesan.
Biasanya dengan cara berendam dalam air suam bercampur skrub garam tadi dapat menurunkan suhu Ahmad dan Aurora sekitar 37-38 darjah selsius.
Ubat tetap tidak diberi kerana Diana menambah vitamin ke dalam tubuh anaknya dengan sayuran. Katanya lagi, dia tidak memberi anaknya makan terlalu banyak kerana tubuh sedang melawan virus demam. Dia hanya memebri anaknya makanan mudah hadam. Setiap hari pada waktu siang dan malam, Diana akan lulurkan minyak kelapa yang dicampur dengan peppermint, frankincense dan habbatus sauda pada telapak kaki, belakang badan dan dada anak-anaknya.
Menurutnya lagi, ini caranya merawat demam biasa tanpa perlu bergantung pada ubat. Pun begitu, Diana sempat menasihatkan agar bawa anak berjumpa doktor jika demam tidak kebah selebah tiga atau empat hari.
Elok juga jika tidak terlalu bergantung kepada ubat. Pada penulis, jika demamnya tidak terlalu serius, boleh Mama cuba cara Diana ini. Lebih selamat kerana semuanya menggunakan bahan semula jadi. Selagi ia tidak memudaratkan, tak salah mencuba kan?
SUMBER: IG DIANA DANIELLE
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


