Saiful Nizam kongsi gambar bersama keluarga, dah besar-besar anaknya. Saiful Nizam berkongsi gambar-gambar bersama isterinya, Aida atau lebih dikenali Aida Gadis Melayu serta dua anak mereka, Aida Eirdeena, 13 dan anak lelakinya, Saifeirham, 10 tahun.
Saiful Nizam, Kongsi Gambar Bersama Keluarga, Dah Besar-besar Anaknya
Perkongsian Saiful di laman Instagramnya menarik perhatian warga maya. Ramai yang memberi komen, suka dengan gambar-gambar keluarga yang dikongsikan oleh Saiful itu.
Jom kita layan gambar-gambar menarik keluarga Saiful.
Aida atau nama sebenarnya, Khairul Noormaaidah Zali menyertai program realiti Gadis Melayu terbitan TV9 pada 2009, sekali gus dinobatkan sebagai juara musim pertama.
Manakala Saiful meletak jawatan secara rasmi dengan stesen TV pada tahun 2015. Saiful yang lahir daripada program Malaysian Top Host seangkatan dengan Nurul Syuhada Nurul Ain kini selesa menjalankan perniagaan beliau sendiri.
Untuk info, Saiful dan Aida mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2010. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Aida Eirdeena, 13 dan Saifeirham, 10 tahun.
Biasanya jika kita sudah dikurniakan dengan dua orang anak perempuan pada awalnya, sudah tentu akan memasang impian untuk mempunyai anak lelaki pula untuk kali ketiga.
Siapalah kita untuk melawan takdir Allah SWT. Apabila disahkan hamil anak ketiga, mengandung sembilan bulan, yang keluar akhirnya anak perempuan juga.
Meski di hati terselit sedikit rasa kecewa namun ketentuan Ilahi ini harus kita terima dengan redha. Rezeki anak urusan Dia Yang Maha Esa. Pasti ramai ahli keluarga atau teman yang berkata “Lahhhh.. rezeki kau dapat anak dara lagi.”
Sumber foto: Facebook Noor Alia Nazlia Iqbal
Harapnya kita tidak teremosi dengan luahan sebegitu. Hakikatnya pasangan yang memiliki tiga orang anak perempuan punya kelebihan yang tersendiri malah disebut oleh Rasulullah s.a.w.
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah,kesusahan dan kesenangan mereka,nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”
Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka,melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Daripada Aisyah R.A dari Rasulullah SAW baginda telah bersabda yang maksudnya:
“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik,nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)
Daripada ayat-ayat ini kita boleh melihat betapa kelebihan memiliki ramai anak perempuan. Apatah lagi jika ibu bapa menjaga serta mendidiknya mengikut landasan yang betul dan anak itu sendiri patuh pada suruhan agama. Ia boleh menjadi pelindung ibu bapa daripada api neraka.
Hanya 7 bulan bersama setelah 11 tahun menanti, “Kami reda lepaskan dia pergi.” 11 tahun menanti kehadiran si kecil, namun hanya sempat mengukir kenangan indah hanya selama 7 bulan.
Hanya 7 Bulan Bersama Setelah 11 Tahun Menanti, “Kami Reda Lepaskan Dia Pergi”
Menerusi perkongsian Nurul Afiqah, 35, wanita ini berkongsi satu-satunya zuriat, Nur Malaiqa Aqeela Ilham yang meninggal dunia pada usia tujuh bulan selepas berjuang melawan lapan penyakit yang didiagnosis sejak lahir.
“TUJUH BULAN YANG MENCIPTA MEMORI BERSAMA AQEELA ADALAH HADIAH TERINDAH YANG TIADA GANTI NAMUN DIA HADIAHKAN ‘SYURGA’ UNTUK KAMI SELEPAS 11 TAHUN MENANTI KEHADIRANNYA. KAMI REDA SERTA IKHLAS MELEPASKANNYA DIA KEMBALI KEPADA ALLAH SWT,” KATA NURUL AFIQAH SAIDI.
Nur Malaiqa Aqeela atau nama panggilan Aqeela adalah anak sulung Nurul Afiqah dan suami, Ilham Ismail, 30-an selepas menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) selepas menanti selama 11 tahun.
NURUL AFIQAH BERKATA, NUR MALAIQA AQEELA DILAHIRKAN BERSAMA UJIAN BESAR APABILA BAYI ITU DIDIAGNOSIS DENGAN LAPAN PENYAKIT ANTARANYA KABUKI SINDROM, LARYNGOMALICIA, THYROID, GASTROESOPHAGEAL REFLUX DISEASE (GERD), UPPER RESPIRATORY TRACT ILLNESS (URTI).
Menurutnya, Aqeela pernah membuat pembedahan membesarkan saluran pernafasan sempit pada Mei lalu dan sepanjang tujuh bulan dia ditempatkan di wad hospital untuk pemantauan rapi.
“Sepanjang tempoh itu, kami banyak habiskan masa di hospital dan tukar kerjaya daripada mengambil tempahan kek kepada ejen hartanah supaya dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada Aqeela.
“Aqeela seorang ‘fighter’ (pejuang) walaupun ada banyak penyakit dan pernah beberapa melalui keadaan kritikal, sejak lahir bernafas dengan menggunakan bantuan mesin oksigen yang akhirnya dia boleh bernafas tanpa mesin.
“Namun takdir Aqeela ‘pergi’ selepas demam dan dijangkiti kuman pada paru-paru (Influenza A), rotavirus, Adenovirus, dan Respiratory Syncytial Virus (RSV) pada di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) pada 9 Ogos lalu,” katanya menetap di Melor, di sini.
DIA YANG MENJALANI RAWATAN IVF BUAT KALI PERTAMA ITU TURUT MENGAKUI KEHILANGAN INSAN TERSAYANG SANGAT PERIT, NAMUN MEREKA REDA MESKIPUN NUR MALAIQA AQEELA ADALAH BUAH HATI PALING DITUNGGU-TUNGGU.
“Aqeela hadiah paling indah dalam hidup saya dan suami yang menyambut hari jadi pada 31 Januari lalu dan saya lahir, 5 Ogos namun anak meninggal dunia pada 9 Ogos.
“SELAIN AQEELA SAYA ADA DUA ANAK ANGKAT MASING-MASING PEREMPUAN DAN LELAKI BERUSIA LAPAN SERTA ENAM TAHUN YANG DIANGGAP SEPERTI ANAK KANDUNG,” KATANYA.
Berhubung perkongsian di TikTok, Nurul Afiqah berkata, ia sekadar kenangan keluarga bersama Nur Malaiqa Aqeela dan gambar keluarga mereka bersama jasad bayi itu satu-satunya gambar kenangan mereka.
“Itu foto kenangan kami (lima beranak) yang dirakam pada hari anak meninggal dunia sebelum dikebumikan,” katanya.
Siapa yang tak bersyukur bila dikurniakan dengan pasangan yang langsung tak cerewet dalam segala hal. Pelakon, Rozita Che Wan meluahkan rasa syukur dikurniakan suami yang tidak cerewet dalam hal urusan rumah tangga sepanjang 10 tahun mendirikan rumah tangga.
Malah tambah Che Ta lagi menerusi perkongsian di TikTok, suaminya, Zain Saidin tidak pernah menyuruhnya melakukan kerja rumah.
Sempena ulang tahun perkahwinannya yang ke 10 tahun, ibu kepada tiga cahaya mata ini berkongsi rasa syukurnya dikurniakan suami yang baik.
“Alhamdulillah syukur untuk 10 tahun yang membahagiakan walaupun saya kadang-kadang jadi singa.
“Untung kami dapat suami macam Zain. Paling tidak cerewet, tak pernah suruh kami kemas rumah, basuh baju dan pinggan,” ujarnya.
Bahkan tambah Che Ta lagi, suaminya tidak menghalang jika dia pulang lewat ke rumah jika ada tugasan sebaliknya sangat menitikberatkan mengenai solat dan aurat.
“Saya keluar lepak balik pukul 4 pagi pun dia tak tanya.
“Yang dia akan tanya, sayang sudah solat? Yang dia akan tegur hanya kalau aurat saya ternampak,” katanya.
Che Ta juga turut menitipkan pesanan agar mencari pasangan yang tahu menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan bukan yang memiliki kemewahan semata-mata.
“Tak perlu lelaki kaya untuk rumah tangga yang bahagia janji tahu tanggungjawab masing-masing.
“Cari yang tahu agama dan praktikkannya bukan hanya tahu agama tapi jadi penunggang. Nauzubillah. Sebenarnya dalam apa juga keadaan dalam hidup ini, sederhana itu utama,” katanya berkongsi.
Terdahulu, Che Ta yang kini sedang berkuarantin selepas disahkan positif COVID-19 terpaksa membatalkan hasrat meraikan ulang tahun perkahwinan ke-10nya bersama Zain.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Nenek tular baca Yasin ketika SPM 2024, cucu berjaya dapat 4A+, 5A. Tentu ramai yang masih mengingati kisah menyentuh hati seorang nenek yang setia membaca surah Yasin ketika cucunya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2024.