Dilahirkan sihat, siapa sangka hidup anak kecil ini berubah sekelip mata apabila diuji dengan sakit yang bukan biasa-biasa. Kita yang dewasa ni pun menitik air mata melihat perjuangan adik Daffrel melawan sakitnya itu.
Bukan hanya mengalami sawan biasa tetapi sawannya adalah Infantile Spasms di mana otak adik Daffrel telah rosak dan menyebabkan sawan ini.
Berikut coretan hati mama Daffrel, Norazimah Bunihan mengenai isi hati seorang ibu tentang keadaan anak keduanya itu.
“Awak sihat macam biasa..”
Beberapa jam sebelum sakit awak sangat aktif, ketawa, sengih, mama gomol-gomol awak bukan main lagi awak suka. Patutlah mama rasa something. Mama rasa tak nak lepas awak. Mama rasa tak nak jauh dari awak. Sungguh-sungguh mama peluk awak dik pagi tu.
Awak sihat macam biasa. Tak demam. Tak merengek. It’s normal macam biasa. Awak memang tak menunjukkan sebarang sakit. Awak happy je macam biasa.
Bangun tidur mata ke atas, berlaku sekejap-kejap
Lepas bangun tidur, tiba-tiba je mata awak ke atas, kaki tangan pun ikut ke atas. Benda tu berlaku sekejap-sekejap dan awak tak kejang. Lebih kurang 5 minit.
Papa dukung sambil lap muka dan kepala awak dengan air. Awak masih sama. Seminit lepas tu awak okey. Senyum ketawa main macam biasa. Papa cakap awak okey tak ada apa-apa. Instinct mama cakap no! Tu bukan diri awak.
Selepas 4 jam kena lagi
Selepas 4 jam awak kena lagi. Papa dah pergi kerja masa tu. Mama terus bawa awak pergi hospital bahagian kecemasan. Awak dimasukkan ke zon kuning. Selama 4 jam kat situ awak okey. Senyum sengih ketawa main macam biasa. Doktor kata mungkin awak boleh discharge. Tiba-tiba 4 jam lepas tu awak jadi balik depan kata doktor.
Terus awak ditahan wad sehingga sekarang. Perkara tu berulang setiap 4 jam. Dan benda tu menyakitkan awak. Awak akan menangis kuat sambil tengok mama. Awak tenung mama dan nurse kat wad. Mungkin awak nak bagitau “adik sakit ni ma”.
“Adik mesti kuat tau!”
Sabar ya sayang. Adik kuat tau! Mama yakin adik kuat sihat membesar dengan bijak pandai. Ramai yang doakan adik. Ramai sayang adik. Walaupun mereka tak pernah jumpa adik, mereka sedih tengok adik sedih. Kita sama-sama lawan ya dik. Awak anak lelaki. Awak dan abang yang akan jaga mama nanti. Awak kena kuat kuat kuat!
Terima kasih untuk semua keluarga, sahabat dan saudara yang mendoakan Muhammad Daffrel Firdaus bin Muhamad Firdaus dan yang memberi sumbangan. Semoga Allah saja yang dapat balas. Semoga doa kalian diangkat dan dimakbulkan.
#infantilespasms
Kredit : mama daffrell Norazimah Bunihan
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI