Anak-anak memberikan cabaran yang berbeza pada setiap peringkat usia mereka. Ketika bayi, kita diuji dengan kepenatan fizikal menguruskan anak yang bergantung sepenuhnya kepada kita. Tidur sering terganggu dan tidak cukup. Kitaran menyusukan anak, membersihkan anak dan menenteramkan anak sangat meletihkan. Memastikan bayi dijaga oleh pengasuh yang baik juga adalah cabaran yang besar ketika usia ini.
Semasa usia ‘toddler’, kita perlu berhadapan pula dengan anak yang sering meragam kerana inginkan otonomi. Anak mula mempunyai pendirian untuk melakukan sesuatu mengikut caranya sendiri walaupun kurang pengalaman. Membantah atau tidak menurut apa yang anak inginkan sering menimbulkan konflik dalam bentuk ‘tantrum’.
Ketika usia persekolahan kita perlu pula berhadapan dengan cabaran akademik yang terpaksa dilalui oleh anak. Adakalanya risau kita melebihi kerisauan anak. Pada usia ini juga anak melalui cabaran sosial kerana mula berkawan. Anak mungkin mula meniru tingkah laku yang tidak elok dan membawa pulang ke rumah.
Ads
Kita pula perlu menyokong dan membimbing anak dan pada masa yang sama menetapkan batasan dan peraturan supaya anak berpegang kepada nilai keluarga kita. Peraturan ini adakalanya tidak menggembirakan anak tetapi bukanlah tugas kita untuk memastikan anak gembira sentiasa tanpa peraturan.
Dengan anak remaja, cabaran akademik dan sosial semakin memuncak. Pada peringkat usia inilah kita perlu berhadapan dengan pelbagai kerenah anak yang banyak bermain dengan emosi. Pada usia ini jugalah rakan-rakan adalah segalanya bagi mereka.
Ads
Mereka ingin bebas dari label kanak-kanak dan mahu berdikari. Pada masa yang sama mereka juga masih perlukan bimbingan. Mengimbangi antara memberikan mereka kebebasan dan menggalakkan mereka bertanggungjawab ke atas diri sendiri seumpama menarik rambut dalam tepung.
Fasa dewasa juga memberikan cabaran yang tersendiri kepada ibubapa. Hanya mereka yang sedang melaluinya yang dapat memahami. Selagi anak itu bernama manusia, selagi itulah ibu bapa akan berhadapan dengan rencam tingkah lakunya.
Ads
Proses keibubapaan ada pasang dan ada surutnya. Semuanya berlaku dengan begitu pantas. Fasa baru usia anak adalah pelajaran baru juga bagi kita. Rasa risau itu normal, rasa sedih itu normal, rasa kecewa itu normal, rasa bersalah itu normal, rasa marah itu normal.
Hargailah seribu satu kegembiraan dan kebahagiaan yang kita lalui sebagai ibu bapa. Carilah dan hargailah kebaikan anak-anak yang sudah pastinya ada, kerana itulah yang akan memberikan semangat buat kita di waktu kita rasa ‘gagal’ sebagai ibubapa. Do’a.
Kredit: Noor Afidah Abu Bakar Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mendidik anak jika kena caranya tak susah. Lagi awal dibiasakan, bagus untuk perkembangan dan sahsiah dirinya. Tak perlu guna kekerasan cukup jika kita jadikan ia satu disiplin.
Lagipun anak-anak ni mereka mudah ingat. Sebab itu bab mendidik anak elok dimulakan seawal mungkin.
Perkongsian dari Hana Shahadan mengenai mendidik anak mengikut amalan sunnah ini boleh dijadikan guideline ibu bapa.
Didik anak mengikut amalan sunnah yang diterapkan Islam. Ini dari perkongsian Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah. Mama semua boleh praktikkan pada anak-anak. Jika yang tak pernah buat sebelum ni, waktu sekarang sangat sesuai sebab kita ada dengan anak 24 jam.
Jadi tak ada alasan tak sempat kerana sambil buat kerja boleh la sesekali kita ajar dan tengokkan anak.
Berikut amalan sunnah yang boleh diajar pada anak dengan mudah dan amalkan setiap hari. Bila dah terbiasa, insya-Allah dengan sendirinya anak akan ingat.
1) Pakai baju seluar mulakan dengan tangan kanan/kaki kanan. Hendaklah dibuat ketika duduk.
2) Masuk bilik air kaki kiri dahulu, keluar kaki kanan. Ajarkan anak berdehem selepas buang air kecil.
3) Makan kena duduk, jangan berlari melompat memanjat. Gunakan tangan kanan dan mulakan berdoa.
Permulaan kita menjadi ibu bapa melalui anak pertama. Anak pertama yang hadir dalam hidup kita mengubah sikap kita menjadi lebih penyayang, lebih rasa tanggungjawab. Anak sulung juga banyak mengajar kita erti kesabaran dan juga erti hidup. Malah anak sulung jugalah anak yang banyak hidup susah bersama-sama.
Apa yang dikongsi oleh Ozlynn Wati, pelakon melalui instagramnya adalah situasi yang biasa kita hadapi sebagai ibu bapa. Perkongsian yang baik boleh kita ambil untuk panduan bersama.
Bila minta tolong abang jaga adik.. teknik yang sama macam papa dia.. hebat dan cekap.. sama-sama membuta.. tapi suweeetttt bila tengok adik tido pegang muka abg tu.. sayang betul dia kat abang Ariq dia.Abang dia pun sayang kat adik.
Kadangkan bila fikir balik anak sulung ni banyak betul berkorban. dan dengan anak sulung la kita belajar macam-macam perkara. Ujian demi ujian papa dan mama harung.. bukan kami kata anak kami tak nakal yek.
Nakal, ada masa mama ni jadi tarzan jugak kat umah.. ada masa depa adik bradik bercakar jugak.. berebut jugak.. normal.. tu adalah normal dan tu jugak adalah salah satu proses tumbesaran diaorng..
Hadap.. didik dan bimbing la sebaik mungkin.. dan kita sebagai mak ayah berhenti lah berharap satu hari nanti anak-anak dah besar mesti akan jaga kita macam mane kita jaga diaorang.. ada rezeki takyah mintak dapat.. ada rezeki ujian yang kita kena hadap..
Untuk aku ujian juga satu rezeki.. rezeki kita yang ternyata Allah ingat kat kita.. ujian juga buat kita jadi matang ..so jangan putus doa ok untuk anak-anak.. aku percaya semua mak ayah nak yang terbaik untuk anak.
Macam dalam gambar ni la..haihhh.. cair la tengok .. moga bila diaorang dah besar nanti. Kesemua adik beradik Hanania akan bersatu hati dan ambil berat antara satu sama lain. Macam mama dengan adik bradik mama.. mama sayang kamu semua.. Doa yang baik takkan terlepas untuk anak yang baik seperti kamu.. sayang kamu HANANIA.
p/s: Satgi adalah org meroyan duk confuse kami dengan Madam Ju.
Sumber: Jozlynn
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memandang serius soal kesihatan anak mereka, Tasha Manshahar dan Raqib Majid membuat keputusan untuk mendapatkan suntikan vaksin pneumococcal untuk Muammar Rafiqi. Berkongsi sebuah video semasa anaknya disuntik beserta kapsyen menerangkan jenis vaksin yang mereka ambil untuk si manja, Muammar.
Alhamdulillah, ada kesempatan bawa Muammar ambil optional vaccine Pneumococcal dose 1 harini. Pneumococcal ni vaksin tambahan tau. Tak sama macam kita injection monthly. Kalau ada rezeki lebih, bolehlah ambil vaksin ni. Ni baru 1. Untuk vaksin jenis ni ada total 4 kali suntikan ikut tempoh tertentu. Paling awal boleh diambil oleh baby berusia 2 bulan. Untuk Muammar, kami memang plan untuk ambil full vaksin di @kumpulan_megaklinik_zahran . May Allah ease. _ Bakteria Pneumococcal ni biasanya ada dalam saluran penafasan dan disebarkan melalui batuk atau bersin. Macam-macam penyakit membahaya boleh jadi kalau diserang pneumococcal ni. Jadi, ni antara ikhtiar yang kita boleh ambil sebagai perlindungan extra untuk anak-anak. _ Dia ada dua jenis suntikan vaksin Pneumococcal, Synflorix atau Prevenar. Fungsinya sama, harga berbeza sebab Synflorix cover 10 jenis bakteria, Prevenar pulak cover 13 jenis bakteria. Lepas dengar advice doktor, kitorang suami isteri decide untuk ambil Prevenar. 1 dose RM259. Prevenar mahal beberapa puluh ringgit je berbanding Synflorix. Kalau mommies interested, please consult doktor dulu supaya doktor boleh explain further pasal vaksin ni ? _ Mommy bangga la dengan Muammar sebab nangis kejap je harini. Mungkin tak berapa sakit sebab peha Muammar kan tebal ? _ Jangan terkejut mommy buat2 telefon doktor hujung-hujung tu. Kena gigit nyamuk pun kadang mommy akan buat2 telefon doktor “hello doktor anak saya kena gigit nyamuk ni, boleh tak saya nak panggil ambulan?”. Mommy kan over. Apa kurangnya dedi di awal video, “bertahan! peganggg tangan dedi!”. ? #babyzahran #anakmommy #favouriteboymommy
Untuk pengetahuan anda, Pa&Ma sertakan sedikit info tentang suntikan pneumococcal sebagai rujukan jika anda memutuskan untuk mengambil suntikan ini untuk anak.
Di Malaysia, ada 2 jenis vaksin Pneumococcal untuk kanak-kanak bawah 2 tahun iaitu Synflorix dan Prevenar.
Synflorix dan Prevenar boleh mula diberikan seawal 2 bulan.
2 bulan – 6 bulan memerlukan 4 dos
7 bulan – 11 bulan memerlukan 3 dos
12 bulan – 24 bulan memerlukan 2 dos
24 bulan – 5 tahun – Synflorix memerlukan 2 dos
24 bulan ke atas – Prevenar hanya 1 dos diperlukan.
Jadi untuk kanak-kanak 2 tahun ke atas, lebih mudah jika ambil Prevenar kerana hanya memerlukan 1 dos sahaja berbanding Synflorix yang memerlukan 2 dos.
Jadi untuk kanak-kanak bawah 2 tahun, nak ambil Prevenar atau Synflorix?
Prevenar memberikan perlindungan yang lebih dari segi jumlah jenis kuman Pneumococcal berbanding Synflorix, yang mana Prevenar cover 13 jenis manakala Synflorix cover 10 jenis kuman Pneumococcal.
Apa jenis kuman yang dilindungi itu?
Synflorix cover kuman Pnuemococcal strain 1, 4, 5, 6B, 7F, 9V, 14, 18C, 19F, 23F
Prevenar Cover yang sama dengan tambahan 3, 6A dan 19A.
Jadi nampak tak apa perbezaan di situ?
Namun perbezaan itu hanya akan ketara jika, kanak-kanak yang di beri vaksin Synflorix dijangkiti contoh kuman Pneumococcal strain 19A, yang mana tidak dilindungi oleh vaksin Synflorix, tetapi dilindungi oleh vaksin Prevenar, jadi kanak-kanak tersebut tidak dapat melawan jangkitan tersebut sebaik kanak-kanak yang diberi vaksin Prevenar.
Namun Synflorix didapati dapat memberi separa perlindungan terhadap strain lain yang tidak dilindungi secara terus seperti strain 19A. Jadi bukan bermakna kalau ambil Synflorix, kalau kena jangkitan kuman Penumococcal strain 19A, langsung tidak dilindungi. Mereka masih mempunyai separa perlindungan kerana kesan yang dipanggil ‘cross protection’.
Secara keseluruhan, kedua-dua vaksin ini memberi perlindungan yang agak baik dimana 80-90 peratus kanak-kanak yang diberi vaksin dapat mencegah jangkitan Pneumococcal. Ini adalah berdasarkan beberapa kajian yang dilakukan oleh kedua-dua syarikat pengeluar vaksin tersebut.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.