Ayah kepada si comel Luth Ali ini baharu sahaja memulakan perniagaan tudung sejak awal Ramadan ini.
Menariknya apabila dia memilih tudung berlabel Qaabila yang diambil bersempena nama isterinya, Qaabila Deena Emir ini, bukanlah tudung yang mengutamakan fesyen sebagaimana yang sedia ada di pasaran, tetapi merupakan tudung labuh yang patuh syariah.
Walaupun pada peringkat awal, Saharul mengakui dia dan isteri teragak-agak untuk menjual tudung labuh kerana bimbang tiada sambutan.
Namun selepas mendapat penjelasan daripada guru dia belajar agama, Ustaz Tarmizi Abd Rahman, Saharul menjadi lebih yakin yang rezeki itu akan lebih dipermudahkan sekiranya menjalankan perniagaan yang betul-betul mengikut syariah.
Alhamdulillah. Yang tinggal dekat railing tu je. ❤️❤️❤️ @qaabila.hq@gemalebaran2018 . Congrats sayang
.
Awal permulaan perbincangan, kami gusar dengan tudung labuh ni, dilabelkan sebagai ustazah, mungkin tak ada orang beli, lalu sy terus bertanya pada ustaz @tarmiziabdrahman , guru saya, berniagalah dengan niat yang betul, niat mencari rezeki yang boleh membuatkan Allah sayang pada orang yang memakainya nanti, jadi buatlah tudung labuh tu. InShaaAllah, Allah akan perluaskan lagi rezeki awak. Syukur Alhamdulillah.
Keyakinan itu terbukti apabila pada hari pertama tudung tersebut dilancarkan menerusi jualan atas talian, ia habis terjual dalam masa tidak sampai satu jam.
“Pada hari pertama saya hanya ada 70 helai tudung sahaja sebagai permulaan, namun tak sangka sambutan yang diterima sangat luar biasa.
“Bayangakan dalam masa tidak sampai satu jam, lebih 500 mesej masuk untuk order. Saya dan isteri memang sangat terkejut dengan sambutan yang diterima.
Kenapa Pilih Nama Isteri Sebagai Jenama Tudung?
Nampak sweet di situ bila Saharul memilih nama isterinya sebagai jenama tudung yang dijual.
Menurutnya penggunaan nama isterinya sebagai jenama tudung memang kehendaknya sendiri yang mahukan nama itu kekal diwarisi selepas ini.
“Saya nak bila saya tiada nanti, nama ini akan diwarisi dan nama perniagaan akan diuruskan serta menjadi milik isteri.
“Jadi amat bertepatanlah namanya saya abadikan sebagai jenama tudung labuh yang kami usahakan ini,” kata Saharul.
Sememangnya Saharul adalah pelakon yang memilih cara didikan mendekati agama pada isteri dan anaknya. Dia sendiri konsisten belajar ilmu agama serta mengaji al-Quran di bawah bimbingan gurunya Ustaz Tarmizi.
Ayah penyayang ini juga sering membawa bersama anaknya belajar agama dan mendoakan agar anaknya akan menjadi anak yang soleh dan hebat dalam agama.
Sumber: Instagram saharulridzwan dan Sinar Harian