Saat Lafaz “Aku Terima Nikahnya..”, Bukan Nak Hidup Senang Je. Tapi Kongsi Susah Bersama

Share

Apabila berkahwin, ketika itu kita sudah bersedia untuk menjalani kehidupan bersama pasangan yang disayangi. Dalam kesenangan mahupun susah. Setiap perkahwinan pasti akan ada dugaannya. Adakah kita bersedia?

Di dalam penulisan yang penuh pengajaran, Roslina Othman menceritakan tentang kekuatan cinta Saidina Uthman Affan dan isterinya, Ruqqayah. Ketika dalam dilema antara cintakan agama dan kasih sayang kepada isteri, Uthman harus memilih salah satu darinya.

Ikuti perkongsian ini:

CINTA SEJATI

Saya cukup terkesan dengan Kisah Cinta Saidina Uthman Affan kpd Ruqqayah.
Jejaka tampan yang mendambakan gadis cantik yang akhirnya menjadi milik lelaki lain..hanya kerana terlewat pinangan.

Tidak mahu terus hanyut dengan kesedihan, Uthman Affan fokus kepada memdalami Islam… dan menjadi di antara barisan hadapan, malah sahabat utama Nabi saw.

Artikel Menarik: [Dah Lama Hidup Sama, Muka Suami Isteri Jadi Mirip. Rupanya Tanda Bahagia]

So ibrah utk kita..
Especially adik2 yg belum berpasangan..
Tak yah dok nagis bucu katil..kenapalah dia jadi milik org lain..
Fokus EMOSI kpd ALLAH.. meraih cinta Allah sebagaimana Uthman Affan. .. dan hasilnya ..
Taraaa..

Belajar dari kesilapan.. disaat mendapat berita apabila Ruqayyah diceraikan, Uthman bertindak pantas dengan terus meminang agar tidak terlepas lagi.

So sweeeeet !!!

Namun Cinta..tanpa UJIAN..apalah maknanya.
Di saat Saidina Uthman Affan begitu bersemangat memperjuangkan Islam… berkobar-kobar mengasah pedang untuk turut serta berperang dalam Peperangan Badar.
Di saat itulah, beliau di uji dengan ISTERI TERCINTA SAKIT TENAT.

Agak2 apa perasaan beliau sebagai seorang suami dan salah seorang tentera utama di saat itu ?
Pastinya serba salah, sedih, resah bercampur baur.
Berperang.. berjihad untuk Allah atau
Isteri… ???

Nah ! Di sinilah Rasulullah saw..mengajar kita tentang cara membuat keputusan.
Di antara Benar dengan Benar menuju Taqwa.

Artikel Menarik: [Sebelum Tidur, Suami Isteri Kena 0-0 Dulu. Baru Terang ‘Nur’ Dalam Rumah Tangga]

Ternyata Rasulullah saw.. melarang Uthman Affan dari ikut serta ke Peperangan Badar..
dan perlu berada di sisi isteri yang lebih memerlukan.. semangat dan kekuatan sang suami.

Akhirnya Peperangan Badar berakhir dengan kemenangan yang gilang gemilang.. Rasulullah saw dan para sahabat pulang membawa berita gembira buat semua.
Namun disambut dengan berita kematian Ruqqayah yang menyedihkan.

Dan pastinya insan yang paling sedih ialah Saidina Uthman bin Affan..yang merasakan kehilangan 2 perkara.
Kehilangan isteri tercinta.
Terlepas dari Peperangan penting

Namun janji Allah adalah benar.
Setiap yang SABAR pasti pulangannya lumayan.

Rasulullah saw menenangkan menantunya itu dengan memberi tahu bahawa beliau tetap dikira sebagai Ahli Badar, mendapat pahala seperti Ahli Badar yang lain malah mendapat pembahagian ghanimah sama seperti Ahli Badar yg lain.
Subhanallah !!!!

Bukan itu saja ..sebagai penganti Ruqqayah, Rasulullah saw mengahwinkan Uthman Affan dengan adik Ruqqayah, yang mirip wajahnya, bernama Umi Kalthum.

MasyaAllah..
Melimpah ruah rezeki dan nikmat buat Usman Affan.. hanya kerana menunaikan tanggujawab sebagai suami di saat yg benar.

So sahabat2 ..
Bagaimana Cinta Hati kita ?
Ready dengan Ujian ?

So en suami, bila isteri sakit ..
Jangan lari tau !!!
Mana tau..andalah the next Uthman Affan.
Yang dapat ganjaran besar dari Allah.
Tapi kena Ikhlaslah ye.. hehe

#teacherroslina
#belajardarisiroh
Rujukan ..buku 38 sahabat yang dijanjikan Syurga

Published by
Emy Haznida Hazairul Sham