Setelah sebulan berlalu kisah kelahiran bayi kembar perempuan yang tak sempat merasai pelukan dan susu ibu cukup meruntun hati orang ramai setelah ibu pada bayi kembar ini koma dan meninggal dunia selepas dua minggu melahirkan mereka.
Kini perkembangan terbaru bayi kembar ini mula dikongsikan oleh bapanya, Syazwan Najmi Zulkarni sempena Hari Ibu 10 Mei lalu dengan memuat naik gambar anak kembarnya yang dah berusia 40 hari hasil perkongsian hidup dengan arwah isteri, Siti Nur Nasuha Shafie.
Menerusi Harian Metro, Syazwan Najmi mengakui masih lagi terbayang wajah arwah isteri setiap kali memandang wajah bayi kembar mereka yang kini menjadi penguat semangat dirinya.
ARTIKEL BERKAITAN [Tak Sempat Rasa Pelukan Ibu. Wanita Meninggal Selepas 14 Hari Koma Lahirkan Bayi Kembar]
“Ketika sambutan Hari Ibu diraikan, cukup terkilan isteri tak sempat menerima ucapan itu, cuma saya zahirkan perasaan itu kepada dua anak kembar kami sahaja,” katanya.
Lelaki berusia 23 tahun tersebut berkata, dia tidak lupa pesanan arwah yang memintanya menjaga dan membesarkan pasangan kembar itu dengan baik jika berlaku sesuatu terhadapnya.
Membesar dengan kasih sayang keluarga
Syazwan berkata, sebaik dapat melihat kali pertama wajah dua bayi kembar itu pada 21 April lalu, air matanya terus bergenang dan membayangkan jika arwah isteri dapat bersama memangku bayi mereka.
“Medina Sofiya (kembar bongsu) dibenarkan pulang terlebih dahulu iaitu pada 21 April lalu manakala si kakak pula, Medina Safiya seminggu selepas itu kerana masih belum cukup timbangan dan tidak dapat biasakan diri lagi dengan minum susu botol.
“Lebih seminggu pertama kepulangan, kembar ini dibawa ke rumah mertua di Kampung Ketil kerana keluarga arwah isteri turut merindukan dua puteri kami ini yang juga cucu sulung mereka.
“Selepas itu saya membawa pulang Sofiya dan Safiya ke rumah di Kampung Pak Keral sehingga ke hari ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di Tumpat.
“Sayalah ibu, sayalah ayah”
Syazwan Najmi berkata, rutinnya mulai berubah sejak kehadiran mereka apabila kerap berjaga malam untuk menukar lampin pakai buang dan membancuh susu formula buat si kembar itu.
Dia berkata, adakala terlintas dalam fikirannya sama ada mampu atau tidak untuknya menggalas tanggungjawab sebagai bapa di usia muda tanpa kehadiran isteri.
“Tapi saya bernasib baik kerana keluarga kedua belah pihak sangat membantu dan memberi sokongan penuh untuk saya mengharungi dugaan hidup ini. Kembar ini menjadi penguat semangat saya.
ARTIKEL BERKAITAN [Arwah Baik Sangat, Setiap Hari Minta Maaf. Sampai Hari Ini Bila Teringat Mengalir Air Mata]
“Sehingga hari ini saya masih mengunjungi pusara isteri di Tanah Perkuburan Kampung Ketil, Pengkalan Kubor melainkan ada aral atau cuaca tidak mengizinkan.
“Cuma untuk masuk dan tidur di bilik tidur kami, saya belum ada kekuatan untuk itu..sekarang saya tidur bersama dua kembar ini di ruang tamu yang mana ruang itu memang diminta oleh arwah isteri untuk berpantang,” katanya.
Sebelum ini kisah pilu yang menimpa ibu muda itu yang dua minggu bertarung nyawa sebelum meninggal dunia selepas bersalin akibat komplikasi dalaman.
Arwah yang melahirkan bayi kembar perempuan tidak sempat menatap kedua cahaya mata sulung kerana berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Sumber: Harian Metro & FB Syazwan Najmi
Menurut Syazwan anak kembarnya Medina Sofiya (bongsu) dibenarkan pulang terlebih dahulu iaitu pada 21 April lalu manakala si kakak pula, Medina Safiya seminggu selepas itu…
“…kerana masih belum cukup timbangan dan tidak dapat biasakan diri lagi dengan minum susu botol. Lebih seminggu pertama kepulangan, kembar ini dibawa ke rumah mertua di Kampung Ketil…
“…kerana keluarga arwah isteri turut merindukan dua puteri kami ini yang juga cucu sulung mereka. Selepas itu saya membawa pulang Sofiya dan Safiya ke rumah di Kampung Pak Keral sehingga ke hari ini,” katanya.
Tambah Syazwan, kadang kala dia terfikir sekiranya mampu menggalas tanggungjawab sebagai bapa di usia muda tanpa kehadiran isteri selain rutin harian yang sudah berubah.
Walau bagaimanapun, dia bersyukur apabila keluarga kedua belah amat memberi sokongan dan membantu menghadapi dugaan tersebut.
Sumber : Siti Rohana Idris (Harian Metro)
Read more: Isteri ‘pergi’ selepas koma bersalin, lelaki kuat semangat besarkan anak kembar https://ohmymedia.cc/isteri-pergi-selepas-koma-bersalin-lelaki-kuat-semangat-besarkan-anak-kembar