
Apabila tanda bersalin muncul, ada di kalangan anda yang mengalami kantung ketuban pecah. Ada juga yang mengalami lendir darah keluar. Kemudian bermulalah episod kesakitan kontraksi.
Pasti ada yang tertanya-tanya, sekiranya lendir darah yang keluar sebagai tanda awal proses kelahiran, adakah masih perlu solat seperti biasa? Jawapannya ya! Hal ini kerana darah yang keluar itu bukannya darah wiladah (nifas).

Darah yang keluar sebelum anda melahirkan anak dikenali sebagai darah istihadhah. Ia termasuk dalam kategori bukan darah haid mahupun darah nifas. Hal ini bermakna anda belum lagi dalam hadas besar selagi belum melahirkan anak yang membolehkan anda tidak bersolat.
Darah yang bercampur lendir turut dikira sebagai darah istihadhah atau darah fasad atau darah penyakit yang mana ia masih mewajibkan anda untuk menunaikan solat ya. Sehubungan itu, jika anda yang sedang mengalami kesakitan mahu bersalin masih mampu berdiri, maka perlu solat seperti kebiasaannya. Wuduk pun perlu diambil seperti kelazimannya.

Walau bagaimanapun, bagi anda yang sudah tidak mampu untuk berdiri dan hanya berbaring di atas katil, anda dibolehkan untuk solat dalam keadaan duduk ataupun berbaring. Dalam keadaan sebegini, jika anda sudah terlalu lemah hingga tidak berupaya untuk bersuci dengan mengambil wuduk dan pada masa yang sama tempat solat (katil) sudah dicemari, ia dikira sebagai darurat yang mengharuskan perkara dilarang.
Namun, ia bukan bererti anda tidak perlu solat. Sebaliknya, hukumnya adalah harus untuk anda solat secara baring tanpa membersihkan diri sendiri, tempat solat mahupun mengambil wuduk. Anda diingatkan untuk tidak menangguhkan waktu solat selagi belum berjaya mengeluarkan bayi.
Bagi menutup aurat, memadai anda berselimut yang menutupi seluruh badan hingga ke kaki dan bertudung lengkap atau meletakkan kain yang dililit menutupi rambut.
Di saat anda melahirkan, darah wiladah atau nifas keluar. Ketika inilah anda berhadas besar. Dengan yang demikian, anda tidak perlu lagi menunaikan solat.
Langkah ringkas bersolat semasa beristihadhah
- Bersihkan bahagian intim di mana keluarnya darah berkenaan. Bersuci dengan sempurna
- Pakai tuala wanita.
- Ambil wuduk
- Solat sesegerayang boleh dan jangan bertangguh
Jika ada darah keluar semasa anda sedang bersolat, ia dimaafkan dan solat itu sah. Malah, wuduk wanita yang beristihadhah sah untuk satu solat fardu dan beberapa amalan sunat lain.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masalah Pendengaran Bayi: Punca, Tanda Awal, Rawatan dan Pencegahan

Masalah pendengaran bayi bukan lagi sesuatu yang jarang berlaku. Berdasarkan laporan Harian Metro, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mendedahkan bahawa empat daripada setiap 1,000 bayi yang dilahirkan di negeri Johor mengalami masalah pendengaran. Data ini diperoleh hasil pemeriksaan terhadap 86.75 peratus daripada keseluruhan bayi yang dilahirkan di negeri itu pada tahun lalu.
Menurut Pengarah JKNJ, Dr. Mohtar Pungut @ Ahmad, pihaknya berhasrat untuk meningkatkan kadar pemeriksaan pendengaran bayi baru lahir kepada 90 peratus pada tahun ini bagi memastikan masalah dapat dikesan dan dirawat seawal mungkin. Beliau menjelaskan bahawa setiap bayi akan menjalani saringan dan pemeriksaan pendengaran dalam tempoh 28 hari selepas lahir.
Menurut Dr Mohtar, nisbah bayi mempunyai masalah pendengaran di negeri ini didapati lebih tinggi berbanding nisbah antarabangsa iaitu tiga daripada 1,000 bayi bagi kelahiran.

“Di peringkat dunia, terdapat tiga dalam 1,000 bayi dilahirkan mempunyai masalah pendengaran.
“Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga menganggarkan lebih 700 juta penduduk dunia akan mengalami masalah pendengaran pada 2050.
“Di Johor, program saringan pendengaran bayi universal (UNHS) dijalankan di enam hospital berpakar sejak 2017. Sekiranya tidak dibuat di hospital, pemeriksaan dilakukan di klinik kesihatan,” katanya.
Statistik dan Situasi Masalah Pendengaran Bayi
Menurut Dr. Mohtar, nisbah bayi mempunyai masalah pendengaran bayi di negeri ini didapati lebih tinggi berbanding nisbah antarabangsa iaitu tiga daripada 1,000 bayi bagi kelahiran. Di peringkat dunia, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga menganggarkan lebih 700 juta penduduk dunia akan mengalami masalah pendengaran pada tahun 2050.
Di Johor, Program Saringan Pendengaran Bayi Universal (UNHS) dijalankan di enam hospital berpakar sejak 2017. Sekiranya tidak dilakukan di hospital, pemeriksaan dilakukan di klinik kesihatan bagi memastikan setiap bayi diperiksa seawal mungkin.
Apa Itu Masalah Pendengaran Bayi?

Masalah pendengaran bayi atau “hearing loss” merujuk kepada keadaan di mana bayi tidak dapat mendengar bunyi dengan jelas atau langsung tidak mendengar. Dalam konteks perubatan, keadaan ini boleh berpunca daripada kecacatan struktur telinga, jangkitan, faktor genetik, komplikasi ketika lahir, atau pendedahan kepada bunyi kuat semasa dalam rahim atau selepas kelahiran.
Menurut WHO, tiga daripada setiap 1,000 bayi di dunia dilahirkan dengan masalah pendengaran. Ini menunjukkan isu ini bukan hanya berlaku di Malaysia, tetapi turut menjadi cabaran global akibat gaya hidup moden dan pendedahan kepada bunyi bising berlebihan.
Tanda Awal Masalah Pendengaran Bayi
Salah satu cabaran utama dalam mengenal pasti masalah pendengaran bayi ialah mereka belum mampu memberi respon secara verbal. Oleh itu, saringan awal sangat penting. Namun, ibu bapa masih boleh memerhati beberapa tanda berikut:
- Tidak memberi tindak balas terhadap bunyi kuat.
- Tidak berpaling ke arah suara ibu atau ayah selepas usia dua hingga tiga bulan.
- Tidak cuba meniru bunyi atau mengeluarkan bunyi menjelang usia enam bulan.
- Tidak menunjukkan perkembangan bahasa yang sepatutnya apabila semakin membesar.
Pemeriksaan awal biasanya menggunakan dua jenis ujian utama:
- Otoacoustic Emissions (OAE): untuk mengesan fungsi sel rambut halus dalam koklea.
- Auditory Brainstem Response (ABR): untuk menilai tindak balas saraf auditori terhadap bunyi.
Kedua-dua ujian ini tidak menyakitkan dan boleh dilakukan seawal bayi baru lahir.
Rawatan dan Intervensi Awal

Menurut Dr. Mohtar, intervensi awal adalah kunci utama dalam menangani masalah pendengaran bayi. Apabila dikesan awal, peluang bayi untuk membesar dengan kemahiran komunikasi dan bahasa yang normal adalah lebih tinggi.
Rawatan bergantung kepada tahap kehilangan pendengaran:
- Tahap ringan atau sederhana: penggunaan alat bantu pendengaran (hearing aid) boleh membantu bayi mendengar dengan lebih jelas.
- Tahap teruk atau kekal: pembedahan implan koklea mungkin disyorkan. Implan ini membantu menghantar isyarat bunyi terus ke saraf pendengaran, membolehkan kanak-kanak berkomunikasi seperti biasa.
- Terapi pertuturan dan pendengaran: membantu kanak-kanak belajar mendengar, memahami bunyi, dan bercakap dengan lebih baik.
Menurut Dr. Mohamad Khir Abdullah, Ketua Kepakaran Otorinolaringologi Johor, rawatan bergantung kepada keputusan saringan dan penilaian lanjut oleh pakar ENT.
Peranan Program UNHS di Johor
Sejak 2017, Johor melaksanakan Program Saringan Pendengaran Bayi Universal (UNHS) di enam hospital berpakar. Program ini memastikan setiap bayi baru lahir menjalani pemeriksaan asas pendengaran sebelum dibenarkan pulang. Jika saringan tidak dilakukan di hospital, klinik kesihatan akan meneruskan pemeriksaan susulan.
Program ini sangat penting kerana lebih cepat masalah dikenal pasti, lebih besar peluang bayi untuk mendapat rawatan berkesan dan membesar dengan kemampuan komunikasi yang normal.
Pencegahan Masalah Pendengaran Bayi

Walaupun tidak semua kes kehilangan pendengaran boleh dicegah, ibu bapa boleh mengambil langkah berikut untuk melindungi kesihatan telinga anak:
- Elakkan jangkitan semasa mengandung seperti rubella dan cytomegalovirus.
- Pastikan bayi mendapat vaksin lengkap termasuk vaksin terhadap jangkitan telinga.
- Elakkan pendedahan kepada bunyi kuat seperti muzik atau mainan yang terlalu bising.
- Pantau kesihatan telinga bayi, terutama jika mereka sering mengalami jangkitan atau selesema berpanjangan.
- Jangan gunakan cotton bud terlalu dalam kerana boleh mencederakan gegendang telinga.
Ibu bapa juga disarankan membawa anak untuk pemeriksaan susulan sekiranya mereka curiga bayi tidak memberi tindak balas terhadap bunyi.
Lebih Awal Lebih Baik
Pengesanan awal masalah pendengaran bayi amat penting. Kanak-kanak yang dikenal pasti bermasalah dan mendapat intervensi seawal umur enam bulan berpotensi untuk bertutur dan mempunyai perkembangan bahasa yang sama seperti kanak-kanak sebaya yang mempunyai pendengaran normal.
Faktor Risiko Masalah Pendengaran Kanak-Kanak
Kanak-kanak mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami masalah pendengaran bayi jika mereka mengalami mana-mana perkara berikut:
- Ahli keluarga mempunyai masalah pendengaran kekal sejak kecil.
- Ibu mengalami jangkitan seperti cytomegalovirus, herpes simplex, rubella, syphilis, toxoplasmosis, atau zika semasa mengandung.
- Kebimbangan ibu bapa terhadap perkembangan bahasa dan pertuturan anak.
- Kelewatan perkembangan keseluruhan.
- Pernah dirawat di NICU lebih daripada lima hari atau mempunyai jaundis yang memerlukan pemindahan darah.
- Berat lahir rendah (kurang daripada 1.5 kg) atau memerlukan bantuan pernafasan.
- Mendapat jangkitan selepas lahir seperti meningitis, campak, atau beguk.
- Struktur kepala dan muka tidak normal.
- Mengalami kecederaan kepala atau sindrom berkaitan pendengaran.
- Menjalani rawatan kanser yang boleh menjejaskan organ pendengaran.
Kesimpulan

Masalah pendengaran bayi ialah isu kesihatan serius yang boleh menjejaskan perkembangan bahasa, komunikasi, dan pembelajaran anak. Statistik dari JKN Johor jelas menunjukkan keperluan untuk memperluas saringan awal di semua hospital dan klinik kesihatan.
Dengan kesedaran ibu bapa, pemeriksaan awal, dan intervensi profesional, ramai bayi dengan masalah pendengaran dapat membesar secara normal dan berdaya saing seperti kanak-kanak lain.
Masalah ini bukan sekadar isu telinga, tetapi juga isu masa depan anak-anak kita. Setiap tangisan pertama bayi bukan sekadar tanda kehidupan, tetapi juga detik penting untuk memastikan mereka benar-benar mendengar dunia dengan sempurna.
Sumber: Harian Metro & UKM
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Menyusu Setiap Satu Jam” Elfira Loy Tak Cukup Rehat, Baby Girl Kuat Menyusu!

Selamat menyambut puteri tersayangnya pada 20 Mei lalu, Elfira Loy yang kini sedang berpantang mengakui agak mencabar menyusukan anak keduanya.
Mana tidaknya, kongsi ibu cantik manis ini, bayi perempuan yang masih belum dikongsikan nama ini minum susu setiap satu jam dan perbezaan masa juga membuatkan ia semakin sukar kata Elfira.

Menerusi Insta Storynya, Elfira berkongsi cerita.
“Dulu tak terasa sangat susahya nak breastfeed ni sebab sempat rest.
“Sekarang rasa macam berat sangat because the timing is different. Her demand is every hour feeding and each time mesti satu jam,” kongsinya menerusi Insta Story.

Malah kata Elfira lagi, dia kini juga mengalami masalah sakit pinggang hingga membuatkannya terfikir untuk menyusukan anak sambil berdiri.
Pun begitu kata Elfira, keadaannya baik-baik sahaja dan kini beransur pulih.

“Maybe because this is my second pregnancy, lain macam sakit pinggang dia. Macam nak direct feed sambil diri je better.
“Pastu cemanalah korang direct feed sambil nipple crack. Ya Allah subhanaallah.

“Memang mintak doa jelah Allah kurangkan kesakitan ni. But dont worry alhamdulillah i am better now.
“Apapun i have to take it easy kan. Kena take care of myself too,” kongsinya.

Semoga tempoh berpantang ibu cantik manis ini dipermudahkan bersama kedua anaknya. Seronok melihat perkongsian anak sulung Elfira yang memangku adiknya. Comel!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kahwin Dah Lama, Belum Rezeki Dukung Anak Sendiri. Punca Wanita Stres!

Seorang dari 10 wanita mungkin akan mendapat endometriosis. Endometriosis adalah keadaan di mana tisu yg menyerupai lapisan dalam rahim (endometrium) terdapat di luar rahim seperti tempat di sekitar rahim, ovari, dan tiub fallopian.
Di dalam perkongsiannya melalui laman Faceook, Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan, menceritakan lebih lanjut tentang penyakit ini.
Endometriosis – Penyakit Hantu 👹?
Endometriosis adalah keadaan di mana tisu yg menyerupai lapisan dalam rahim (endometrium) terdapat di luar rahim seperti tempat di sekitar rahim, ovari, dan tiub fallopian. Sangat biasa ditemui – 1 dalam 10 wanita mengalaminya. Kalau mak atau adik beradik perempuan ada endometriosis ni, selalunya anda akan ada juga.
Masalah endometriosis ini akan mempengaruhi kesihatan reproduktif wanita. Boleh menimbulkan kesan jangka panjang pada kesihatan emosi dan aktiviti harian seseorang wanita.
Apakah simptom-simptom endometriosis?
Simptom biasa yang dialami pesakit termasuklah sakit pada pelvis, haid yang tak teratur atau kadang-kadang banyak. Untuk mereka yang dah berkahwin, mengalami kesakitan ketika membuat hubungan seks dan sesetengahnya ada masalah kesuburan. Ada pesakit mengalami sakit berkaitan dengan usus, pundi kencing, bahagian belakang, peha atau sebahagian kaki. Walaupun begitu, ada je orang yang ada endometriosis ni takda apa-apa simptom langsung.
Lazimnya sakit disebabkan endometriosis ni berlaku dalam corak atau pola yang sama – jadi teruk sebelum atau semasa period. Ada perempuan yang mengalami sakit setiap masa tapi ada sesetengah perempuan pula, sakitnya datang dan pergi. Sakit ini akan hilang atau jadi berkurangan apabila wanita ini mengandung.
Artikel Menarik: [Mulut Bersih, Gigi Elok Boleh Buat Wanita Subur. Suami Pun ‘Mendekat’]
Apa sebabnya endometriosis?
Sebab sebenar tidak diketahui, sehinggakan cikgu saya di Universiti pun menggelarkan endometriosis ini sebagai “PENYAKIT HANTU” – maksud beliau tiada siapa yang faham apa sebenarnya penyakit endometriosis.
Walaubagaimanapun kita faham bahawa tisu atau sel endometrium yang berada di luar rahim ini akan memberikan respon yang sama seperti dinding rahim terhadap perubahan hormon yang berlaku pada setiap kitaran haid. Maka jika berlakunya luruhan dinding rahim pada setiap kitaran haid, perkara yang sama berlaku juga pada sel-sel tisu rahim yang berada di luar rahim ini.
Pendarahan ini menyebabkan sakit, inflamasi, pembentukkan parut dan seterusnya merosakkan organ-organ dalam pelvis. Sama konsepnya macam bila kita ada luka terkoyak, parut akan terbentuk kemudiannya sebagai langkah semulajadi penyembuhan, sama gak apa yang berlaku pada mereka yang ada endometriosis ini cuma proses ini berlaku dalam rongga pelvis. Takde lah nampak parut tu kat luaran.
Endometriosis boleh terjadi pada :
*( boleh rujuk gambar untuk senang faham )
🌼Ovaries ( boleh membentuk kantung yang dikenali sebagai endometrioma atau ‘chocholate cyst’ ) – bukan sebab makan coklat jadi cmni ye
🌼Dalam peritoneum ( lapisan yg menyelaputi pelvis dan abdomen )
🌼Pada Tiub fallopian
🌼Pada rahim, belakang atau sekitar kawasan rahim
🌼Kawasan antara vagina dan rektum
Endometriosis boleh terjadi pada dinding dalam rahim dinamakan adenomyosis dan amat jarang berlaku pada usus dan pundi kencing. Kadang-kadang merata tempat lain pun boleh ada endometriosis, tapi JARANG berlaku.
Macam mana doktor tahu seseorang tu ada endometriosis?
Susah nak diagnos seseorang tu ada endometriosis atau tak. Kenapa?
Sebabnya simptom endometriosis ini berbeza antara individu, bukannya sama.
Symptom endometriosis boleh menyerupai sakit disebabkan oleh penyakit-penyakit lain seperti irritable bowel syndrome atau pelvic inflammatory disease. Lain rawatannya
Ada je orang yang ada endometriosis tidak menunjukkan apa-apa symptom
So, bila berjumpa Dr, ada beberapa soalan yang biasa ditanya.
🌸Sakit tu ada pattern ke, ada kene mengena dengan apa-apa seperti period ?
🌸Mcm mana period ? – sakit ke atau banyak ke?
🌸Kalau melakukan hubungan seks – ada sakit ?
🌸Ada masalah ketika nak buang air besar atau kecil ketika period?
🌸Susah nak mengandung ke? Lebih lebih lagi ada symptom-symptom yang saya da ckp tadi
Artikel Menarik: [Batuk Dah Makin Teruk, Nak Makan Ubat Tak Berani. Boleh Ke Makan Madu?]
Kemudian doktor akan menjalankan pemeriksaan untuk mengesan mana puncanya sakit tu. PASTIKAN anda ada peneman (chaperone) semasa pemeriksaan. Tak kira doktor tu doktor perempuan ke doktor laki. MESTI ADA CHAPERONE.
Mungkin lepas pemeriksaan, anda akan menjalani pemeriksaan ultrasound – pelvic ultrasound scan
Biasa saya akan buat scan dari bawah transvaginal untuk mereka yang dah berkahwin atau pernah lakukan hubungan seks untuk melihat rahim dan ovari dengan lebih dekat. Boleh la nampak kalau ada ‘cyst’ pada ovari.
Kalau ada cyst yg menyebabkan sakit ini, doktor akan berbincang utk pembedahan laparoskopi membuang cyst. Pembedahan ini bukan sekadar nak buang cyst, selain itu boleh melihat keseluruhan rongga pelvis dan abdomen untuk endometriosis. Kalau perlu sedikit sampel diambil untuk analisis makmal.
Kalau dah confirm endometriosis, apa rawatan akan diberikan?
Artikel Menarik: [Tak Ada Istilah ‘Accident’, Kena Pandai Rancang Bila Waktu Sesuai Nak Tambah Anak]
🍄Rawatan ubatan untuk mengawal rasa sakit
🍄Rawatan pil hormon
🍄Pembedahan – laparoskopi atau laparotomi (bergantung kepada tahap endometriosis)
Apa-apa pun bukan semua pilihan rawatan boleh diberikan kepada pesakit. Tahap endometriosis dan keadaan keseluruhan pesakit perlu diambil kira sebelum apa-apa rawatan diberikan. Sila berbincang dengan doktor terlebih dahulu
Satu lagi, endometriosis ni masalah kaum perempuan sahaja. Brader-brader kat luar sana jgn ler risau tak tentu hala. Walaupun sakit org perempuan, kena gak amek tahu utk tambah ilmu. Ok bro?
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


