Saat melahirkan adalah waktu paling genting dalam hidup seorang wanita bergelar ibu. Banyak yang dipertaruhkan termasuk nyawa sendiri. Bukan mudah untuk melahirkan anak, ada yang diuji dengan kesukaran ketika mahu melahirkan. Begitu besar pengorbanan seorang isteri dan ibu.
Berkongsi detik kelahirannya yang ditemani suami, Instafamous yang juga ahli perniagaan, syima_eima memberitahu betapa dia menghargai kehadiran suami menemani sepanjang proses bersalin.
Turut menitipkan pesanan, kata Syima lagi untuk para suami yang menemani isteri mereka ketika bersalin peganglah tangannya. Jangan dilepaskan kerana genggaman tangan suami memberi kekuatan kepada isteri untuk melahirkan bayi.
Untuk si isteri pula, janganlah sesekali membazir tenaga dengan mengeluarkan bunyi. Simpa tenaga sebaik mungkin untuk proses melahirkan anak.
Melihat pada video yang dikongsikan ini, jelas sekali wajah Syima sedang menahan sakit kontraksi. Dengan kehadiran suami, sedikit sebanyak memberi semangat kepadanya.
Ads
Tahniah kepada Syima dan suami kerana dikurniakan seorang bayi yang sangat comel pada awal bulan Disember tempoh hari!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Orang kata pengalaman bersalin setiap anak lain-lain. Ada yang mudah, ada yang ambil masa lama. Tapi semua itu menjadi kenangan buat seorang ibu dan juga ayah melihat bagaimana kuatnya isteri melalui cabaran itu.
Perkongsian dari seorang suami, Hasrul Wahab mengenai isterinya yang bersalin anak ketiga dalam kereta begitu mudah sehingga tak sempat sampai ke hospital.
Menurutnya, semua berlaku sangat cepat kerana di awal-awalnya itu memang berlaku kontraksi sekejap-kejap di rumah. Namun ketika dalam perjalanan ke hospital isteri mula rasa bayi nak keluar dan terus bersalin dalam kereta tanpa apa-apa persediaan.
“Kebetulan pula ketika melalui jalan nak ke hospital ada sekatan jalan raya. Jadi nak tak nak, perlu jadi bidan untuk sambut anak. Alhamdulillah kedua-dua sihat,” ujarnya.
Berikut coretannya di facebook mengenai kelahiran anak ketiga
MasyaAllah.. Pengalaman yang tak dapat dilupakan. Alkisahnya wife dari pagi semalam bagitau dah mula ada contraction, so standby. Bila dah petang dia cakap dah mula turun tanda. Ambiklah half day sebab kalau balik petang kang jem orang balik kerja.
Kontraksi sekejap-kejap
Dah sampai rumah, contraction macam dah kurang sikit pula. Jadi tak apalah rileks dulu maybe malam nanti, siap sempat tidur kejap. Lepas tu tengok wife dah macam sakit-sakit, tanya nak pergi hospital terus ke ni. Dia cakap boleh tunggu lagi. Jadi buat keputusan lepas Maghrib la gerak. Sebab dua-dua anak sebelum ni memang makan masa sikit sebelum delivery.
Lepas maghrib, terus pergi rumah mak hantar dua hero dulu. Tanya wife, boleh solat Isyak dulu ke ni. Dia kata boleh. Kitaorang solatlah dulu. huhu. Lepas solat terus pecut masuk kereta sebab contraction dah makin kerap. Tengok map jalan tak jem sangat.
Isteri dah bersalin dalam kereta
Tiba-tiba bila nak lalu tol kesas nampak jalan dah mula sesak. Aik tadi tengok map macam tak jem kat sini. Maka di sinilah drama berlaku. Time tulah wife kata baby dah nak keluar.. erk blur kejap. Amende semua ni.. huhu.
Rupanya JPJ baru je start buat sekatan jalan op bersepadu. Aduh, saya pun terus ke tepi jalan. Bila keluar je, pegawai JPJ tu minta lesen. Terus cakap dengan dia, “Isteri saya dah bersalin encik dalam kereta” “Haa dah keluar dah??”
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Maka kelam kabutlah semua. Dia orang try call ambulan. Saya pula terus buka pintu dan begitu cuaknya rasa bila wife kata baby dah keluar. Saya pun terus sambut dengan kondifennya. Lalu jadilah saya bidan segera dua minit pun tak sampai (lagi cepat dari megi). Alhmdulillah baby keluar terus nangis.
Media wartawan semua kebetulan ada sekali masa operasi semalam. Ada yg ambik gambar tapi saya xbg ambik gambar wife dan baby. Selamat dorg minta izin dulu.
JPJ escort hantar ke hospital
Ambulan pulak macam lambat sampai. So dorg decide escort kami ke hospital. Alhmdulillah cepat sikit sampai sebab jalan agak sesak rupanya. Mencabar juga bila kena escort. Kena bawa laju dan cekap nak mencelah-celah. Syukur selamat sampai di bahagian kecemasan. Terima kasih abang-abang JPJ atas bantuan malam tadi.
Alhamdulillah wife dan baby boy semua sihat. Untung anak ketiga ni keluar-keluar terus dapat escort hehe. VVIP gitu.
Moga jadi anak yang soleh dan bermanfaat buat umat. Mohon doa semua ya.
JANGAN SUAP!! Ehhh buat apa tu?? hentikan tangan anda di situ dan JANGAN SUAP bayi dengan makanan yang tinggi garam dan gula.
Setiap hari ada sahaja keluh kesah ibu-ibu yang memperjuangkan makanan sihat untuk anak tetapi sayangnya perjuangan ibu-ibu ini ada yang tidak mendapat sokongan dari orang sekeliling.
Terkejut dengar pengasuh suap air kotak pada bayi 10 bulan. Nenek yang suap jajan pada cucunya. Bila si ibu menegur ianya seolah menepis hak ibu tersebut untuk memberi makanan berkhasiat pada anak yang di kandungkan 9 bulan dan yang berdepan sakit berjuang untuk melahirkan bayinya.
Bila bayi berdepan masalah kesihatan disebabkan kesilapan pemakanan ini di manakah mereka yang berani suapkan itu? Maka tinggallah si ibu berlinang air mata menatap anak kesayangan terlantar sakit di katil hospital.
Tidak kurang yang menyaran dan mengajar ibu-ibu baru ini dengan pemakanan bayi yang salah. “Letak lah sedikit garam”. “Letak lah sedikit kiub”. “Letak lah sedikit gula”. Baik pada anak anda tidak bermakna baik untuk anak orang lain. Mahukah anda bertanggungjawab di atas tindakan yang anda buat?
Mohon untuk hormati keputusan ibu-ibu yang ingin memberikan yang terbaik buat anaknya sendiri. Tiada yang salah atau berdosa mengajar bayinya makanan yang sihat. Semua ibu pasti mahukan yang terbaik buat anaknya.
Apa-apa tolong minta izin pada ibu ayah bayi tersebut. Jangan laju untuk suap anak orang ya. Mungkin anak tersebut ada alahan. Bayi itu masih ada ibu ayahnya. Hormatilah hak mereka.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tiada suntikan vaksin, tiada sesi persekolahan bagi anak-anak yang ibu bapa mereka enggan membenarkan pengambilan suntikan sehingga menyebabkan berlaku kes kematian baru-baru ini, demikian saranan penggiat industri kesihatan.
Saranan itu adalah antara gesaan mereka berikutan rancangan Kementerian Kesihatan untuk membentangkan cadangan dan dasar supaya suntikan vaksin imunisasi diwajibkan.
Sudah Sampai Masa Vaksin Imunisasi Ini Diwajibkan
Presiden Persatuan Doktor Islam Malaysia (PERDIM), Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail berkata, sudah sampai masanya suntikan vaksin imunisasi ini diwajibkan sebelum kanak-kanak menyertai alam persekolahan kerana ia telah melibatkan kematian dan boleh menjadi epidemik jika tidak ditangani dengan baik.”Suntikan vaksin imunisasi ini perlu mandatori. Ia melibatkan kematian dan ia perkara serius kerana penyakit seperti difteria, ia boleh berjangkit jika tersebar,” katanya kepada Bernama.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad semalam, bahawa pihaknya akan membentangkan cadangan dan dasar supaya suntikan vaksin imunisasi diwajibkan.
Kementerian Dapat Desakan Pelbagai Pihak
Menurutnya, kementerian mendapat ‘desakan’ kuat pelbagai pihak supaya kerajaan mempertimbangkan mewajibkan imunisasi vaksin berikutan keengganan ibu bapa mengambil suntikan sehingga menyebabkan berlaku kes kematian.
Ketika ini, tidak menjadi satu kewajiban atau mandatori kepada kanak-kanak untuk divaksin sebelum dibenarkan masuk ke sesi persekolahan dan ia terpulang kepada pihak sekolah untuk melakukan pemeriksaan atau pengesahan lanjut.
Pihak Sekolah Boleh Mengeluarkan Surat Kebenaran Supaya Beri Vaksin
Dr Ahmad Shukri berkata, jika ibu bapa masih berdegil dan ingin terus menghantar anak-anak ke sekolah walaupun tanpa pengambilan suntikan vaksin, pihak sekolah boleh mengeluarkan surat kebenaran supaya pusat kesihatan memberikan vaksin kepada anak mereka.
“Ia melibatkan kebenaran ibu bapa, jika tidak, anak mereka akan menyebarkan pelbagai penyakit kerana tidak divaksin sebelum ini. Jika masih lagi tidak mahu memberi kebenaran, maka pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab jika ada kematian melibatkan mana-mana pihak,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Presiden I-MEDIK Malaysia, Prof Dr Azizi Ayob berkata cadangan supaya mewajibkan kanak-kanak yang ingin mendaftarkan diri di sekolah supaya mengemukakan rekod imunisasi adalah baik kerana ia boleh mengelakkan mereka menjadi ejen penyebar penyakit yang boleh dicegah.
Beliau juga berkata terdapat keperluan untuk mewujudkan undang-undang supaya ibu bapa patuh kepada jadual imunusasi di negara ini supaya ‘herd imunusation’ iaitu 95 peratus komuniti divaksin dapat dicapai.
“Kita tidak boleh melarang kumpulan antivaksin kerana tiada akta melarang. Kebanyakan mereka berkomunikasi menerusi media sosial. Apa yang boleh dilakukan ialah mewujudkan kesedaran mengenai pentingnya suntikan vaksin,” katanya.
Ibu Bapa Antivaksin Lebih Percaya Maklumat Di Internet Berbanding Pakar
Pengarah Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof Dr Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin pula berkata, tindakan ibu bapa yang terdiri daripada kumpulan antivaksin, yang mempercayai maklumat daripada internet berbanding pihak yang layak memberi maklumat mengenai vaksin hanya akan membahayakan masyarakat.
“Jika kita benarkan terlalu ramai individu yang tidak mengambil vaksin, itu bermakna kita membenarkan penyakit untuk terus berjangkit. Apabila kumpulan antivaksin ini menjadi besar, mereka mempengaruhi inidividu lain sedangkan mereka tiada kredibiliti untuk memberi penerangan mengenai perkara itu ,” katanya.
Lima Kanak-kanak Disyaki Positif Jangkitan Difteria
Dilapor, lima lagi kanak-kanak disyaki positif jangkitan difteria dan kini ditahan di wad isolasi pediatrik Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Baharu dan kesemua kanak-kanak berkenaan termasuk tiga perempuan berusia bawah empat tahun itu, dikesan positif jangkitan difteria susulan saringan terhadap 52 individu oleh Jabatan Kesihatan negeri.
Seorang daripada mangsa yang positif adalah kakak kepada budak lelaki berusia dua tahun satu bulan yang meninggal dunia disyaki akibat jangkitan difteria, Selasa lalu.
Sumber: BERNAMA
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.