Bukan senang nak besarkan anak tapi jika kena cara didikan memang mudah. Setiap ibu ayah mempunyai cara tersendiri untuk mendidik anak-anak mereka. Ada yang sukakan pendekatan lemah-lembut dan ada juga yang sukakan cara tegas. Sebenarnya, biar apa pun kaedah ibu ayah ketika mendidik dan membentuk akhlak anak-anak, asalkan tidak mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan mental dan fizikal mereka, tiada masalah.
Apa jua cara yang digunakan, harapan setiap ibu ayah tetap sama iaitu agar anak membesar menjadi orang yang berguna. Dikongsikan 6 pesanan ringkas dari Imam Muda Khairul Azhar Ghazali untuk ibu bapa.
1. Ubah Pandangan Anak Ketika Dia Menangis
Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit agar dia melihatnya, dia akan terdiam. Kerana psikologi manusia saat menangis, adalah menunduk.
2. Beri Anak Masa Untuk Berhenti Bermain
Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, jangan berkata: “Dah, sudah main, stop sekarang!”. Tapi katakan kepada mereka: “Main 5 minit lagi yaaa”. Kemudian ingatkan kembali: “Dua minit lagi yaaa”. Kemudian barulah katakan: “Dah, waktu main sudah habis”. Mereka akan berhenti bermain.
Ads
3. Alih Perhatian Anak Ketika Dia Bertelingkah
Jika anak-anak sedang bertelingkah atau menyebabkan keadaan riuh di sesuatu tempat, dan ingin mengalih perhatian mereka, maka katakanlah: “Siapa yang mahu mendengar cerita ibu? Angkat tangan..”. Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusuli dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.
4. Tanamkan Akhirat Dalam Minda Anak Sebelum Anak Tidur
Katakan kepada anak-anak sewaktu mahu tidur: “Tidur sayang..besok pagi kan kita solat Subuh”. Maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata: “Jom tidur, besok kan sekolah”. Akhirnya mereka tidak solat Subuh kerana perhatiannya adalah dunia.
5. Dampingi Anak, Kenakalan Anak Itu Akan Menjadi Kenangan
Nikmati masa kecil anak-anakmu, kerana waktu akan berlalu sangat cepat. Kenakalan dan keanak-anakan mereka tidak akan lama, ia akan menjadi kenangan. Bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama mereka, berguraulah bersama mereka.
Ads
6. Utamakan Yang Lebih Utama
Tinggalkan handphone seketika, dan matikan juga TV. Jika ada teman yang menelefon urusan tak penting, katakan: “Maaf, saya sedang sibuk dengan anak-anak”. Semua ini tidak menyebabkan jatuhnya wibawamu, atau hilangnya keperibadianmu. Orang yang bijaksana tahu bagaimana cara menyeimbangkan segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak.
Pening fikir kos sara hidup buatkan ibu bapa boleh jadi stres. Tapi sebenarnya ada anak ramai memang meriahkan rumah tangga, walau banyak perangai tetapi telatah mereka menghiburkan hati. Tapi mesti ingat perbelanjaan juga ‘meriah’, sesuai dengan jumlah anak yang berderet. Khas untuk ibu-ibu yang mempunyai ramai anak, kami kongsikan tip jimat. Cukup praktikal dan mengelakkan pembaziran.
Baju warna unisex
Bagi yang memang merancang untuk mempunyai anak ramai, beli baju harian berwarna universal yang boleh dipakai oleh lelaki dan perempuan. Misalnya warna putih, biru dan kuning. Biasanya anak-anak hanya pakai baju sekejap sahaja terutama di peringkat bayi kerana mereka cepat membesar. Simpan pakaian ini dengan elok agar bentuk dan warnanya kekal cantik. Pakaian ini boleh diwariskan kepada anak-anak yang bakal dilahirkan kelak.
Beli barang secara pukal
Beli barang dapur secara pukal kerana harganya lebih murah. Selain itu, kita juga dapat menjimatkan masa, wang dan tenaga. Pilih pasar raya yang menawarkan jualan barang secara borong.
Mahal sikit tapi berbaloi
Anak yang ramai menuntut ibu bapa berfikiran kreatif dan bijak merancang. Beli barang yang berkualiti tinggi kerana ianya tahan lama. Walaupun harganya mahal sedikit tetapi berbaloi apabila barang ini dapat digunakan secara terus menerus dari anak sulung hingga anak bongsu. Contohnya tab mandi, katil, kereta sorong dan meja kanak-kanak.
Masak pilihan terbaik
Anak-anak yang membesar memang kerap makan. Justeru sebaiknya ibu memasak menu yang digemari anak-anak. Cara ini lebih jimat, air tangan ibu juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Tidak perlu memasak makanan yang sukar, resipi ringkas sudah memadai. Yang penting menu yang disediakan berkhasiat.
Bungkus makan di rumah
Ada kalanya memang ibu tidak sempat memasak terutama wanita bekerjaya. Mereka tiada pilihan selain membeli makanan di restoran. Nasihat kami, bungkus makanan dan nikmatinya bersama anak-anak dan suami di rumah. Jika beli lauk pauk, masak nasi di rumah. Ia sangat menjimatkan berbanding kita makan di restoran. Kita boleh sediakan air sendiri di rumah. Suasana di rumah juga lebih selesa kerana mudah untuk mengawal anak-anak.
Menyusu badan sepenuhnya
Apabila mengetahui diri hamil, ibu perlu set minda untuk menyusu badan sepenuhnya anak sehingga usia mereka dua tahun. Ketika hamil makan makanan yang berkhasiat, insya-Allah susu akan banyak. Buat stok susu ketika di dalam pantang, semakin kerap ibu pam susu semakin banyak susu yang dihasilkan. Susu ibu mempunyai semua nutrien yang diperlukan anak, ia juga menguatkan imunisasi badan mereka. Bayangkan berapa banyak wang yang anda jimat berbanding memberi anak minum susu formula. Paling seronok, ibu yang menyusu badan sepenuhnya, rahim akan cepat kecut dan badan kembali langsing.
Ajar anak tidak pakai pampers
Kos pampers atau lampin pakai buang memang tinggi. Justeru, didik anak agar berdikari ke tandas untuk membuang air kecil dan air besar. Ajar mereka agar tidak memakai pampers. Lebih awal anda ajar, lebih jimat wang anda.
Sumber: ragamanak.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Situasi usik-mengusik serta menyakat sebenarnya adalah situasi yang biasa berlaku dalam kalangan keluarga, lebih-lebih lagi bila lama tak jumpa. Ada saja yang tua nak sakat si anak muda kan?
Tapi ada juga situasi sakat-menyakat yang membuatkan seseorang itu tidak selesa malah terkesan dari segi emosi terutama kanak-kanak. Memang comel dapat menyakat anak kecil, tapi kalau gurauan yang keterlaluan boleh memberikan kesan marah dan benci dalam diri seseorang.
Sebahagian orang, buat orang lain terhibur dan ceria dengan usikannya. Nada suara, mimik muka dan bahasa tubuhnya buat orang sekeliling yang menonton atau terkena usikannya rasa senang hati dan mesra.
Sebahagian yang lain pula, melawak tak kena cara dan gaya. Jadi menyakitkan hati dan menjengkelkan pula. Sampai budak-budak kecil yang suci murni dan naif pun jadi mangsa.
Ibubapa nak tengok saja kah? Rasa serba-salah nak menegur tukang lawak yang mungkin lebih tua atau ahli keluarga sendiri? Tapi, kalau dibiar, anak sendiri pula asyik jadi bahan…macam mana ni?
Macam mana nak buat jika anak anda berada dalam situasi ‘toksik’ ini? Jom ikuti perkongsian daripada Puan Uswatun, Konsultan Tangisan & Tidur Bayi.
Makanya, nak mengusik dan melawak biar ada batasnya walaupun dengan anak kecil okay!
Kredit: ✍️ USWATUN HASANAH MOHD HABIB
KONSULTAN TANGISAN DAN TIDUR BAYI
DBL INSTITUTE
THB EDU ASSC
THE WONDER WEEKS ACADEMY
SLEEPSMART EDUCATION
BIG LITTLE FEELINGS
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila anak dipakaikan baju sedondon dengan adik beradik lain, orang sekeliling akan nampak macam comel je. Malah ada sesetengah ibu berpendapat cara ini lebih mudah nak nampak anak dari jauh.
Bukan setakat itu sahaja, sebenarnya cara ni boleh kuatkan bonding adik beradik juga. Patutlah, ramai suka tengok anak-anak pakai sedondon. Nak kuatkan bonding rupanya.
Melalui apa yang dikongsikan oleh Mohd Fhais yang suka menulis ilmu keibubapaan dia menjelaskan keadaan ini berdasarkan pengalaman dan pemerhatiannya pada anak sendiri.
Dulu tak nampak, tapi jadi kat anak sendiri baru nampak.
Aisy Rizqi yang baru 2 tahun, tak tahu apa-apa pun lagi tapi jelas nampak kuat bonding dengan kakaknya. Setiap kali nak beli barang mesti Aisy akan ambil 2 terus. Satu untuk dia, satu untuk kakak.
Nak makan siap tarik kerusi letak sebelah kerusi dia. Tatak tatak, dia panggil kakaknya duduk.
Annur Rania pun sama. Bila nak pergi mana-mana mesti tanya Aisy ikut tak. Balik sekolah je mesti tanya, Aisy mana. Nampak sangat tak boleh berjauhan. Rindu la tu!
Sebagai parent sejuk mata tengok bila anak-anak akrab. Sungguh. Sedap je mata pandang.
Jadi tuan-tuan sekalian, kalau isteri cerewet sangat tang pilih baju anak-anak tu jangan mengeluh pula. Isteri tu nak anak-anak nampak comel dan erat je. Bukan mengada-ngada.
Cuba tag pasangan atau kawan yang suka shopping baju anak tu supaya diaorang pun dapat kuatkan bonding anak-anak ni.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.