Bila anak sangat rapat dengan kita, kita perlulah menjual idea untuk dia tidur berasingan dengan kita itu dahulu. Buat supaya dia akan rasa sangat seronok dan tidak sabar.

Sabar Ajar Anak Tidur Berasingan! Jangan Paksa Tapi Ajar Dia Rasa Selamat Di Bilik Sendiri

Selepas itu, buat perlahan-lahan implimentasinya. Di dalam bilik yang sama pula, mungkin sediakan dia tempat yang istimewa, yang jarak sikit dari ibu bapa. Namun, sebelum tidur spend time sedikit dengannya berbual dan bercerita serta berseloroh.

Kemudian ajak dia sediakan bilik tidurnya. Hias dan cat ke letak perabut ke, banyak lagi aktiviti yang boleh dibuat bersama supaya dia berasa teruja untuk duduk di bilik itu.
Mula dengan hanya tidur siang di situ. Pada malam hari, biar dia masih tidur bersama di dalam bilik yang sama di tempat yang telah disediakan di dalam bilik bersama itu.

IKLAN

Kemudian, setiap malam, ajak dia baring di biliknya. Anda berceritalah, spend time lah dengan dia di situ. Semasa itu, gunakan cara halus menjual idea untuk dia seronok tidur sendiri. Ajar dia doa yang boleh melindungi dirinya jika dia takut. Namun, bila sudah habis bercerita, bawalah dia masuk ke dalam bilik anda dan tidur seperti biasa.

Satu malam, jika anda rasa dia sudah bersedia, maka galakkan dia untuk tidur di biliknya. Dan offerlah sesuatu perkara lain untuk dia dapat bersama dengan anda. Contohnya, anda akan beri dia sesuatu tanda dia sudah menjadi seorang yang matang.

IKLAN

Contohnya, jika selama hari ini anda ada sesuatu yang anda tidak memberi anak-anak menggunakannya, tetapi kerana dia telah menunjukkan dia sudah boleh berdikari dan bertanggung-jawab, maka anda memberinya menggunakannya untuk beberapa ketika. Ini anda perlulah kreatif. Ini adalah untuk anda dan dia meraikan bahawa dia sudah besar dan boleh tidur di bilik sendiri.

Dan anda perlu setiap hari mempamerkan kasih dan sayang anda kepadanya supaya dia tidak merasakan dia disisihkan. Jika dia ada adik, maka anda juga boleh sediakan satu tempat tidur untuk adiknya di dalam biliknya, supaya dia tahu bila cukup umur adiknya juga akan dipisahkan dari tempat tidur. Oleh itu dia tidaklah menyangka anda pilih kasih dan kasih anda kepadanya berkurangan dan itulah sebabnya dia disuruh tidur di bilik sendiri.

IKLAN

Ada anak yang memerlukan sedikit masa didalam menyediakan dia untuk tidur berasingan. Namun, kita perlu cekal agar matlamat kita tercapai. Ibu tidak percaya dengan menggunakan kekerasan dan paksaan sebelum menggunakan kelembutan yang tegas. Kerana kesan paksaan dan kekerasan akan menonjol bila anak itu remaja nanti.

Ibu mendoakan anda akan berjaya.

Salam Sayang: Ibu Rose

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI