Hilang kata-kata, hanya air mata mengalir saat melihat video terakhir yang dikongsikan di Facebook arwah Hasliza Alias yang meninggal dalam keadaan sangat tragis di tangan suaminya sendiri sebelum dibalut dengan cadar, diletakkan dalam tong dan ditanam di kawasan ladang.
Video sambutan hari lahir anak sulung arwah, Muhammad Dayyan Faiq, yang genap 4 tahun, Februari lalu pastinya menjadi kenangan. Difahamkan sambutan hari lahir anak arwah disambut agak lewat dari tarikh kelahirannya (6 Februari) semata-mata untuk merealisasikan hasrat anak sulung yang inginkan kartun kegemaran sebagai hiasan kek.
Ternyata memori sambutan hari lahir yang ke-4 untuk Faiq adalah hadiah istimewa bonda buat penghuni pertama rahimnya. Paling buatkan ramai yang sebak, tatkala mendengar suara arwah menyanyikan lagu hari lahir dan mendoakan kesejahteraan anak “Allah Selamatkan Kamu.. Allah Selamatkan Abang..” dan meminta si anak sama-sama ikut.. Allahuakbar!
Mungkin waktu ini, walaupun arwah dah ada masalah rumah tangga, namun sebagai ibu, arwah tetap nak berikan yang terbaik buat anak-anaknya dan tidak menunjukkan perasaan sedih itu.
Ternyata walaupun arwah bukanlah orang yang dikenali, namun Allah dah angkat darjatnya di dunia lagi apabila semua orang tak henti mendoakan arwah. Pemergian arwah Hasliza juga turut mendapat perhatian pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun yang sangat sebak dan sedih.
إِنَّا لِلّٰهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُوْن
“Sesungguhnya kita semua daripada Allah dan kepadaNya jua kita semua akan kembali” Allahu Akbar, kita semua dikejutkan dengan kematian yang begitu tragis. Seorang wanita dan ibu kepada dua orang anak kecil.
SubhanAllah, secara peribadi sungguh saya merasa begitu sayu, apabila melihat antara posting terakhir FB arwah adalah 3 live ceramah saya.
Sungguh indah pemergian arwah
Bermakna saat-saat akhir hidup Arwah adalah dalam keadaan beramal soleh, menyebarkan dakwah dan seruan Nahi Mungkar. Dan posting terakhir arwah pada hari yang dikatakan hilang adalah tentang SOLAT. Bagaimana pula posting kita yang terakhir kelak..
SubhanAllah, sungguh begitu indah pemergian Arwah. Dan tanda Husnul Khatimah ini disebutkan oleh Rasulullah SAW :
Ads
إِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِعَبْدٍ خَيْرًا اسْتَعْمَلَهُ قَالُوا وَكَيْفَ يَسْتَعْمِلُهُ قَالَ يُوَفِّقُهُ لِعَمَلٍ صَالِحٍ قَبْلَ مَوْتِهِ
Maksudnya: Jika sekiranya Allah SWT menginginkan kebaikan terhadap hambaNya, maka Allah SWT menjadikannya sentiasa melakukan amal. Para sahabat RAnhum bertanya, “Bagaimana dia menjadikannya sentiasa melakukan amal?”. Rasulullah SAW bersabda: “Allah SWT akan memberikan taufiq padanya untuk melaksanakan amal soleh sebelum daripada kematiannya. Hadith riwayat al-Tirmidzi: (2142)
Posting terakhir arwah pada hari kejadian sebelum kematiannya
SubhanAllah, sedikit catatan memori akhir Muka Buku Arwah : 1. 1 Mac 2021 posting last arwah tentang solat. 2. 24 Feb 2021 arwah menukar profile picture kepada gambar 2 orang anaknya. 3. 23 Feb 2021 arwah share video live kuliyah saya bertajuk : Seruan Nahi Mungkar 4. 19 Feb 2021 arwah share video live kuliyah saya bertajuk : Tadabbur Surah alKahfi siri 11 5. 18 Feb 2021 Arwah share video live kuliyah saya bertajuk : Punca dan Solusi Keretakan Rumahtangga 6. 14 Feb 2021 Arwah share posting Saudara Firdaus Syakirin. 6. 10 Feb 2021, Arwah muat naik video dan gambar² sambutan hari lahir anak pertama berumur 4 tahun.
Mungkin lagu itu ubat rindu kamu pada bonda..
Saat ini saya menangis tak tertahan kerana mendengar suara arwah melagukan hari lahir dan mendoakan “Allah selamatkan kamu.. Allah selamatkan Abang..” dan meminta si anak sama-sama ikut..
Ads
Duhai Anak, mungkin itulah lagu yang kamu berdua akan ulang-ulang dengar saat kamu dah dewasa kelak, saat kamu rindukan bonda kamu..
“Pemergianmu buat kami pesan-pesan yang indah”
Sungguh, saat ini saya masih terpaku dengan apa yang berlaku, doa demi doa dititipkan buat arwah. SubhanAllah, pemergianmu dalam keadaan meninggalkan buat kami pesan-pesan yang sungguh indah.. Tiada lagi kesedihan dan kesakitan, semoga dirimu disisi Allah dalam RahmatNya dan pengampunanNya. Semoga Barzakhmu seperti Taman Syurga, semoga anak-anakmu penyambung pahala jaariah buatmu..
أَللّٰهُمَّ اغْفِرلَها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْهَا وَاجْعَلِ الْجَنَّةَ مَثْوَاهَا
“Ya Allah, ampunilah dia, berilah rahmat, sejahtera dan maafkanlah dia dan jadikanlah surga sebagai tempat istirahatnya” آمين يارب العالمين
Semoga Allah maqbulkan hajat hati saya untuk ziarah bertemu dengan anakanda dan keluarga arwah Hasliza Alias dalam waktu terdekat.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Buat kali pertamanya, seorang wanita hamil dilaporkan telah dijangkiti wabak cacar monyet.
Memetik laporan The Sun, wanita berasal dari Amerika Syarikat (AS) itu telah selamat melahirkan bayinya tanpa sebarang komplikasi.
Dr John Brooks dari Pusat Kawalan Penyakit (CDC) berkata bayi itu didapati tidak dijangkiti cacar monyet daripada ibunya.
Sementara itu, pegawai di Persatuan Penyakit Berjangkit AS berkata bayi tersebut telah diberikan infusi globulin imun. Ia adalah rawatan antibodi yang telah diluluskan oleh medik di AS semasa wabak cacar monyet.
Wanita dan bayinya dipercayai berada dalam keadaan sihat selepas dia bersalin.
Dalam pada itu, pakar telah memberi amaran pada bulan lalu bahawa penyebaran virus yang berterusan dibimbangi akan menjejaskan kumpulan tertentu.
Difahamkan, wanita hamil, orang yang mempunyai sistem imun lemah dan kanak-kanak adalah antara golongan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti penyakit itu.
Pun begitu, wanita hamil dikatakan lebih terdedah kepada jangkitan itu kerana fakta yang menunjukkan bahawa sistem imun mereka terjejas.
Secara global, kes cacar monyet kini telah melebihi 14,000 kes dengan 3,591 jangkitan direkodkan di AS.
Manakala, United Kingdom mencatatkan 2,367 kes beberapa hari lalu dan dijangka akan terus meningkat.
Pengarah Insiden Kebangsaan UKHSA, Dr Sophia Makki memberi amaran kepada orang ramai untuk memeriksa simptom cacar monyet iaitu ruam atau lepuh pada kulit sebelum melakukan hubungan seks.
Hubungan fizikal yang rapat dikatakan membolehkan virus itu merebak. Tetapi ia tidak ditakrifkan sebagai penyakit yang dijangkiti secara seksual.
Tiga beranak termasuk seorang bayi berusia 4 bulan maut selepas terlibat kemalangan membabitkan tiga kenderaan di KM145 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan petang semalam.
Kemalangan kira-kira jam 5 petang itu membabitkan sebuah kereta Proton Persona, lori dan treler.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata, mangsa yang maut adalah Mohammad Adnan Anuar, 23, dari Kampung Bolok Hulu, Lanchang bersama isterinya, Siti Tul Assiqin Abdul Wahab, 23, dan anak mereka, Nur Alissa Insyirah berusia 4 bulan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku semasa mangsa, Mohammad Adnan yang memandu Proton Persona bersama isteri dan anaknya dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Kuala Lumpur.
“Apabila sampai di tempat kejadian di kawasan selekoh dipercayai kereta Proton Persona yang dipandu mangsa telah masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah treler.
“Kejadian menyebabkan treler berkenaan mengelak ke kiri dan bergesel dengan sebuah lori yang berada di lorong sebelah kiri. Akibat kemalangan itu, pemandu kereta, isteri dan bayi mereka meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di dada,” katanya dalam satu kenyataan.
Mohd Yusri berkata, pemandu treler berusia 55 tahun selamat dan tidak mengalami kecederaan manakala pemandu lori berusia 27 tahun mengalami kecederaan pada tangan kanan dan kaki kiri.
Katanya, ketiga-tiga mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh untuk bedah siasat.
“Siasatan lanjut diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Semalam berlangsungnya majlis tertutup sempena hari jadi yang ke-7 buat cahaya mata kedua Fasha Sandha, Puteri Raysha Jemyma.
Menerusi perkongsian Fasha di instagram, majlis tersebut hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat sahaja. Berkonsepkan pyjamas, kanak-kanak yang hadir memakai set pyjamas yang sangat comel.
Majlis yang diadakan cukup simple namun meriah, dengan deko bewarna merah jambu lembut menyerikan lagi malam sambutan ulang tahun kelahiran Jemyma.
Namun yang menarik perhatian warga maya, beberapa gambar Rayqal bersama adik-adik yang dimuatnaik oleh Fasha. Rata-rata memuji keakraban antara anak Nora Danish dan juga anak Fasha Sandha.
ainaaairaofficial so cute adik peluk abgnya 😍 mcm kita laa , totally ada 16adik beradik 1ayah 3mak berlainan 🥰 kami semua rapat , susah senang bersama , dan sy paling bongsu anak ker 16 😂
puteri_baya sayang betul dia pd abang nya..tak lepas2 peluk..comel
ainaabeautynisa Comel 😍❤️❤️
jamila_zahrat93 Loveee sgt semua pic atas ni, so much in love ❤️❤️❤️
Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, 12 atau mesra dipanggil Rayqal merupakan anak sulung hasil perkahwinan antara Rizal Ashram (Jejai) dan Nora Danish sebelum masing-masing mengambil keputusan untuk berpisah. Selepas berpisah, Jejai mendirikan rumah tangga bersama Fasha Sandha dan dikurniakan 2 cahaya mata iaitu, Rayfal dan Raysha Jemyma dan turut berpisah beberapa tahun kemudian.
Namun walaupun sudah berpisah, nampaknya mereka sangat profesional dan memastikan anak-anak mempunyai hubungan yang baik sebagai adik-beradik.
[su_button url=”https://invol.co/cl77xzx” style=”flat” background=”#ef472d” color=”#ffffff” size=”6″]Foldable Dining High Chair [/su_button]
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.