Sagu gula Melaka antara makanan tradisi kegemaran ramai. Lebih sedap jika dimakan sejuk-sejuk. Memang nikmat! Jom cuba resipi sagu gula Melaka dua versi dengan hanya menggunakan satu adunan.
Sagu gula Melaka 1 adunan 2 versi. Nak makan dengan sos kastard atau pun dengan kelapa.
Cikza bagi resepi sekali.
Sagu Gula Melaka
Bahan-bahan:
3 cawan sagu (direbus separuh masak dan di lalu bwah air mengalir untuk buang kanji, ketepikan)
3 keping gula Melaka
Gula pasir secukup rasa
1 liter Air
Daun pandan
Ads
Cara penyediaan:
Dalam periuk masukkan 3 keping nise atau pun gula Melaka sedikit gula pasir, air dan daun pandan disimpul. Air dalam 1 litter. Dah menggelegak masukkan sagu tadi kacau sampai masak dah tak ada yang biji putih-putih. Angkat dan boleh lah masukkan kedalam loyang. Betul-betul sejuk baru potong.
Sagu Gula Melaka Sos Kastard
Sos Kastard
Bahan-bahan:
Ads
1 tin susu cair
1 Sb tpg kastard
Sedikit garam dan daun pandan
Cara penyediaan:
Masak kesemua bahan diatas api sampai menggelegak. Siap boleh tuang di atas sagu yang telah disejukkan tadi.
Sagu Gula Melaka Dengan Kelapa
Bahan-bahan:
Ads
Kelapa parut (agak-agak)
Garam secukup rasa
Cara penyediaan:
Kelapa ambil yang putih sahaja dan dikukus sekejap. Setelah dikukus boleh gaul dengan garam. Potong kuih sagu yang disejukkan terlebih dahulu tadi. Golek-golek kan dengan kelapa. Siap untuk dihidang!
Kredit: Noriza awang hamat
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Roti rangup dengan telur sememangnya jadi kesukaan anak-anak kita. Apa kata kali ini kita tambahkan sedikit kuah santan pekat, Roti Siro Kelate pula untuk minum petang keluarga.
Resipi simple tapi sedap. Jom cuba perkongsian resipi Myra Edora.
Hari ni Mek Yaa nak share resipi Siro Roti Kelate Legend versi Mekya.Mek Yaa suka masak simple-simple aje. Yang penting cepat, sedap dan menyelarakan.
Bahan-bahan:
Roti bantal
Gula
Garam
Telur
Daun pandan
Santan
Minyak
First, letak santan atas api dengan api yang perlahan, then kacau sehingga menggelegak. Takleh berhenti kacau, nanti santan jadi beketul-ketul. Tak enak gais. Bila dah menggelegak masukkan garam, gula, daun pandan. Secukup rasa ye.
Roti potong macam ni ye. Sementara roti potong, panaskan api untuk kita nak goreng roti jap lagi ye.
Sementara api panas, roti yang dipotong tadi celupkan dalam telur dan goreng.
Goreng sampai kekuningan.
Roti yang dah digoreng, nanti toskan dulu ya.
Lepas tu masukkan sekejap dalam kuah santan dan angkat. Sira kan kuah santan di atasnya.
Hah! Kan dah siapp, senang saja gais. Tak teliur ke gais. Selamat mencuba!
P/s Letak dalam peti sejuk lagi sedap gais. Lets do it👍
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila bayi semakin membesar, anak semakin bijak menolak jenis-jenis makanan tertentu. Ibu lah yang perlu bijak berkreatif untuk menarik perhatian anak kecil.
Selain menu berat, menu-menu ringkas tetapi sihat boleh juga dijadikan kudapan untuk anak. Resipi perkongsian Nur Arifah ini boleh dijadikan panduan untuk semua. Menu dari sembilan hingga 10 bulan. Semuanya sedap-sedap belaka. Jom cuba!
Mashed Potato Minced Prawn
Kentang
Mix herbs
Cheese powder
Udang
Telur
Bawang putih
Pak choy
Potong kentang dan rebus hingga empuk. Lenyekkan kentang sehingga halus. Saya guna food chopper.
Campurkan sedikit mix herbs dan cheese powder. Cincang udang dan bawang putih.
Tumis bawang putih kemudian masukkan udang cincang. Masukkan telur dan kacau sehingga hancur.
Masukkan pak choy.
Ikan Dori Sweet Sour
Ikan dori
Mix herbs
Serbuk ikan bilis
Tepung jagung
Bawang putih
Bawang holand
Serai
Daun limau purut (saya tak letak sebab takde)
Tomato
Pakchoy
Potong ikan dori macam finger food. Letak mix herbs dan serbuk ikan bilis.
Salut tepung jagung dan goreng.
Cincang bawang putih dan bawang holand dan tumis
Masukkan serai dan daun limau purut. Masukkan tomato dan sedikit air.
Masukkan pakchoy. *anak saya makan dengan nasi lembik.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bermula 22 Julai ni semua anak-anak dah mula sekolah. Anak-anak memang digalakkan untuk membawa bekal dari rumah. Tapi Ada kalanya mama pun buntu nak buat bekal apa untuk anak-anak.
Selalu bekal yang dibawa tak habis dimakan. Jadi untuk pastikan si kecil teruja nak bawa bekal dan apa yang dibawa habis dimakan. Ini idea bekal bento untuk mama sediakan.
Ada variasi makanan dengan bentuk yang berbeza-beza. Mesti seronok anak-anak tunggu bekal dari mama setiap hari.
kalau tak dapat buat tiap hari, 2-3 kali seminggu pun sudah memadai. Secara tak langsung boleh galakkan anak-anak makan Makanan dari rumah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.