Saat Lafaz Aku Terima Nikahnya, Urus Rumah Tangga Kena Bersama. Isteri Bukan Robot!

Share

Saat lafaz Aku Terima Nikahnya diucap, percayalah suami kena tahu isteri bukan untuk disuruh itu ini. Hargailah dan sama-sama menguruskan rumah tangga dengan berlapang dada serta membantu meringankan kerja rumah dan menguruskan anak.

Seperti yang dikongsikan oleh pelakon Shakilla Khoriri di instagramnya, dia menyuarakan pendapat golongan lelaki yang bergelar suami sewajarnya membantu isteri mereka di rumah.

Menyifatkan golongan wanita bukanlah robot, Shakilla mencoretkan isi hatinya secara umum dan juga peringatan untuk dirinya dan suami.

“Stress tak kalau kau sebagai EMAK kena settlekan dari A sampai Z dalam rumah tangga.

“YES! Memang kerja dan tanggungjawab kau sebagai ISTERI & EMAK tapi kau bukan robot.

“SUAMI… Mohon terbaca caption ni. Sayangilah ISTERI. Bantu. Kalau kau tak ada rasa sayang kesianlah.

“Kerja kau tak sepenat KERJA isteri besarkan anak dan settlekan rumah walaupun kau rasa rumah tu tak nampak bersiap sangat tapi percayalah kerja isteri kau tak ada REST. Tengok phone pun tak SEPUAS sebelum ada anak,” tulisnya.

Isteri kena beri penghargaan pada suami 

Dalam pada itu, Shakilla turut memuji sikap suami yang sama-sama membantu untuk meringankan beban si isteri.

“Suami, kau jangan seronok sangat main game sampai kau bosan. Jangan seronok sangat tengok TV sampai berpinar mata.

“BANTU… Kau bukan kahwin dengan MAID. Anak tu bukan anak jiran sebelah rumah.

“TEPUK besar untuk suami yang sama-sama bantu ringan beban isteri. Buat kau rasa seorang ISTERI dan IBU yang dihargai. Tag suami awak sikit. Lepas tu cium dahi satu kali. I love you my boy @fiziali_,” tulisnya lagi.

Shakilla mendirikan rumah tangga bersama penyampai radio dan pengacara Fizi Ali pada 18 Februari 2018.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ameena Sofia yang kini berusia sembilan bulan.

Published by
Wan Amy